Saya sudah pindah ke tempat baru lagi. Ya, dalam masa tak sampai sebulan, saya pindah lagi. Tapi, saya redha. Lagipun, selepas melihat keadaan tempat baru, saya rasa, tempat ini lebih baik. Yang menjadi masalah pada saya ialah sewa tempat letak kereta yang mahal iaitu RM150 sebulan. Huh, habis duit makan saya.
Sebelum saya masuk, saya telah jumpa dengan bakal housemates saya. Dua orang melayu dan seorang India. Tetapi, apabila saya pindah masuk, lain pula ceritanya. 3 orang rakan saya ini sedang bercuti semester, sementelah projek mereka tidak dapat dijalankan semasa cuti. Tetapi, saya mendapat seorang lagi housemate. Primmala namanya.
Kakak ini dari Thailand. Dia sdg mengaji PhD dalam bidang farmasi. Dia perlu melakukan kerja makmal di UKM untuk tempoh 3 bulan.
Pada mulanya, saya tidak merasakan kelainan. Saya menerangkan tentang Malaysia dan UKM dengan baik. Huhu. Tapi, saya mula rasa lain sikit bila dia tanya "What is this?" dengan merujuk kepada tudung yang saya pakai. Ya, dia bertanya kepada saya pada hari pertama saya berkenalan dengan dia.
Kakak ini seorang beragama Budhha. Dia berasal daripada selatan Thailand, Kong Khan. Di sana, penduduk Muslim sangat kecil bilangannya berbanding selatan Thailand. Oleh itu, pengetahuannya tentang Islam sangat kurang.
Saya perlu menerangkan banyak perkara kepadanya. Saya ajak dia pergi shopping, tapi selepas solat. Maka, dia bertanya tentang solat. Saya terangkan lagi. Dan dia bertanya lagi. Tentang azan, tentang masjid.
Saya berpuasa Isnin dan Khamis. Dan, dia bertanya lagi. Tapi, masuk minggu kedua perkenalan, saya tidak dapat berpuasa sunat, lantaran lapisan rahim saya runtuh. Maka, dia bertanya lagi.
Ya, saya menjawab. Sekurang2nya saya cuba menjawab dengan baik. Ya, saya menjawab dalam bahasa Inggeris. Saya menerangkan tentang Islam dalam bahasa Inggeris. Ia agak susah bagi saya. Sebab, saya tidak pernah belajar tentang agama Isalm dalam bahasa ini. Dan lagi, dia seorang yang pintar. Ya, dia sedang mengaji PhD. Sifat suka bertanya itu memang sudah ada dalam dirinya.
Tidak pernah saya terfikir saya akan melakukan perkara sebegini.
Selama ini saya hanya membaca atau mendengar. Cerita2 tentang non-Muslim bertanya tentang Islam. Saya membaca perjalanan dakwah abang Suhail yang kini berada di China. Saya juga membaca catatan cikgu saya, Cikgu Zul, yang juga terlibat dalam aktiviti ini. Satu cerita yang saya pernah dengar dari mak usu saya ketika dia ke Korea. Dia ke sana berdua dengan seorang lagi rakannya yang free-hair. Seorang non-Muslim bertanya kepada mak usu saya tentang tudung. Bila ditanya kepada rakannya pula, rakan itu menjawab; "I choose not to wear". Itulah antara yang saya baca dan yang saya dengar.
Sekarang, saya pula memulakan catatan saya tentang perkara ini. Sekurang2nya untuk 3 bulan. Apabila berada dalam situasi ini, saya cuma mahu memberikan jawapan yang baik dan betul. Belum lagi niat saya untuk mengajak dia "masuk" Islam. Cuma, saya tahu, dengan percakapan dan perbuatan kita seharian2 ini, jika dilakukan dengan baik, juga merupakan method dakwah yang baik dan jelas.
Saya benar2 merasai sesuatu dengan pengalaman dan kehidupan baru ini. Segala perbuatan dan percakapan saya dirasakan perlu dilakukan dengan baik. Kerana, saya sedar bahawa saya adalah antara sumber utama untuk dia mengenali agama yang indah ini, selain daripada rakan di makmalnya juga seorang Muslim dari Indonesia, serta bahan2 bacaan dan internet.
Oleh itu, saya mohon doa dari kalian, semoga saya dapat melakukan perkara ini dengan baik. Saya sudah mula mencari buku2 supaya dapat memberi saya idea untuk menjawab persoalan2 yang diajukan kepada saya.
Dan, saya juga sangat sedar bahawa betapa beruntungnya masyarakat di Malaysia ini, dari segi sosial dengan kepelbagaian kaum dan agama.
SEKIAN. Doakan saya. Terima kasih.
4 comments:
apa maksud pindah tempat baru? smbung belajar lg ke? di mana?
jika dia beragama Buddha, dia akan lebih mudah faham. sbb byk ajaran Buddha yg bersifat pengendalian jiwa mirip kepada Islam.
slalu org fikir kita org Islam mesti mengIslamkan org bkn Islam. tidak bagi abg. abg berfikir kita org Islam harus berkongsi ttg keindahan Islam kepada org bkn Islam. soal dia ingin masuk atau tidak, itu Allah yg akan campakkan hidayahNya.
kita tak mahu jadi kedekut. yalah kita beriman bahawa sesiapa mengucap pasti syurga untuknya.maka, apakah kita sorang je nak masuk syurga? pastinya kalau boleh housemate pun perlu masuk syurga.
jika dia seorg bakal pemegang PhD, pastinya dia suka membaca. smgt enkuiri tinggi.lebih terbuka pemikiran.jika ada buku sesuai utk bacaannya, berikan hadiah kpdnya (spt kisah2 pengalaman org yg mengenali Islam : Cat Steven etc). Tak tahulah ada ke tak buku gini tapi abg ada satu novel (xingat tajuknya) berada di Melaka. Nak dikirimkan setahun lagi kot kalau nak pun..hehe. sori.
k, goodluck.. u r now doing the job everyone has to do but we always tend to forget it unconciously.
abang Suhail;
bukan sambung belajar, cuma kene pindah tempah tinggal. Pengurusan asrama suruh pindah ke satu apartment yang mereka sewa khas untuk menampung kekurangan bilik di kampus utama.
Terima kasih atas panduan dan nasihat. Memang siti berfikir bahawa bukanlah untuk suruh dia masuk islam, cuma kita perlu benar2 memberitahu tentang keindahan Islam. Sebelum ni pun, pernah jer kawan dengan non-Muslim, tapi mereka orang Malaysia, jadi mereka sudah tahu perkara2 asas yang orang Islam buat, seperti solat dan puasa Ramadhan.
Ya, dia sangat bertanya. "Kenapa kene solat 5 kali sehari?" "Apa yang kamu buat dalam solat?".
Ketika azan berkumandang, dia tanya "Apa tu?". "Apa maksudnya?". Tiba2, azan bersayup2 kedengaran dari beberapa surau dan masjid sekitar kampung baru itu, termasuk juga siaran TV yang kami sedang tonton. Maka dia bertanya lagi; "Sama ker semuanya ni?".
Dia belum nampak lagi mahu mendalami Islam, walaupun kerap bertanya. Dia cuma bertanya tentang apa yang dia lihat. Lagipun, kerja makmal dia agak berat, membuatkan dia perlu fokus bahan bacaan tentang kerja makmal dia. Siti juga harap bahawa kawan2 dia di makmal dari Indonesia dan Bahrai juga akan dapat membantu memberikan jawapan terhadap kemusykilan dia. Dia ada juga beritahu yang Indon student itu pun puasa sunat Isnin Khamis.
Setelah dikira2, dia akan melalui bulan Ramadhan di sini. Ya, good luck to me.
:)
good luck to you.
masa saya fly ke kuching, a priest sit next to my brother. kami duduk sebaris. He talked a lot with my brother about philology. Saya tak pernah dengar pasal philology sebelum ni. Especially about philosophy regarding to all religions. Monotheism which is one way, from God to us. He talked about Muslim, Jew, Christianity, Atheis.
Bila dengar dia persoalkan macam2 about this about that in every religion, saya sedar pengetahuan saya sangat cetek dalam agama.
Perlu baca lebih banyak.
Kimi;
terima kasih.
Kalu berbual dengan orang yang belajar perbandingan agama memang sangat takut. Haha. Tidak boleh sikap cakap juga.
Saya lebih suka cakap tentang kromosom.
Ya, saya juga sedang mencari bacaan2 yang sesuai. Jika ada yang menarik, harap sudi berkongsi. :)
Post a Comment