Ada orang suka, ada yang tidak suka, dan ada juga yang tidak bolah makan, gara2 ramuannya yang ada udang. Saya? Kadang2 saya makan, kadang2 tidak. Saya lebih suka sambal goreng.
Saya pasti ramai yang ada cerita berkaitan dengan sambal belacan. Cerita saya berlaku pada beberapa tahun yang lalu. Banyak tahun yang lalu sebenarnya, semasa arwah nenek saya masih ada. Dan, ia berlaku pada satu hari raya. Saya (konon2nya) riang menolong di dapur. Menu untuk hari raya kami biasanya ada laksa johor. Dan, menu itu biasanya memerlukan sambal belacan untuk menambah rasa. Hari raya tahun itu, saya telah ditugaskan membuat sambal belacan. Maka, saya pun duduklah menumbuk lada dan belacan, dan akhirnya terpercik ke mata. SEKIAN. :D
Tapi, memang ada tetamu yang memuji kesedapan sambal belacan itu. Saya pun terkejut mendengarnya. Tidaklah saya membangga diri tidak tentu pasal, apatah lagi mata saya masih terasa "lada merah" itu. :P
Erm, saya bercerita kisah ini kerana ada sesuatu berlaku di kafe LPPKN dalam 2 hari ini tentang sambal belacan. Semalam, semasa sedang membeli makanan, ketika itu belum ramai orang, ada satu kakak itu sedang makan, tiba2 bertanya kepada kakak di kaunter, "Siapa yang buat sambal belacan ini?". Kakak itu takut2 nak jawab. Manalah tahu ada yang tak kena dengan rasanya. Tapi, belum sempat kakak itu menjawab, kakak yang bertanya telah berkata, "Sedap, sedap" sambil menunjuk isyarat bagus tangan.
Hari ini pula, saya datang membeli makanan ketika belum ramai orang juga. Ada dua orang kakak sedang memilih2 makanan. Satu orang kakak bertanya, "Takde sambal belacan ker?". "Belum siap lagi", jawab kakak di kaunter. Dan, kakak itu menunggu dan terus menunggu sehingga sampai seorang lagi kawannya, yang juga setia menunggu sambal belacan itu siap.
Saya berlalu pergi dengan lauk ikan keli masak sambal hijau dan sayur paku pakis. Tidak tahu nama masakan sayur itu, tapi hijaunya memikat hati. Setelah makan, terasa sungguh pedasnya. Huh!
Saya ingin memberitahu bahawa saya benci drama politik negeri perak itu.
Sekian.

8 comments:
kitapun prefer sambal goreng (sambal goreng versi kita dipanggil Sambal Atuk; cili padi ditumbuk dengan garam dan digoreng sampai hitam)
saya ingin memberitahu bahawa saya JUGA benci drama politik negeri perak itu.
kak Yanti;
Wah, saya tidak pernah merasa sambal goreng versi begitu. Ingin sekali mencubanya. :)
tak boleh makan sambal belacan kang bergegar satu rumah..ade RESDUNG..hahahaha...
sambal belacan tu sedap time tumbuk cili dan belacan mata anda terkena percikan tuh dan mata anda berair lalu masuk kedalam sambal belacan berkenaan,terima kasih kepada airmata anda...
masih ada unsur politik..yaaa...saya pun sokong siap nak main saman2..ape daaa..NO COMMENT
to kak Marliza..penah makan cili hitam tuh..memang sedap..lagi sedap kalau campur dengan ikan bilis dan kacang
rainingheaven;
Ya, terima kasih air mata.
to Siti..jgn mara yerk
sedap tul la rasa bahasa..
sesedap rasa belacan yang kaw la...
urmm ckp pasal belacan..
kawan alumni da yang baru tunang ya..
kabarkn salam gembira kapada dia ya...
kembang setaman,
siapakah?
Post a Comment