Friday, January 09, 2009

Maaf

Baiklah, saya menulis kembali. Maaflah jika penulisan ini akan menjadi terlalu panjang, beremosi dan caca marba. Saya tidak tersinggung jika kamu sudah tidak mahu membaca. Cuma, janganlah memarahi saya. Hati kecil saya ini sudah terlalu parah.

Terhentinya blog saya bukanlah bermakna saya telah mati. Saya belum mati, walaupun ia pasti untuk saya. Cuma, hati saya menjadi terlalu kecil dengan perkara2 yang berlaku. Kadangkala, saya pun kurang faham, kemerajukan yang mana satu yang paling membuat hati saya mencegah untuk menulis di sini. Selalunya, blog inilah tempat untuk saya mengadu.

Saya mungkin bertambah2 malu untuk menulis isi hati ini sejak Israel mula mengebom Gaza. Apalah sangat derita hati ini jika ingin dibandingkan dengan kematian mereka. Tapi, pada satu masa, saya merasa cemburu terhadap mereka. Tempat mereka pasti di syurga. Yang dewasa itu matinya syahid, apaah lagi yang kecil itu, matinya tiada dosa. Tapi, saya belum tentu lagi tempat di syurga itu.

Mereka syahid kerana kita nampak bom yang seperti bunga api chanteknya itu, mematikan mereka. Semuanya, jelas belaka. Peperangan mereka ada bom dan darah. Tapi, ketahuilah bahawa saya juga merasakan peperangan di sini. Peperangan jiwa. Peperangan saraf. Peperangan budaya. Peperangan agama. Bom yang ada tidak perlu ditembak. Muzik2 liar beserta lampu neon yang berkelipan menghambat ketenangan jiwa. Darah yang mengalir kerana mati kemalangan akibat meneguk minuman haram yang sekarang boleh dijual di tepi jalan. Siapakah yang terlupa akan hadis Rasulullah? Bukankah semuanya akan mendapat dosa? Yang menjual. Yang menghidang. Yang mengangkut.

Saya tahu saya nampak begitu bobrok untuk menyamakan peperangan yang saya buat2 ini dengan Gaza. Tapi, saya terlalu rasa kematian saya semakin hampir. Namun, saya tidak akan dikatakan syahid jika mati kerana peperangan ni. Ketahuilah bahawa saya telah sangat berjuang walaupun tidak mengangkat senjata atau membaling batu ke kereta kebal itu.

Senarai2 produk yang dikeluarkan yang menyokong Israel saya lihat semakin panjang. Saya mohon ampun kerana hampir separuh daripada cap2 itu ada di bilik saya. Saya mohon ampun. Saya benar2 rasa bersalah kerana tidak begitu serius dalam meneliti senarai itu satu masa dulu. Saya kini benar2 dihantui rasa bersalah setiap kali melihat gambar2 kematian itu. Ya Allah, maafkanlah hamba-Mu yang lemah ini.

Saya telah meninggalkan aminuddin baki kerana saya tidak mahu rasa cinta saya bertukar menjadi rasa benci seluruhnya. Semakin banyak perkara yang saya tidak suka lihat di sana. Saya telah pergi jauh, ke tempat yang mungkin saya tidak pernah suka, atau orang di sini tidak akan pernah sukakan saya. Namun, saya akui saya telah merasa lega dapat meninggalkan aminuddin baki. Ini bukanlah semata2 kerana kisah budak hensem itu. Aminuddin baki dan saya punya banyak lagi kisah lain. Kisah budak hensem itu hanyalah mewarnai penghidupan saya di aminuddin baki. Saya harus ucapkan terima kasih kepada dia yang banyak mengajar saya beberapa perkara termasuk kehidupannya yang lain benar jalan ceritanya dengan jalan cerita hidup saya. Dan lagi, janganlah mengatakan saya merajuk dengan aminuddin baki. Tidak pernah. Saya cuma pergi ketika masih ada berbaki rasa kasih terhadap aminuddin baki. Tidak bolehlah saya pergi setelah semuanya bertukar menjadi benci. Ketika itu pasti saya sudah tidak boleh datang kembali ke sana.

Hidup orang2 di sekitar saya juga caca marba, menyebabkan saya perlu diam dan tidak sekali2 boleh menyentuhnya. Saya hanya perlu fikirkan hidup saya. Bukankah itu tidak baik? Kita perlulah sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Tapi, saya tahu ada yang akan tersenyum sinis membaca baris ini, sepertinya saya tidak layak menyeru ke arah kebaikan. Awak, ya, awak yang tersenyum sinis itu. Tidak perlulah berfikiran begitu. Awak berhak untuk tidak suka saya seperti saya tidak sukakan awak. Tapi, awak tidak sekali2 boleh mencemuh saya begitu.

Ada beberapa manusia yang baru masuk ke dalam kehidupan saya. Ada yang baik hati membantu. Ada yang telah menipu saya sepertinya saya ini telah dilahirkan untuk ditipu. Ada yang akan menjadi tukang masak untuk saya. Ada juga yang akan menjadi guru kepada saya mengajar saya beberapa perkara. Ada juga yang comel yang mampu menambat hati saya untuk riang. Tetapi, benarkah dia begitu memerlukan saya untuk menjadi riang pula? Saya tidak fikir begitu. Saya pasti kamu tidak akan menjadi seperti Sazali kerana bapak kamu tidak seperti Hassan.

Saya minta maaf di atas kesalahan saya pada kamu semua. Sungguh2 saya minta maaf. Saya tahu disebabkan saya tidak menulis di sini pun, ada yang boleh berkecil hati dengan saya. Maafkan saya, wahai rakan taulan. Saya benar2 mohon maaf dengan rasa ikhlas hati dan rendah diri. Saya cumanya rasa malu lagi ingin menulis. Mungkin itulah perasaannya.

Dan, saya tahu mak dan adek2 serta sepupu2 saya juga ada membaca tulisan ini di sini. Saya benar2 mohon maaf di sini. Saya tidak minta dipuji, cuma saya minta janganlah saya dimarahi. Hati saya kini benar2 luka parah. Tapi, saya tahu ada juga saya melukakan hati kalian. Saya moon maaf dengan sebenar2nya.

Ya Allah, jauhkan diriku, kaum keluargaku, guru2ku, rakan taulanku, dan muslimin muslimat daripada kehinaan dunia dan kehinaan di akhirat. Ameen ya rabbal alamin.

13 comments:

Ronie Muller said...

adek..sukar untuk akak selami hatimu..namun akak mendoakan yg baik2 untuk kamu

Anonymous said...

Babe..hope u r well..
Hurm..too many thing to comment but malas to type..
will comment on 2mrw..
promise..

=)

disputed lamb said...

dude.

gile heart rendering. never more obvious yang BM aku level C3 je berbanding dengan kau. damn, jeles orang org pandai mengarang dan guna bahasa ni.

SITI said...

kak Roni;
Terima kasih.

eMa;
i'm fine. Tq.

Neila;
bahasa omputih kau, aku jeles.

Silir Senja said...

kak...
akak ok?
mintak maap andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, terlanjur bicara...
terasa akak tiada..
itulah manusia.ada ditiadakan.tiada memakan rasa. kak, tukcai kepunyaan siapa?PTSL?PUU?PATMA?

En Kid said...

hmm..sekali sekala dilanda ribut, manakan hati tidak berkabut kan?..apa pun, terima kasih jua buat kau yang selalu membantu tika masih di sana..aku tahu ramai yang tiada tahu menghargai..namun, kau jangan menyalah erti..teruskan usaha murni..

ok!..aku mendoakan yang terbaik buat kau dan kita semua..usah dirobek hati dengan tiap yang mencebek..ceriakan dirimu sebagaimana dahulu..

ayuh boikot israel laknatullah..

p/s: maaf la agak panjang setelah lama menyepi di ruangan kau.. :)

SITI said...

Jija;
PTSL

Kid;
Begitu?

Anonymous said...

alhamdulillah...cik Tim kembali menulis..hehehehe..dah banyak kali aku menjengah ke blog kau..namun tiada apa-apa yang terbaru..lalu terdetik dibenakku..sibukkah dia...menyiapkan tesis ke..rupanya ada sedikit kemerajukan...benarkah? janganlah beritu wahai kawanku...teruskan usaha murnimu melalui tulisan-tulisanmu yang mungkin mampu membuka minda...manyedarkan...berkongsi pengalaman dll...satu yg pasti..oryza sentiasa ingin mengetahui perkembangan dirimu disana..hehehehe

dari orang jauh,
Oryza

SITI said...

oryza;
kau tahu aku benci orang yang menipu.

Anonymous said...

menipu? erm..aku ada menipu kamukah?
harap maaf kalau ada menipu kamu..

SITI said...

oryza: ya, menipu. Penipu!

Anonymous said...

cantiknya kamu utk dipersiakan sebegitu sekali....
tapi...kita perlu banyak memperbaiki diri.
kadang2 kita terlupa bahwa kita pernah menyakiti org lain, sebab itu kadang2 Allah memberi sakit kepada kita utk kita sama merasa.
Kadang2 kita bijak berfikir, namun ada jugak kebodohan kita yg membenarkan org "membodohkan" kita.
Semoga kamu berubah menjadi lebih baik.
-ikhlas tapi jauh

SITI said...

Anon;
Ya, kadang-kadang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...