Thursday, October 15, 2009

Menyanyi

Saya tidak ada bakat menyanyi.

Saya percaya menyanyi adalah satu bakat. Jika Tuhan tidak memilih kita untuk mempunyai bakat itu, maka kita akan jadi kurang pandai dalam hal itu. Itu sebab kata orang, setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing2. Jadi, terimalah setiap insan seadanya.

Saya memang tidak pandai menyanyi.

Tapi, saya masih menyanyi. Dalam bilik, kalu saya berseorangan. Ketika mandi. Lalala. Dan, dalam kereta. Sangat nyanyi sorang2. Hanya saya pendengarnya. Oklah, kalu ada penumpang dalam kereta pun, ia besar kemungkinan, sepupu saya, Ili Najat. Dan, jika Ili tidur, saya akan menyanyi untuk hilangkan rasa mengantuk. Saya jarang2 menyanyi jika ada penumpang lain, kecuali adek2 saya yang tiga itu.

Maka, janganlah suruh saya menyanyi di tempat lain selain dari tempat2 di atas.

Hari ini, di satu jamuan hari raya, saya diminta menyanyi. Tapi, dengan yakinnya saya tidak muncul. Kebetulan, saya duduk tersorok di satu bilik lain, dan para tetamu sedang sebok memilih dan menjamah makanan. Jadi, mereka tidak terlalu menghiraukan suara yang memanggil2 nama saya itu. Dan lagi, saya tidaklah dalam mood terlalu gembira untuk menyanyi2 sementelah mengalami ketidakselesaan perut sejak pagi. Dan, saya telah cakap dari awal, saya tiada bakat menyanyi.

Saya mintak maaf, tapi memang saya tidak pandai menyanyi, lebih2 lagi di depan orang ramai.

Saya merasakan tindakan saya tidak menyanyi sebagai menjaga perasaan orang lain. Saya juga akan merasa tidak selesa mendengar penyanyi yang tidak pandai menyanyi. Saya tidak merasakan tindakan saya ini sebagai tidak sporting, kerana saya tahu ketidakbolehan saya dalam bidang ini.

Saya tahu bila masanya saya akan sangat perlu masuk kelas menyanyi.

Orang yang suka menyanyi dan pandai menyanyi akan dengan gembiranya menyanyi di depan orang ramai, tanpa disuruh. Maka, suruhlah saya buat apa yang saya tahu buat dan berbakat dalam bidang itu. Kecik2 dulu, saya masuk pertandingan bercerita. Sekarang, saya boleh bawak kereta (auto sahaja, maaf), jangan pula suruh saya bawak motor. Suruh mengaji, saya boleh walaupun masih ada ruang untuk diperbaiki. Main tenteng juga saya tahu. Dan, yang pasti, saya semakin cekap menyusun kromosom. :)

Tapi, jangan suruh saya menyanyi.

Sekian.

8 comments:

Sahalfikri said...

sewaktu di Beijing pernah dipanggil menyanyi gak. Tapi dah bole agak akan dipanggil, maka teruslah ke tandas..

dalam tandas, terdengar nama dipanggil.. sembunyi sampailah dah dipanggil wakil malaysia lain.

syukur..hehe

SITI said...

Abang Suhail;

Haha. Abang pun pernah menyorok rupanya. Tapi, betul ker abang tak pandai nyanyi? Abang tak penah masuk kump nasheed, eh?

Sahalfikri said...

owh.. mmg abg lead nasyid wktu drjh 6 dulu. lps tu suara da garau la..hehe

eMa said...

kihkihkih...

suke entrie ni

ko pnah nyanyi slow2 mase aku tdo..

SITI said...

Abang Suhail;
hehe. Siti pun penah skali kot terrrrrrrmasuk kump nasheed, darjah brape ntah, tak ingat. Sekolah agama, murid sket, terpaksalah masuk.

ema;
haha. itu kes terlupa ada tetamu dalam blek. slalu dok sorang2 jer.

Eena said...

Tim kite slalu je dengar ko nyanyi dlm bilik gelap tu..he..he..

SITI said...

Eena;
haha. haruslah nyanyi dalam bilik itu. Jika tidak nyanyi, harus tido.

Ethan Jones said...

tadalista 40 mg The most important offered portion of it is 20mg day by day. Boosting the portion to 40mg may very well build the power of the two products and may not contain the erectile brokenness issue. To search for one more therapy. The most normal incidental effects with it are migraine, heartburn, back agony, strength throbs, flushing, and stodgy or runny nose.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...