Saya menghormati pak guard. Tidak pernah saya mahu marah2 guard tak tentu pasal. Guard ada di mana2 sahaja. Di asrama. Di bank. Di makmal. Guard biasanya lelaki. Dan, semestinya, ada banyak keysah tentang guard ini.
Semalam, satu kejadian buruk berlaku antara saya dan pak guard. Saya pulang sudah jam 6.30 ptg. Disebabkan saya puasa, saya agak letih dari kebiasaan. Tempat saya park kereta di luar pagar telah diisi dengan kereta lain. Jadi, saya pun terus masuk ke dalam kawasan asrama. Di tempat baru saya ini, pelajar tidak boleh meletak kereta di dalam kawasan asrama kerana kawasannya terlalu kecil. Terlalu. Maka, hanya staf sahaja yang boleh meletak kereta di dalam kawasan itu.
Petang semalam, sudah tiada kereta di dalam kawasan itu. Hari2 sebelumnya, saya sudah pernah letak kereta di dalam kawasan atas budi bicara guard yang bertugas. Saya amat berterima kasih dengan mereka.
Tapi bukan pak guard semalam. Dia bengis. Saya tahu kadangkala ada guard yang suka tunjuk garang supaya pelajar takut. Makanya, saya cuba senyum lagi dan mintak maaf. Lagipun, ada kereta di luar itu, bagaimana mungkin saya mahu park di tempat itu. Huh.
"Kalu empat2 tayar kete kamu pancit, jangan salahkan saya". Saya hanya merenung dia sahaja. Saya puasa. Saya sudah letih. Saya adalah sangat malas mahu gaduh. Saya berlalu pergi sahaja. Saya katakan, esok saya hantar surat kepada Pengetua mohon kebenaran. "Kenapa mahu hantar esok? Kenapa tak hantar awal2 lagi?" Marah pak guard itu.
Kemudian, dia berlalu pergi untuk membuka suis lampu stor di kawasan belakang. Saya pun berlalu pergi ke bilik saya. Tapi, dia terus marah2 dan terus ke arah kereta saya. Pak guard itu terus membongkok ke tayar, membuka pin tayar, terus mengeluarkan kunci dari poketnya untuk menekan kepala angin tayar kereta saya. Angin pun keluar sepoi2 bahasa dari tayar saya.
Saya menjerit dan kembali semula ke kereta saya. "Baiklah, saya call Pengetua sekarang". Huh. Pengetua tak jawab call saya pulaks.
"Pakcik, saya bukan tak nak park kat luar. Ada kereta lain tu". "Oklah, pukul 8 nanti kau tengok, kalu kete tu dah kuar, kau park situ". "8.30 lah pakcik. Saya puasa ni. Saya nak buka puasa dulu". Jawab saya, lemah.
Mengalir juga air mata saya menahan marah dan sedih tadi. Huh.
Hampir jam 9 juga saya keluar. Saya decide untuk park saja di atas divider sementelah masih ada kereta di tempat sepatutnya saya park. Berdebar juga saya naik di atas divider itu sbb ia agak tinggi. Sebelum berlalu pergi, saya spray pepper spray saya di semua pin tayar kereta saya. Ya, saya bersangka buruk terhadap pak guard itu. Lagipun, shift keje dia abis lambat, jam 11.
Owh, pengalaman ini sangat menunjukkan tahap budi bicara pak guard itu sifar. Kosong. Negatif mungkin. Bagaimanakah cara untuk menghadapi orang2 yang sifar budi bicara begini? SABAR itu sangat penting. Huh!
13 comments:
Park kereta kat KTSN mana ni? Saya student KTSN gak. Memang ada pak guard yang macam tu. Sabar ye..
wah.. kurang belajar punye Pak Guard. Selambe pancitkan tayar orang. Kalo aku pon, sure nak nangis jugak.
Kimi;
KTSN 4. Owh, sangat sabar. Huh. Awak duduk KTSN mana?
Afzan;
Ya, aku memang nangis pun. Huh.
patut la kau tny pasal pepper spray tu..
Hmm..ape punye pak guard la..
Manusia...
Kid;
Yer, itu sbb aku tanya pada malam itu. Huh!
dia bukan saja xde budibicara.. bahkan xtau undang2. kalau salah, saman je dia bole wat.. kalau da sampai nak pancitkan tayar, dia da melanggar undang2.. siti plak leh amek tindakan!
mungkin dia ada masalah dgn isteri dia kot sebelum tu.. mm, maafkanlah!..hehe
Abang Suhail;
Opis boy cakap pak guard ni mmg kerek semacam. Siti tahu dia mmg tak boleh buat begitu. Kakak kat lab kata, siti sepatutnya ambil gambar semasa dia pancitkan tayar itu.
Semoga ia menjadi kejadian pertama dan yang terakhir belaku pada siti. Penat sungguh melayan manusia sebegini.
saya duduk Plaza. masa 1st year, saya lagi...tak pasal2 kena marah siap herdik lagi depan orang ramai..memang malu..tapi manners tak jaga..nak lawan nanti kata kurang ajar la..tak hormat la..iyakan je la apa dia bebel..
Kimi;
Owh, awak duk plaza.
Itulah pasal, mereka tu sume tua2, kalu lawan nanti jadik kurang ajar pula. Tapi, owh, sememangnya tidak mahu berlawan pun. Huh.
mesti tayar mengalami kepijaran akibat dipepper spray.. hehe..
Awis@Anon;
Huh, tangan aku pun kepijaran semalaman. Huhu.
OMG... Sabar tim...
but u handled it pretty well..
klu aku..tatau laa aku buat ape..
aku spray direct kot kat pak guard tuh..
byk giler aku jumpa pak guard yg kurang berpelajaran...
Munie;
kalu pak guard tu buat lagi kat aku mcm tu, mmg aku spray lah. Haha.
Setakat ni, inilah yang paling psycho yang aku jumpa. Haish.
Post a Comment