Saturday, August 22, 2009

Ramadhan 1430

Ramdhan menjelma lagi.

Ramdhan kali ini, saya jalani di Kampung Baru. Satu tempat yang ada kelainan sendiri bila berada dalam bulan Ramadhan. Malam tadi, alhamdulillah, saya sempat solat Isyak dan terawikh berjemaah di Masjid Kampung Baru yang chantek dan nyaman itu. Cukup 23 rakaat beserta witir. Lengkap satu juzuk bacaan oleh imam yang dijemput khas dari negara Timur Tengah itu. Ini kali pertama saya berimamkan imam dari negara lain. Saya hanya pernah solat terawikh di UKM dan di masjid kampung saya. Semuanya imam tempatan. Tapi, kawasan di sekitar ibu kota Kuala LUmpur, sememangnya telah mula mengimport imam dari negara Timur Tengah. Dulu2, hanya tengok dalam TV, Terawikh dari Mekah. Terawikh yang tiada wirid2 antara dan bacaan satu juzuk bagi satu malam. Sekarang, dapat saya merasa apa yang saya lihat itu. Syukur pada Allah.

Bacaan Qunut malam tadi pun, agak panjang. Ini pengalaman baru buat saya. Mendayu2 suara imam dan sangat menyentuh perasaan. Terasa rugi pula bila tak pandai berbahasa Arab, tidak dapat saya menghayati makna bacaan Qunut tersebut.




Saya mahu tulis di sini, Ramdhan kali ini, saya rasa ada kelainannya. Sela masa antara Ramadhan sebelum ini, banyak yang terjadi, dan ada yang mengubah hidup saya.

Semoga Allah ampunkan dosa2 saya. Saya benar2 hambaNya yang lemah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...