Wednesday, November 05, 2008

Gender Bias

Saya telah bersekolah di sekolah single sex sejak darjah tiga hingga tingkatan lima. Maka, konon2nya, saya punya semangat serikandi yang tinggi. Saya mula kenal lelaki pada peringkat matrikulasi. Tapi, kawan saya kata, tak sama. "Kau tak kenal lelaki masa mereka jadik setan". Saya hanya gelak saja. Haha.

Memang ada gender bias itu dalam masyarakat ini. Mula2, saya agak terkejut. Tapi, sekarang saya sudah boleh menerima. Lelaki memang akan menjadi pilihan untuk menjadi ketua.

Walaubagaimanapun, ia kini kian kurang. Universiti saya punya NC perempuan. Ibu saya seorang guru besar. Moksu saya pengarah kesihatan daerah. Maka, saya kira sekeliling saya semakin ramai perempuan yang berkuasa. Semangat serikandi saya tidaklah pernah berkurang, malah kadangkala ia meningkat. Kadangkala.

Namun, beberapa hari yang lalu, kawan saya telah berkata sesuatu yang amat saya tidak suka. Dia seorang laki2. Dia telah dilantik menjadi ketua felo yang baru sementelah perginya saudara Anif, yang pergi tanpa pesan. Dalam satu perbualan, Ketua Felo Baru itu telah berkata kepada saya;

"Kau ni, kalu kau lelaki, dah lama kau jadi ketua felo"

(from CartoonStock)

Saya menjadi sangat marah. Itu adalah kata2 yang lansung tidak dapat saya terima sama sekali. Saya bukan marah kerana tidak dapat menjadi ketua felo. Malah, saya tidak cemburu pun pada dia yang menjadi ketua felo baru itu. Tapi, saya marah dia berkata begitu. Malah, saya benci.

Saya tidak akan dapat memberi kerjasama sepenuh hati saya kepada ketua yang sangat gender bias seperti ketua felo yang baru itu.

Maaf. Sekian.

23 comments:

En Kid said...

hohoho..
kata-kata itu ye?...
hmmm...

maaflah kalau susah nk terima..
mungkin agenda bergurau sukar diterima oleh anda kot..
:p

anyway..
tQ..

SITI said...

en. kid: aku jugaklah yang salah, tak boleh bergurau. Kau jugaklah yang sentiasa betul. Sudahlah kau!

Kali ini kau benar2 buat aku marah. Heh!

Anonymous said...

Siapakah ketua felo yang baru itu??

Well TiMMy same thing la mase kite wat ABADI dulu..awis jadi pengarah becoz die lelaki...

=)

SITI said...

erma: tidak sama. Awis tidak pernah berkata apa2 yang sexism, malah aku yang melantik Awis, dengan persetujuan rakan2 yang lain.

Aku bukan tidak dapat menerima lelaki menjadi ketua, tapi, sila, sila ya, jangan terbitkan atau menunjukkan gender bias itu, terutama di depan aku.

En Kid said...

hohoho..
marah benar ye...
takpe2 cik tim..
no more gurau2 yang aneh2 ye..
:)

SITI said...

en. kid: kau bukan bergurau. Kau benar2 maksudkannya ketika kau bercakap itu. kau tidak perlu tipu aku sebegitu.

Marliza Radzi said...

saya anti semua bentuk generalization.

SITI said...

kak yanti: Ya, saya juga. Owh!

Anonymous said...

harap semua tenang dan sama2lah kita mengharmonikan lagi kerja kita...jangan la gaduh2 yek...semoga kolej Aminuddin Baki terus cemerlang, gemilang dan terbilang..Amin

SITI said...

oryza: ya, jangan buat perkara yang aku tidak akan gemar sama sekali. Tapi, kau felo yang baik. Tidak pernah gender bias seperti Enchek Ketua Felo yang Baru itu. Huh!

Anonymous said...

Oh En Kid ketua felo baru...
Tahniah~!Tahniah~!!
Ramai orang yang aku suke naik...
seperti Lewis Hamilton muncul juara for this season F1,
Obama pon aku ske..pon menang juge!
En.Kid juge jadi ketua felo..
Suke..suke..suke..

SITI said...

erma: owh, aku tak tahu pun kau suka En. Kid.

Ema, sampai di sini sahajalah persahabatan kita. Aku sukar untuk menerima seseorang yang gender bias seperti Enchek Ketua Felo yang Baru itu.

Maaf. Sekian.

Anonymous said...

siapa kata oryza x gender bias??

kamu pun bias juga

ini pendapat ya, semua orang bias

Anonymous said...

kihkihkih...
TiMMy..ke*suka*an aku pada encik kid kene ade batas..
Pasti saham beliau semakin meningkat dengan jawatan baru itu..
Semakinlah beliau melupakan aku..
=(

Jadi tak utk ketemu malam ini?
aku da bw barang2 keperluan kamu itu..

Anonymous said...

hoho..
sangat benci rupanya..
takpa2...
agenda gender bias memberi pengaruh yang besar ye..even hanya sekadar gurauan..mungkin benar sepatutnya komen diberikan sekadar no comment kerna bimbang disalah erti..

maka..
segalanya...

NO COMMENT! TQ!..
:)

Cik Ema..
usah dirisau..
jawatan bukan apa2 dalam kehidupan yang penuh dengan dugaan ni..tambah menyakitkan lagi ada...
huuhuh..

Anonymous said...

lelaki mmg patut jadi ketua... Perempuan yang selalu keliru dengan emosi tak patut mengepalai.... tambahan pula.. ketua is about leadership, kalo benda kecik pun tak boleh terima, and kalo da buat salah tak mengaku salah... tak kira laki ke.. perempuan ke... bapok ke.... pondan ke... semua tak layak jadi ketua

SITI said...

pendapat: oryza tak penah bias di depan saya. Sekian.

erma: saham meningkat itu pasti. Bukankah dia kacak?

sensortu caps: lepas panjang2 komen, tulis no comment. Apakah??!

anon: "lelaki mmg patut jadi ketua" <----- apakah???

sila jgn gender bias di sini. saya sangat tidak gemar. sekian.

Anonymous said...

sebab dia takut dengan kamu haha.. en.kid kacak?? sila scan otak kamu

SITI said...

pendapat: takutkan saya? tidaklah. Pernah jer dia garang dengan saya.

Kacak itu subjektif.

Anonymous said...

Ye..Encik Kid kacak

=)

En Kid said...

hmm..
en kid?...
apa yang kacak sangat tu?..
ye..subjektif..sebagaimana kacaknya Dr. Ramli.. :p

no offense..
gurau aje...

cik ema..jgn puji sangat..en kid pemalu orang nye...
:p

Anonymous said...

owh ye?
suke org pemalu..

=D

ye kacak itu subjektif..
spt dulu,sekacak adek gagah..

erk..whooPppsiie~!

SITI said...

Erma: huhu, apsal aku tak tahu pun kau suka orang pemalu? :P

en. Kid: saya sangat benci awak. Jangan datang ke sini lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...