Saya mengalami kesesatan yang teruk dalam 2 hari ini. Saya rasa sangat teruk kerana saya tidak bersedia untuk sesat.
Jika saya mahu ke tempat yang belum saya pernah pergi, saya akan melakukan persediaan. Bertanya orang. Membuka peta. Isi minyak penuh. Keluar seawal mungkin. Dan, bersedia mental untuk sesat. Maka, tekanan akan kurang.
Tapi, kesesatan yang dialami semalam dan hari ini* sungguh tidak dijangka dan lansung tidak bersedia. Maka, tekanan amatlah tinggi. Semalam, saya sesat dalam perjalanan pulang. Hari ini saya tersesat hanya untuk ke tol Sg. Besi. Saya ingin ke sana membeli Smart Tag. Tiba2, saya berada di Cheras. Saya gagal ke PLUS. Apakah? Saya sangat sesat.
Walaupun kerugian duit dan masa, tapi saya sampai juga ke destinasi. Sepanjang kesesatan, saya mohon pada Tuhan, dijauhkann kesesatan dalam hidup. Sesat di atas jalan raya, saya hanya akan tiba lewat ke destinasi. Jika sesat dalam hidup, satu destinasi yang pasti adalah mati.
Ya Allah, jauhkanlah aku dari mati dalam kesesatan hidup. Ameen.
* post ini ditulis pada isnin malam, dan autopublish untuk selasa pagi. Sekian.

2 comments:
Jauhnya pergi beli Smart Tag. Kat tol Kajang ada jual lah. Akak beli kat sana aje.
Dan lain kali kalau tersesat-sesat area situ, hello kat akak je..
ahaks
madulebah: owh, saya tidak sepatutnya sesat. Saya mmg tinggal di kawasan sekitar. OWH!
Post a Comment