Tuesday, November 11, 2008

Gali Kubur

En. Firdaus baru masuk kerja di opis kolej saya pada pertengahan tahun yang lalu. Dia masih muda, segak, hensem, dan masih belum berumahtangga. Umurnya kira2 20 tahun. Dia bekerja sebagai pembantu am pejabat. Dia seorang yang riang. Dia telah beberapa kali membantu saya termasuk menukar lampu bilik yang sudah jadik kelip2, sedangkan waktu pejabat sudah hampir tammat, pada bulan Ramadan yang lalu. Terima kasih, En. Firdaus.

Hari ini, saya telefon opis dari bilik saya, untuk bercakap dengan En. Firdaus. Tetapi, En. Rahim yang menjawab panggilan itu menjawab, En. Firdaus tiada, dia akan masuk bekerja dia waktu petang. Dia pergi menggali kubur.

Apa? Jap2. Gali kubur?
Ya, gali kubur. Dia memang dah lama jadi sukarelawan gali kubur.

Maka, di waktu petang, saya pun berjumpa dengan En. Firdaus ini. Benarlah dia menggali kubur. Tapi, dia tidak menunggu hingga jenazah sampai, kerana hanya akan dikebumikan selepas Zohor. Lewat sangat, katanya.

Dah lama ker tolong gali kubur?
Lama jugaklah. Sejak Form One.
Form One? Lama sungguh. Dah banyaklah kubur yang En. Firdaus gali.
Banyak. Beratus dah. Beribu kot...
Ada tak cerita yang pelik2?
Ada lah...
Ceritalah.

*perbualan seterusnya tidak dapat disiarkan. Harap maaf.

Saya sangat kagum dengan En. Firdaus. Sungguh!


5 comments:

Unknown said...

Cinta Si Penggali Kubur? ahaks! Bagi saya drama itu "merendahkan" penggali kubur walaupun tugas mereka itu sangat mulia!

Marliza Radzi said...

suami saya pernah bekerja membersih kubur di zaman-zaman sekolah.

SITI said...

enchek anuar: alamak, tak ingat pulaks drama tu. Saper berlakon, eh?

kak Yanti: wah, bagus benar suami kakak. Kami adek beradek selalu bersihkan kubur saudara mara sahaja. :)

Anonymous said...

TiMMy, naser bilal khan dan sheila rusly tak silap...

ye..aku juge bersihkan kubur saudar2 sahaja..

hurm...

SITI said...

erma: yang sheila rusly pregnant tu ker? pastu nasir bilal khan kawen dgn dia, pastu rasa itu anaknya. Begitukah ceritanya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...