Thursday, April 30, 2009

Glukos & Kolestrol

Saya memang seorang yang health concious. Kadang2, terlebih2 perasaan itu. Tetapi, saya tidaklah pula rajin bersenam. Disebabkan saya duduk di makmal ni, maka saya akan buat pemeriksaan berkala. Paling tidak pun, dalam masa 6 bulan, saya akan buat ujian glukos, kolestrol dan urine FEME.

Hari ini saya berpuasa. Saya bersahur pun sangat awal, jam 12 malam, sebelum tidur. Subuh masuk agak awal, jadi saya risau tak terbangun, maka saya ambil sedikit makanan sebelum mata terlelap.

Di saat ini, pada hari ini, di mana genap umur saya 25 tahun 7 bulan 11 hari, buat pertama kalinya bacaan kolestrol saya tinggi daripada paras normal. Sebelum ini, memang bacaannya di paras borderline. Nampaknyer, bacaan sudah melepasi "border" itu.

Waaaaaaaaa.........
Saya benar2 rasa seperti mahu nangis, juga mahu meraung2.

Semua orang dalam lab menenangkan saya, dengan mengatakan bahawa nilai itu tidaklah setinggi mana. Tetapi, mereka perlu tahu, datuk saya meninggal kerana sakit jantung dan nenek saya pernah menjalani pembedahan jantung.

Bacaan glukos pula di bawah paras rendah dari normal. Huh! Saya rasa saya sangat memerlukan dietician untuk ajar saya makan.

Bacaan kolestrol: 5.45 mmol/l (Normal: <5.2 mmol/l)
Bacaan glukos : 3.63 mmol/l (Normal - fasting: 4.22-6.11 mmol/l)
30042009 12:52:31 PM

6 comments:

Unknown said...

Ada seorang kawan ini...Termenung apabila doktor memaklumkan dia ada darah tinggi walaupun bawah 35 tahun.

Dua minggu kemudian...Kena tahan wad hospital pula.

*Tiada kena mengena orang lain:)

SITI said...

enchek Anuar buat saya merasa mahu meraung kembali. Waaaa........

eMa in the LaLaLand said...

aku mempunyai kawan yang hasbennye ada darah tinggi yang asek kuar masuk hospital..
aku sgt taku utk mengambil ujian2 ini..
1. aku takut perasaan takut sebelum ujian tu..
2. aku takut dengan ujian2 itu sndr..
3. aku takut dengan keputusannya dimana aku tahu aku sangat tidak bersenam sekarang berbanding sewaktu belajar dulu...

takot..takot...sape nak tenang kan aku ni?

SITI said...

Ema yang masih di lalaland;

aku teringat sheikh muzhaphar yang takutkan ketinggian. Maka, pada setiap minggu, dia akan buat bungee jump untuk melawan ketakutan itu.

Maka, untuk kes kamu, buatlah blood test setiap hari. Setelah sebulan, kamu akan sudah tidak takut lagi.

ultimatecass said...

tim, aku punya cholesterol level adalah 6.3. itupun after puasa the night before test. kau patut bersyukur. aku tengok results dia rasa macam nak pengsan. doctor telah bagi speech yang panjang lebar takut takutkan aku.

SITI said...

Atie: kenapalah kolestrol sgt suka nak tinggal dalam badan kita? musykil aku. Aku makan macam biasa je.

Abis tu, kau takut tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...