Akhirnya, abah menghantar nama2 yang kami (saya dan adek) tulis itu pergi ke suatu tempat. Nama yang saya tulis ada sembilan. Nama yang adek tulis ada 4.
Dan...
Nama kedua itu jelas sekali katanya. DEGIL. Itu, abah yang beritahu.
Saya hanya gelak kecil sahaja. Mungkin dia memang terlalu degil, sehingga jelas pada namanya.
Tapi, bila difikir2kan, enchek itu hanya beritahu dia degil. Bukanlah tidak serasi. Masakan budak degil tidak boleh berkahwin.
Apapun, dia sedang jadi milik orang. Tidaklah mahu saya berebut2. Tidaklah saya suka berebut apa2 pun. Semuanya sudah ditentukan Tuhan yang Maha Adil. Jika benar sesuatu itu milik kita, pasti ia akan menjadi milik kita, walau cepat, walau lambat.
Dan, saya musykil kembali. Manusia apakah yang akan serasi benar dengan manusia yang degil? Serasa saya bukanlah manusia yang degil juga yang akan menjaga dia sepanjang hayat. Kerana, manusia yang degil ini bukanlah manusia yang jahat. Dia hanya kurang mahu mengikut kata orang, suruhan orang. Maka, rasa2 saya, manusia dengan punya kesabaran yang tinggi yang boleh menjadi suri hidup dalam manusia degil ini. Dan, mungkin bukan saya orang itu. :)
Erm, saya kira Tun M itu juga manusia degil. Jika dia mengikut kata ramai orang2, tidaklah dia berani membangunkan Proton, apatah lagi KLCC. Malaysia kini, kira2nya hasil "kedegilan" Tun M selama 22 tahun itu. Namun, yang pasti kedegilan Tun diperkukuh dengan kebijaksanaan beliau, anugerah dari Tuhan.
Ya, janganlah degil dan bodoh. Sekian.

7 comments:
ade betul jugak kata anda tu..so dari sembilan yang dihantar..yang mana paling anda suka?
kerana kedegilan Tun M selama 22thun la Malaysia dah maju smp tahap ni..
uit isu politik..tak nak campur sgt..
rainingheaven;
yang DEGIL inilah yang paling saya suka. Ngeee.....
tapi diluluskan ker?
rainingheaven;
huhu, kalu dah diberitahu orang itu degil, mana mungkin lulus.
mungkin diluluskan kalau kita pandai handle semua tuh..betul tak?
rainingheaven;
itu semua kerja Tuhan, bukan kerja kita.
tapi kita kena berusaha baru Tuhan akan bantu kita...
ape yang kita nak takkan jatuh bergolek tanpa usaha
Post a Comment