Saturday, August 01, 2009

Homesick

Saya sedang nonton rancangan Remaja, yang sebut tentang perkara homesick ini.

Saya mengalami homesick masa saya mula2 masuk asrama. Masa tu tingkatan satu, hampir semua rakan2 saya pun merasainya. Ada yang nangis kat toilet, nangis dalam selimut masa tidur, dan pelbagai tempat lagi. Seminggu jugaklah nak habis rasa nak menangis tu. haha.

Masa saya masuk matriks kat kuantan, dah tak rasa nak nangislah. Cuma rasa lebih jauh je. Tapi, ada jugak yang nangis. Bila disiasat, rupa2nya dia kali pertama berjauhan dari keluarga. Dia sekolah menengah kat umah. So, bila duk matriks, pertama kali berjauhan dengan keluarga. Jadi, kami yang konon2nya dah kuat ni, membantu budak ini mengatasi masalah kerinduannya pada rumah itu.

Masuk universiti pun masih ada orang yang merasai saat ini, esp budak2 non-bumi. Sebab mereka belajar sekolah menengah sampai form 6, kemudian masuk universiti. First timelah berjauhan dari keluarga. Masa minggu orientasi tu, terlihatlah jugak mereka berusaha mengatasi perasaan yang macam nak nangis tu. Hehe.

saya buat master, mula2 kan jadik felo, duk sorang. Masuk ktsn, skrang baru ada housemet. Dan, dengan tidak disangka2nya, seorang kawan saya homesick. Sedih je dia. Hehe. Jahat nyer saya gelakkan dia, kan? Tapi, saya tak terfikir pun akan jumpa orang yang homesick masa saya buat master degree. Rupa2nya budak india ni, lepas stpm, dia masuk ipts yang dekat je dengan umah dia. So, masa buat 1st degree pun still duk umah. Masa master degree baru mula duk hostel. Umah dia bukan jauh pun, kat kelang jer. Tiap2 minggu dia balik. Hari jumaat balik umah, hari isnin baru pulang ke KL semual.

Macam maner saya dapat tahu dia homesick? Tidaklah dia nangis depan saya. Erm, satu hari tu, dia kata nak call mak dia, tapi dah lewat malam, dah pukul sebelas lebih, dia cakap mak dia dah tiur. Saya tanya, kenapa nak call? dia kata, "Entahlah, I rasa homesick lah.". Saya rasa nak gelak mula2. Tapi, naseblah saya tahan2. Sian kawan saya ni, kan? huhu.

Saya kira2, musti ada yang homesick pada saat dia kawen, kan? Saat berkahwin itulah, saat bilamana pertama kali berpisah dengan keluarga. Susah jugak orang begitu.

Rakan2, bila masa kamu mengalami homesick ini?

*entri ini juga ditujukan kepada sepupu2 saya yang baru masuk uitm dan mmu. Mak saya citer mereka nangis2, homesick kat hostel. Haha.

*saya juga mahu mengekspreskan kejelesan saya kepada para pelajar tahun satu yang baru mendaftar kerana dapat 100 unit saham 1Malaysia. Ya, saya jeles yang amat. Heh!

Sekian, selamat berhujung minggu.

10 comments:

najat said...

sape yg nangis tuh?
wohoho...
kenangan lama ....
huhu...

SITI said...

najat;
bila kamu nangis?
kat sekolah lah, kan?
ker kat matriks pun nangis lagi?

najat said...

kat skolah jerk..
huhu...
lama tuh tempoh dier...
haha...

amiza said...

haha..teringat zaman kat STF..

dayot said...

yela amiza,terigt mase kat stf:)
skarang pon masih homesick:(

SITI said...

Najat
braper lama awak nangis? Hehe.

Amiza;
Ahaha. Aku pun boleh ingat bila aku nangis kat stf. Minggu orientasi lah!

Dayot;
Kamu homesick lagi kat sana? Siannyer.

najat said...

jgn gelak kuat sgt tau..
3- 6 bulan...
haha...
malu plak...

SITI said...

najat;
lama gellar. hahahaha. *gelak guling2*

akak nangis seminggu je. pastu dah ok dah.

ultimatecass said...

tim,

aku dari stf sampai the last semester kat US tu pun still homesick.

now rasanya if pegi mana mana lagi pun akan still homesick.

SITI said...

atie;

alalalala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...