Thursday, May 07, 2009

07052009

Saya pulang dari makmal agak lewat hari ini. Jam 7.30 masih berada di Jalan Tun Razak. Tapi, saya gembira kerana dapat melihat bulan penuh hari ini. Sungguh chanteks, terletak di langit biru yang mulai gelap melewati hari yang ingin malam.

Tiada fokus yang mahu saya tuliskan hari ini. Cuma, perkara2 yang berlaku selepas saya pulang. Seronok membaca entri kak Yanti hari ini. Memang kita boleh mengawal reaksi kita kepada perkara2 yang beraku di sekeliling kita. Kadangkala, kita sendiri jadi musykil mengapa kita marah2 kepada perkara yang "takde apa2 pun sebenarnyer".

Perkara ini berlaku saya kira pada semua orang. Yalah, manusia dipengaruhi oleh pelbagai perkara juga e.g hormon. Ada lelaki yang sangat cepat marah sehingga mampu memukul orang semata2 kerana perlawanan persahabatan bola sepak. Kalu perempuan, selalu dikaitkan dengan pembinaan dan keruntuhan lapisan endometrium. Memang tidak dapat lari, tetapi masih boleh dikawal, kan?

Lepas tu, saya bukak tv, tunjuk sidang DUN Perak. Bodoh, kan? Itu saja word yang tepat. Semua pun bodoh. Saya bukanlah pandai sangat. Tapi, bagi kes DUN Perak ni, saya rasa semua yang terlibat adalah tidak pandai aka stupid.

Tiba2, ada rakan saya call. Terkejut juga saya. Dia kata takde pape, saje jer. Walhal, baru semalam saya baru call dia. Rupa2nya tiba masa dia pula perlukan seorang kawan. Yalah, semalam hari saya. Hari ni pula hari dia. Semoga apa yang saya cakap telah menenangkan sedikit hati dia. Semoga.

Hari ini, sudah hampir tammat. Esok, masuk hari Jumaat, penghulu segala hari. Ada orang mahu pergi berfoya2 ke Pangkor esok. Enjoy & take care.

Owh, sebelum tammat, saya ingin mengucapkan selamat menjadi blogger kepada enchek Faizal Irazid. Semoga menjadi penulis blog yang tegar.

Sekian. Ya, sudah tammat. =p

12 comments:

Merah Silu said...

trima qaseh cik tim...moga2...

eMa in the LaLaLand said...

Enchek F..
suda menulis sekarang?
Jadila blogger yang tegar!

Merah Silu said...

Yaaaa...Enchek F suda menulis...
moga2...

Marliza Radzi said...

saya berkongsi reaksi sama terhadap DUN Perak.

terima kasih sebab suka entri itu :)

SITI said...

Enchek F;
yup, moga2 akan terus menulis.

Ema;
sudah melawat blok Enchek F? Merah, kan?

kak Yanti;
abang Suhail pun tulis ttg Perak wpun jauh di perantauan. Dan, dia pun punya rasa yang sama. Tapi dia letak banyak star2; ******. Huhu.

Anonymous said...

memang pd mulenye aku ingat kamu boleh berubah...sayang sekali... semoga Allah memberi petunjuk kpd org yg hatinya masih macam kamu....

Anonymous said...

oh yer terlupe...mungkin patut aku tunjukkan entry kamu ini kpd para2 pegawai sains di sana...mungkin termasuk kpd Dr Siti skali yg jelas berunsur provokasi....
supaya mereka tahu....hati kamu....

SITI said...

Anon;
Saya terpaksa baca balik entri ini sbb saya tak tahu kenapa awak tulis ada unsur provokasi.

Rupa2nya ttg bolasepak itu. Haha. It is not about you. I dont even think of u a second pun masa menulis entri ini. Bolasepak itu saya tulis kerana pergaduhan selepas perlawanan Kelantan dan N9. Dalam kepala otak saya, ada imej kereta polis yang terbakar, dan budak yang hampir buta kene serpihan akibat pergaduhan itu, terbaring di atas katil dengan ibunya menangis di sebelah. I had no image of you in my head.

It is not about you at all.

Saya cuma explain.

Kamu mahu percaya atau tidak, terpulang kepada kamu. Hak kamu untuk memilih sama ada mahu jadi marah atau tidak marah. Jika kamu memilih untuk marah, maka akan jadi marahlah kamu. Jika kamu memilih untuk tidak marah, maka kamu boleh memilih untuk membuat perkara yang lain tanpa ada perasaan marah.

eMa in the LaLaLand said...

Ehmm..
Klaka la anon ni...

=D

Anonymous said...

sudahlah...aku masih ingat pesan en Yusri pd aku...so i just let go.....

Anonymous said...

aku percaya pd kamu....krn aku x mau bersangka buruk pada kamu....semoga Allah memelihara kita berdua....
InsyaAllah....

SITI said...

Ema;
maner ada klakar. Salah faham ni.

Anon;
Ya, semoga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...