Thursday, June 11, 2009

Ramai Anak

Sebelum memulakan entri ini, saya ingin beritahu yang saya sudah sangat penat dengan ketiadaan talian internet di bilik. Sesiapa yang baik hati, silalah adakan talian tanpa wayar ini di kawasan saya tinggal. Huh. Saya sangat penin bila ada banyak perkara dalam kepala otak dan perlu menulis, sampai satu tahap, tak boleh tidur, maka menulis apa yang ada dalam buku. Haish.

Beberapa hari yang lalu, saya berkesempatan menonton satu talk show di waktu malam yang hening. Rancangan ini menjemput satu orang lelaki yang bergelar ayah kepada 10 orang anak. Dia nampak masih muda. Isterinya tidak dapat bersama kerana outstation. Dia datang bersama 8 orang anak2nya, dan 2 orang anaknya yang lain menuntut jauh di perantauan. Dia ada anak berusia lingkungan 20 hingga 2 tahun. Mereka turut mepunyai 2 orang anak kembar lelaki.

Berikut jawapan2 kepada persoalan yang dilontarkan kepadanya, yang saya kira sangat tepat. Saya kagum dengan kebolehan encek ini menjawab semua persoalan yang diberi.

S: Siapa yang mahu anak ramai? Bagaimana boleh mendapat anak yang ramai?
J: Sebenarnya, saya dan isteri saya kawen muda, dalam usia kami 19 tahun. Kami lambat dapat anak. Isteri saya pun kata, "Kalu Tuhan mahu bagi anak 10 pun saya sanggup". Maka, saya rasa Tuhan telah memakbulkan doa isteri saya.

S: Benarkah orang kata, anak2 ini rezeki?
J: Sangat tepat sekali. Kami bermula dengan tiada apa2. Apabila mendapat anak2, anak2 telah membawa rezeki kepada kami.


Enchek tersebut adalah seorang yang bekerja dalam bidang IT, yang terlibat dalam SMS DAPAT. Ya, nampaknya, dia seperti seorang yang berjaya.

S: Apa yang seronoknya mempunyai anak yang ramai ini?
J: Erm, yang bestnyer, kita boleh buat trial & error. Kalu buat sesuatu itu pada anak ini tak jadi, kita buat pula yang lain kepada anak ini, tengok pula bagaimana hasilnya. Haha.

S: Bagaiman dengan pelajaran anak2? Yalah, sekarang semua maklum dengan kos pendidikan yang semakin meningkat.
J: Owh. Saya buat begini. Setiap kali seorang anak saya lahir, saya kan beli hartanah, selalunya rumah. Kemudian saya sewakan. Duit itulah yang akan membiayai anak itu. Itulah rezeki untuk dia.
S: Owh, maksudnya, lahir jer anak, terus beli, bukan dah nak masuk sekolah baru beli hartanah?
J: Ya. Jadi sempat mengumpul untuk anak tersebut.

S: Bagaimana pula meluangkan masa dengan 10 anak2 ini? Ada orang yang 4 orang anak pun dah tak sempat melayan, inikan pula 10 orang?
J: Saya akan pastikoan solat berjemaah. Pada masa itulah sedikit perbincangan akan dilakukan. Kemudian, kami berhubung memalui facebook. Semua perlu mengemaskinikan profil facebook masing2 terutamnya anak saya di Tokyo dan Kota Bharu itu. Maklumlah, mereka sudah jauh dari keluarga.

Itulah kelebihan mempunyai ayah yang bijak dalam bidang IT ini. Semua kemudan teknologi digunakan sebaik mungkin.

S:Bgaimana pula pergi bercuti dan melancong?
J: Owh, kami naik kereta besar. Tapi kami tak duduk hotel. Kami bina khemah sendiri. Kalu hotel ada lima bintang, khemah kami, boleh nampak beribu2 bintang.
S:Kenapa tak suka duduk hotel?
J:Saya tak suka terikat dengan masa untuk check in dan check out. Biasanya, kalu balik kampung, kampung saya di Johor, dan kampung isteri di Kedah, maka kami kan singgah seberapa banyak tempat yang boleh sepanjang perjalanan. Maka, perjalanan dari Johor ke Kedah mengambil masa seminggu. Kami pergi kebanyakkan tempat tak kira pantai atau taman negara.

S: Bagaimana pula dengan masakan? Selalunya Berapa banyak kalu pergi membeli belah barang dapur untuk sebulan?
J: Biasanya tiga troli penuh. Untuk masak, isteri saya suruh mereka masak sendiri.
S: Wah, begitu rupanya. Siapa kat sini yang masak sedap?
(Maka, satu orang anak lelaki dia pun mengaku)
J: Ya, saya suka memasak untuk orang.

S: Apa nasihat enchek kepada orang2 yang nak anak ramai?
J: Memang bukan mudah untuk menjaga anak yang ramai, tapi ada caranya. Dan, jika mahu anak yang bijak, kena bermula dalam rahim. Banyakkan membaca semasa mengandung dan buat latihan matematik yang susah2. Kalu ibu banyak berfikir, si anak dalam kandungan juga turut sama akan berfikir.

Saya memang sangat kagum dengan enchek ini terutamanya dengan pengurusan pendidikan anak2nya. Saya tahu bukan semua orang mampu membeli hartanah, tetapi apa yang kita boleh belajar daripada enchek ini ialah kita perlu membuat sesuatu untuk anak2 itu. Bukan sambil lewa sahaja, dan menganggap semakin banyak anak semakin beban, semakin sedikit benda untuk dimakan.

Cuma, saya kurang gemar fakta membuat latihan matematik semasa mengandung. Saya ada baca juga somewhere tentang perkara ini. Tapi, bukanlah anak guru matematik tambahan yang paling cemerlang di dunia ini. Bukan, kan? Tiba2 teringat Pak Yem, guru matematik sekolah saya. Haha.

9 comments:

Anonymous said...

Perkongsian menarik. Anak ramai yang soleh barangkali serupa dengan umur panjang yang dipenuhi amal soleh.

SITI said...

Cikgu Zul,

Terima kasih, cikgu. Saya juga seronok berkongsinya. :)

Afzan said...

ye pakyem.. dah puan Bahayah. adakah anak2 diorang terer Add math atau sejarah? meh kite tgk nanti. ehehe.

Sahalfikri said...

kagum juga. apa yg dapat mengeratkan hub mereka sekeluarga :
1) Solat jemaah
2) Facebook
3) Berkhemah

susah juga nak jumpa seisi keluarga yg mengamalkan ketiga2 amalan ini..hehehe

SITI said...

Afzan;

kalu mak bapak mmg cikgu maths and sejarah, pastu anak2 pandai maths and sejarah, boleh terimalah.

Tapi, aku musykil, apsal mcm highlight buat latihan maths untuk pandai, like pandai semua perkara. Heh.

abang Suhail;
Ya, susah. Itu sbb Siti kongsi rasa kekaguman ini di sini. Huhu.

Ronie Muller said...

Akak juga turut tidak bersetuju mengenai latihan matematik itu. Tapi bersangka baik - mungkin dia nak highlight yang ibu2 tak boleh diam diri dek pregnancy blues saja. Actually pemakanan pun penting kan untuk otak baby dan tak lupa pemakanan rohaniah - ibadat semasa mengandung seperti baca Quran etc. Anyway..satu perkongsian yang menarik, boleh jadi panduan tak semestinya untuk yang ramai anak. It could be applies to every parent.

SITI said...

kak Ronie;

haah, menarik. Kalu tgk rancangan tu lagi best. Sbb enchek itu jawab dengan riangnyer. huhu. Naka2 dia pun mmg bijak2. Ada sorang tu boleh main hampir sume alat muzik. Dia nak jadi pemain muzik profesional. Huhu.

Marliza Radzi said...

cemerlang tak anak Pak Yem cikgu Add Math + Puan Bahayah cikgu Sejarah itu?

SITI said...

kak Yanti;
Owh, tidaklah saya tahu kerana belum berkenalan pun dengan anaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...