Tuesday, November 25, 2008

Rakan lelaki yang satu ini.

Awis adalah antara rakan lelaki saya. Sebenarnya, sudah lama kami tidak berhubung. Saya assume dia sibuk dan waktu senggangnya hanyalah utuk buah hatinya sahaja. Wpun kadangkala di datang ke perbukitan ilmu ini, tapi dia sudah tidak lagi bertemu saya.

Namun, anggapan saya meleset. Ada sedikit kemerajukan di hati Awis. Benarkah perasaan itu, Awis? Tapi, bila fikir lama2, ia adalah konflik biasa yang berlaku antara kawan lelaki-kawan perempuan-buah hati si lelaki-buah hati si perempaun plus kawan2 baru. Haha. Perkara ini banyak jer ada tulis dalam magazine, esp magazine pompuan like Cleo, Wanita, Eh! dan pelbagai lagi. Tapi, tak sangka ia berlaku pada hubungan saya dan Awis.

Awis berkata kepada kawan saya, dia macam tak nak kawan dengan saya sebab saya suka cerita tentang "satu orang budak hensem" ini. Dan, Awis (sanggup) cakap yang saya tak suka buah hatinya, kerana "satu orang budak hensem" ini pernah ngorat buah hatinya. Apakah? Saya sangat percaya bukan itu masalahnya.

Tapi, saya sudah dapat tahu cerita betulnya. Bukan tentang "satu orang budak hensem" ini. Ia disebabkan kumpulan geng "Along" saya, terdiri daripada anak2 sulung. Awis tak boleh join kerana dia anak bongsu. Tiba2, Awis nak rasa tersisih. Macam kelakar. Tapi, itulah hati manusia. Kadangkala, kita pun tak tahu apa yang hati kita rasa. Ada satu ahli kumpulan Along ini yang semacam telah berbuat onar. Dan, pada ketika itu, saya dilihat Awis, semacam memenangkan this guy. Jadi, Awis rasa; "Sampai di sini sahajalah persahabatan kita, Tim".

Betul ker macam tu kau rasa, Awis? Aku sangat mintak maaf dengan kau. Aku penah cakap, aku kawan dengan kau, dan aku juga kawan dengan dia. Maka, aku faham apa2 yang kamu rasa. Masa itu, aku fikir aku faham. Tapi, sekarang, aku rasa aku tidak faham. Aku tidak pernah faham apa2 pun tentang kamu berdua sebagai kawan aku, kawan2 laki2.

Tapi, kita akan kawan, kan? Sebab, kita memang kawan. Tak keysahlah kawan rapat ker, kawan jauh ker. Kekasih gelap ker. Eh, kekasih? Tidak boleh tu. Kawan gelap? Gelap ker? Tak delah, sume nyer terang-benderang sahaja. Heh.

Aku tidak akan bercherita lagi tentang "satu orang budak hensem" itu lagi kepada kau, Awis. Kerana cherita aku dengan dia sudah masuk kepada satu fasa yang amat "unexplainable and complicated". Dia memang budak kolej yang ammat nakkal. Tapi, tiba2, semakin dia jahat, semakin aku rasa dia hensem. Semakin dia nampak gagah dan semakin sexy. Dia buat aku teringat kat Dr. Karev aka Alex in Greys Anatomy. Hahaha.... (gelak guling2). Boleh? Yup, slap me! Dush! Owh!

20 comments:

Unknown said...

Buat saya teringat semula zaman kanak-kanak dahulu. Ayat biasa, "Kita tak mahu kawan dengan awak!"

Anonymous said...

Sangat rindu geng Along..

Awis..tape jangan sedeh eh..
Nnt aku create satu geng yang ko bole join...

Ahaks~!!!

SITI said...

enchek Anuar: saya seperti amat jarang berkata begitu. Haha. Tak penah kot.

erma: geng Along kene carik ahli baru. Anif telah pergi tanpa pesan.

Anonymous said...

hahaha...aku seperti mengerti akan cerita-cerita ini..lelaki gagah..lelaki hensem..geng along..konflik sikit2..macam cerita drama pun ada..hehehehe..tape2..harap korang masih boleh bersatu..walaupun mungkin ada sikit perselisihan faham...semua manusia ada kelemahan..harap semua mengerti..ingat..yang paling penting..niat kena betul..semoga kita semua dicucuri rahmatNya..Amin..

SITI said...

Oryza: kau...tulis lagi begitu...dot...dot...dot...erm, kau faham, eh?...haha...aku rasa kau paling faham tentang lelaki hensem sebab dia penah jadik jiran baik kau...bersatu teguh bercerai roboh...niat apa,eh?...kau ada niat lain ker dengan aku?...hahaha...kalu kau beli kete kecik dari Rush, aku tak nak naik...HEH!

Anonymous said...

loving couple... nice & keep it up....

SITI said...

Anon: Loving? Couple? Haha.

Anonymous said...

yer Oryza, aku pon macam knal watak2 dalam entrie ini..

HeeeHee...

Tak mahu ahli baru!
Nak anep juge
Ah neP~!!

SITI said...

erma: macamlah? Haha.

Mengapa tidak mahu ahli baru? Anif pergi tanpa pesan. Amiran pun merajuk Anif berbuat begitu. Bukan sekali, tapi dua kali. Dia hanya pergi, seperti hilangnya pelangi.

:(

Anonymous said...

Tim.. Tim.. Tim.. Aku soh ko tulih pasal Yoga, bukan pasal aku.. huhu.. It's ok, put aside the old-bad-story.. Like you said, once a friend, forever friend.. Anyway, thanks (*.*)v

Ema : Create lah grup baru utk aku join.. :D

p/s: kantoi perut moncet dalam gambo tuh.. adeh..

SITI said...

Awis: ahahaha, ttiba, dengan baiknya aku menulis. Lalala...

Ema, kalu buat grup perut muncit, nanti awis dengan amiran je ahli. Haha.

Apakah kumpulan yang sesuai supaya boleh dimasukkan ramai2 orang? Kumpulan kereta2 kecil? Asyuk je lah mcm tak boleh, kete dia besar. Tapi nanti, kalu amiran beli kete Toyta Rush, dah tak boleh dah masuk grup tu. Eh, awis juga macam nak tukar kete dah, kan? Hurm....

Anonymous said...

Grup perut moncet pun okeh gak, boleh lah kawan korang sorang lg yg kat JB tu join jugak.. haha suke2..

Rindu jugak kat Anep.. :(

p/s: Amiran beli Rush? wow.. nak tumpang :D

Anonymous said...

Aku kah yang di Jb berperut muncit itu?

(Takkan kan name ku di bibir Awis..)

Nak tompang gak Amiran...
Bg tak?

Walau ape pun kete korang tak le lwn kete Savvy aku tu..
kene baling raksaksa tak de pape pun..

Huh~!

SITI said...

Awis: kau rindu Anif? Haha. Anif tak rindu kau.

Erma: sajer jer Awis mengutuk kawan kita. Buah hati dia lah yang paling tak muncit. Heh!

Anonymous said...

Tim: aik...nak buat group muncit ker? hehehehe...tak nak masuk group tue..aku dah tak muncik dah..hehehehe..Nie yg Toyota Rush nie..ish..fitnah nie..hehehehe...tak nak beli..tak nak beli..hehehehehe..cik erma dan En. Awis..saya selesa dengan kancil saya tue jer...sbb dah tak muncik...so tak perlu pakai yg besar-besar..kalau tukar pun..beli yg macam Cik Erma punya..sebab keras..raksasa pijak pun tak lut..hehehehehe..

SITI said...

Oryza: yelah, sudah tidak mahu beli, takpe. Aku bukan sape2 pun nak paksa2 kau beli. Sekadar kawan picisan saje. Haha. Kau sudah tidak muncit ker? Benar ker? Sangat benar?

Anonymous said...

yer..sangat..nanti bila aku datang UKM satu hari nanti..ko mesti terkejut..hehehehe

SITI said...

Oryza: Baiklah, akan aku bersedia untuk terkejut.

Anonymous said...

Rindu kat kaulah Tim...

SITI said...

Rindu kat kamu juga. Walaupun kamu Anon yang saya tidak tahu siapakah gerangan, tapi saya memang sedang rindu kawan-kawan dan masa lalu.

Muahhs.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...