Wednesday, October 21, 2009

Penatlah

Penatlah,
penat meminta maaf.
Bila kena mintak maaf,
nampak sangat sudah melakukan sesuatu
yang tidak bagus, lantas perlu mintak maaf.
Jika melakukan sesuatu yang baik,
tidak akan perlu mintak maaf.

Jadi, janganlah berbuat sesuatu yang tidak bagus,
jadi, tidaklah penat meminta maaf.

Penatlah,
penat berjanji.
Berjanji tidak mengulangi.
Berjanji berusaha menjadi baik.
Penat tau.
Sebab,
bila dah berjanji, kene tunaikan.
Jika tidak tunaikan janji,
dikira jadik munafiq,
dikira jadik orang jahat.

Penat sungguh.

Penat mendengar ucapan maaf.
Penat mendengar kata2 janji.

Kita kawan.
Sangat kawan.

Saya bertanya semalam.
Kamu tidak menjawab,
hingga ke saat ini.

Entah kamu malas nak layan.
Entah kamu terkejut.
Entah kamu terlalu sibuk.

Jika kamu bertanya kepada saya?
Jawapannya terlalu pasti.

Tidak.

Jika mampu berkata "Ya" pun,
haruslah bersyarat.
Haha.

Kita tidak boleh menipu diri sendiri.
Kita terlalu kawan.

Saya sepatutnya gembira seperti kawan2 kamu yang lain.
Saya sebenarnya gembira, menikmati sundae berperisa stawberry itu buat pertama kali.
Sepatutnya, saya sudah mencubanya lebih awal lagi.

Saya sedar,
kamu tidak akan mengendahkan lagi perasaan penat dan benci kepada kamu ini.
Lebih utama kamu melayan perasaan suka dan gembira kepada kamu itu.
Memang kita tidak boleh menggembirakan hati semua orang, itu prinsipnya.

Saya kawan kepada kamu. Sangat kawan.
Saya tahu hati saya tidak layak dijagai kamu.
Tapi, tidaklah sampai layak dipermainkan.
Tidaklah sampai layak dibuli.
Hingga air mata ini bercucuran,
tidak mahu berhenti.

Penatlah,
penat berkawan dengan kamu.
Terlalu penat.
Letih.
Saya perlu berehat,
hingga hilang penat ini.

7 comments:

najat said...

hoho..
luahan hati?
karya?

Ayuni Zainal said...

Tim, nice piece. perasaan sendiri kah?

SITI said...

Najat;
karya luahan hati. haha.

Ayuni;
eh, 1st time kau komen di sini. hehe.

nice, eh? tq2. haha. perasaan sendiri yang mengada2. hahaha.

miss u so much, kakak.

Afzan Aini said...

oh saye pon penat membacenye. Semuge dah x penat ye..

SITI said...

Afzan;
eh, sori buat kau rasa penat. tak bermaksud pun. huhu.

owh, aku masih.

aku jua penat~ said...

hmm, terlalu pasti sangat penat kan..aku terlalu faham rasa penat itu..


maka, tiada ungkapan maaf kali ini...

SITI said...

aku jua penat~;
...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...