Friday, May 08, 2009

08052009

Saya seperti senang ingin menulis lagi. Maka, saya menulis.

Saya nonton cerita The Janice Dickinson Modeling Agency tadi. Dulu2, saya tidak gemar melihat Janice ini, ketika itu dalam rancangan America's Next Top Model. Muka dia kelihatan dimakan oleh teknologi kosmetik.

Saya tidak tahu pun latar belakang Janice. Tapi, pada minggu lepas Janice telah tangkap satu orang model dia yang mempunyai banyak lebam2 di badan. Janice syak dia telah mencederakan dirinya sendiri. Mula2, budak itu tidak mahu mengaku. Kemudian, bila Janice cerita hidup dia zaman muda2 lagi sengsara, barulah budak itu mengaku dan ceritalah kat dia yang ayah dia sangat jahat. Dan, janice cakap ayah dia juga sangat jahat. Ayah dia pedophil. Ayah dia rogol adek dia masa kecik2.

Saya jadi ingin tahu tentang Janice. Selepas surfing sket2, barulah saya tahu memang hidup Janice bukan seperti kanak2 biasa. dan dia sangat bekerja keras untuk berjaya sehingga dapat membuka modelling agency sendiri. Tapi, fakta2 lain seperti 1000 lelaki juga adalah sangat menakutkan. Huhu. Baca di sini.

Bila saya buka akhbar hari2 selepas itu, saya sangat terkejut dengan kesah seorang bapa yang dera, rogol, bunuh dan tanam anak perempuan cacatnya. Dan, lelaki ini yang mempunyai 2 orang isteri jguga mendera anak2nya yang lain. Sungguh, saya sangat teringat kisah Janice. Adakah antara anak2 lelaki yang sangat menakutkan ini akan berjaya hidup dengan baik satu hari nanti?

Berbanding orang biasa yang berjaya, kita memang akan sangat kagum dengan orang susah yang dapat berjaya. Tidak bermakna orang2 biasa yang berjaya ini tidak bekerja keras dan tiada rintangan. Tapi, orang yang macam Janice ini, kita dapat lihat dengan jelas masalah yang dihadapinya. Dengan ayah seorang pedophil dan emaknya seorang penagih dadah, dia perlu mempunyai azam yang cukup kuat untuk lari dari kehidupan itu. Orang yang biasa2 tidak perlu lari dari kehidupan yang lama. Mereka cukup makan dan pakai, ditambah dengan belaian kasih sayang. Jadi, masalah yang mereka hadapi kurang jelas di mata orang luar.

Saya kagum. Dalam masa yang sama, saya juga takut. Malaysia semakin menjadi "negara maju". Apa yang ada pada "negara maju" Uncle Sam itu, sudah semakin ada di negara kita ini. Bila saya tengok kejadian2 pelik yang berlaku di sana seperti budak umur 8 tahun tembak mak sendiri, saya hanya terfikir, bilalah akan berlaku di bumi Malaya ini. Saya tahu ia seperti satu fikiran yang jahat. Tapi, semua yang sedang berlaku di negara kita sekarang sudah berlaku lama dulu di negara Uncle Sam itu. Maka? Ya, tak semestinya semua akan berlaku di sini. Tapi...

Sekian untuk malam ini. Selamat berhujung minggu.


3 comments:

Anonymous said...

Paza akhir zaman, orang susah menjadi senang atau anak orang susah menjadi senang tidaklah menghairankan. Segalanya termaktub dalam hadis nabi. Yang lebih penting (selain dpd belajar dpd kegigihan mereka untuk senang) adalah sejauh mana bersyukur sebagai orang senang dan masih terus empati kepada dunia orang susah yang pernah dilalui sebelum ini.

Merah Silu said...

Hanya Islam yg dapat menyelamatkan umat Malaysia..

SITI said...

Cikgu Zul;
Apakah hadis itu? Banyak lagi yang saya perlu belajar. :)

Enchek Faizal Irazid;
Yup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...