Friday, June 05, 2009

Si Pembuat Batu-bata

Ini ada satu kisah. Kisah tentang seorang pembuat batu-bata.

Diceritakan ada seorang lelaki. Tidaklah pandai, tidaklah bijak. Maka, yang dia mampu, hanyalah menjadi seorang pembuat batu bata di kilang berhampiran rumahnya. Dia mula membuat batu bata sejak tamat sekolah sehingga sekarang. Dia sudah punya anak bini.

Dia tidak jemu2 menjadi seorang pembuat batu bata. Siang dia bekerja. Malam dia mengaji. Sudah ada anak, dia mengajar anak mengaji. Maka, anaknya pandai mengaji.

Anaknya sudah besar panjang. Tuhan memberi rezeki padanya. Anak dia dapat masuk sekolah tinggi. Masuk universiti.

Hari ini dia menghantar anaknya masuk universiti di ibu kota. Hanya mereka berdua sahaja pergi, menaiki bas. Isterinya tinggal di rumah menjaga anak2 yang lain. Setelah turun daripada bas, telah masuk waktu Subuh. Selesai solat 2 rakaat dan berdoa, dia mangambil teksi untuk terus ke universiti. Perasaannya bercampur baur.

Pagi yang damai itu mula sesak dengan kehadiran ramai manusia menghantar anak masing2 masuk universiti. Sebaik sahaja masuk ke kawasan kampus, si pembuat batu bata itu tiba2 tersentak melihat bangunan2 di kampus tempat anaknya akan belajar itu. Ya, bangunan2 itu. Hatinya tiba2 menjadi sangat syahdu. Sangat. Terlalu.

Bangunan2 itu bangunan2 yang dibina 20 tahun yang lalu. Terlihat susunan batu bata itu. Dia kenal akan warna merah batu bata itu. Malah, dia dapat merasai bau batu bata di situ. Batu bata yang disusun sehingga menjadi bangunan2 tinggi, menjadi saksi ketinggian ilmu manusia2 di situ.

Tanpa disedari dia sedang mengusap2, merasai kasarnya batu bata itu. Anaknya telah ditinggalkan sementelah sibuk menguruskan pendaftaran. Ya, dia terasa begitu terharu melihat batu bata itu. Kerana, itulah batu bata yang dibuat sendiri dengan dua tangannya. Dia sangat pasti. Terlalu pasti. Warna merah dan kukuhnya tanah liat yang dibentuk untuk menjadi blok-blok bata yang kukuh itu.

Apa saja yang dia boleh berkata kepada Tuhannya. Dia sangat bersyukur. Tuhan telah memilih batu bata yang dibuatnys untuk membina lembah ilmu. Bukan calang2 ilmu, malah himpunan ilmu2 tinggi. Dia sangat bersyukur, kerana doanya telah makbul.

Setiap hari dia berdoa, semoga dia mampu menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Melihat susunan batu bata di situ, dia pasti dia telah menjadi seseorang yang berguna itu. Tuhan telah memilih hasil tangannya. Dia tidak mampu doktor, mahupun seorang guru sekolah. Dia hanya menjadi seorang pembuat batu bata.

Yang dia tahu dia menjadi pembuat batu bata yang ikhlas pada siang hari. Dan, malamnya, dia berdoa dengan ikhlas. Ya, seiklahs hati. Dia menyerahkan hatinya kepada Tuhannya.

Hari sudah lewat petang. Anaknya akan ditinggalkan bersama batu bata di situ. Dia akan pulang ke rumah dengan senang hati. Dia mahu bercerita dengan isterinya. Batu batanya berada di lembah ilmu. Akan menjadi saksi ketinggian ilmu anaknya satu hari nanti.

Sekian saja cerita tentang seorang pembuat batu bata.

2 comments:

" NoBoDy " said...

syahdu giler citer nih..

SITI said...

Munie;
kamu mengomen di sini. Haha. Syahdu, eh? Thanks? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...