Friday, November 21, 2008

dRaMa

Erma texted me suruh tulis tentang drama wanita UMNO. Yeah, hot drama.

Tapi, akhirnya Shahrizat umum bertanding. Sebenarnya, tak keysahlah Shahrizat nak bertanding atau tidak, post itu memang akan menjadi miliknya. Cuma, drama yang berlaku ini tidak mempunyai jawapan mengapa Rafidah mahu tunggu sampai Jun. Kenapa dia tak boleh nak lepaskan bulan Mac ini? Ada sesiapa tahu jawapannya? Tell me, please.

Sebenarnya, Wanita UMNO lagi awal buat peralihan kuasa. Masa tu, PakLah umum nak letak jawatan 2010, Wanita dah umum Jun 2009. Tapi, bila Paklah umum Mac 2009, Rafidah macam tak boleh nak ikut. I believe there's must be something hidden. Hoho.

Drama2 yang lain tak kurang hebatnya. Lihat sahaja MCA nowadays. Very hot drama. Semalam kuar paper, Ka Chuan sudah letak jawatan. Kat NST ada poll, sama ada Soi Lek layak tak diberi jawatan menteri. Org2 MCA masih pilih dia. Maka? Tapi, Tee Keat itu memang hebatlah. Dari Ketua Pemuda terus jadi Presiden MCA. Memang sangat hebat. Nampak dia macam rajin bekerja. Harap2 dia bijak bestari juga dan tidaklah terlalu emosional.

MIC? Biasalah, the drama is still focus on Samy Velloo.

And, semalam, a good drama had aired. Razak Baginda menjawab dengan baik semua soalan yang diberikan. Dengan baiknya, mentertawakan siapa2 yang percaya ketulenan foto dia, Najib dan Altantuya itu. Dan dengan baiknya, mengasihani rakyat Malaysia yang terlalu mempercayai bloggers yang entah dari mana asal usulnya.

Percaya atau tidak percaya, bukan masalahnya, tapi, mengapakah ada orang yang hendak menipu? Dalam kes wanita ini, saya memang merasakan perbuatan mengebom manusia itu sangatlah kejam. Waima dia manusia dari mana pun, sejahat mana pun, tiada alasan yang menjadikan mengebom dia adalah satu perkara yang boleh diterima. Nak bayangkan kucing kene bom pun tak sanggup, apatah lagi mengebom manusia. Saya selalu berfikir tentang orang yang telah mengebom itu. Bagaimanakah kegelapan hatinya sehingga dia sanggup melakukan perkara sebegitu? Apakah kejahatan yang pernah dia lakukan sebelum itu, sehingga dia mampu melakukan kerja pengeboman manusia? Jika dia mampu mengebom satu orang manusia, adakah dia akan mampu mengebom ramai manusia lain juga? Bagaimanakah cara paling layak untuk dia mati pula? Adakah dengan cara pengeboman juga?

Sesungguhnya, Tuhan Maha Adil. Sekian.

*updated on 4.05 pm: Rafidah umum akan tetap bertanding juga. Kalu Rafidah menang, Shahrizat akan sangat menjadi rugi. Dahlah dia kalah pilihanraya. Wpun dia jadi penasihat PM, boleh je Najib tak nak ambil dia lagi. Silap2, Rafidah jadik menteri lagi. We have about 4 years more sebelum pilihan raya akan datang. Rafidah memang budak cerdik. Itu memang Ungku Aziz sendiri yang cakap. Wpun dia mcm pernah membuat onar dengan Mahathir, tapi, dia memang antara budak bijak dari Universiti Malaya. So, Shahrizat, i wish you, all the best!

2 comments:

Anonymous said...

Yer..akhirnya Shahrizat confirm bertanding..
Hurm peralihan kuasa bulan jun sangatla tidak munasabah..
Ia akan menjadikan Sharizat sebagai pemangku selame satu penggal..
Tapi kesian gak Rafidah,beliau sebenarnye mengintai peluang menjadi menteri dibawah pucuk pimpinan Najib..Hurm..

Teruja utk melihat ape yang akan berlaku seterusnya.

Owh, Abg Rajak, gambar yang kamu claimed kate palesu itu..sangat tulen di mataku...

Ntahla..

SITI said...

Erma: kau memang nampak macam tulen gambar itu? Bagi aku tgk jap. Tapi, aku rasa aku pun akan nampak mcm betul. Sebab aku mmg senang nak kene tipu dgn mende2 ni. Haha.

Tapi, Razak cakap, gamba pompuan tu bukan gamba si mati pun, gamba model korea. Huhu. Dia sangat kenal model korea dari kita. Apakah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...