Saya tahu ada ramai orang yang masih tiada handphone walaupun pada dasarnya mereka mampu dan memerlukan. Mereka cuma tidak mahu terlalu bergantung kepada teknologi. Salah satu daripada orang itu ialah pensyarah bionformatik saya, Dr. A.
Minggu lepas, dalam kelasnya, tiba2 dia sebut tentang hal adaptasi. Dia kata, semakin canggih teknologi, kita jadi semakin lemah dan kurang daya adaptasi. Semakin banyak dia ulang, semakin saya mengakui kebenarannya.
Berapa ramai antara kita yang masih selesa tidak mempunyai astro di rumah? Berapa ramai yang mempunyai dua telefon bimbit? Berapa ramai yang perlu ada talian internet 24 jam?
Kita memang selalu mendengar cerita2 yang agak menjengkelkan. Orang bandar yang sudah biasa tidur dalam dingin aircond, tidak suka balik ke kampung yang banyak nyamuk. Akan pergi tidur di hotel. Ini memang telah banyak berlaku, malah pernah terjadi kepada kawan saya sendiri. Betapa lemahnya orang bandar itu, bukankah?
Dr. A bercerita, dia ke India, melihat kanak2 miskin di sana. Dia berjumpa bayi di atas jalan yang kotor, di bawah matahari yang panas, memegang biskut. Bayi itu tidak menangis pun. "Cuba kamu letak adik kamu atau anak saudara kamu? Jika kamu ke India, dan duduk di hotel pun, kamu boleh sakit perut hanya kerana meminum air di sana." Itulah cerita Dr. A yang terkesan pada saya.
Dr. A masih boleh dihubungi melalui telefon pejabat atau telefon rumah. Dan, bukanlah sukar untuk menghubunginya. Dan, dia bukanlah orang yang menolak kemajuan teknologi. Cuma dia hanya memilih, untuk mengurangkan kebergantungan.
*On the other notes; Alhamdulillah, harga minyak turun lagi. Terima kasih.

10 comments:
Semalam baru "sound" isteri sebab memanaskan ayam yang baru digoreng dengan ketuhar gelombang mikro.
Barangan elektronik kini memang banyak radiasi. Kesan radiasi tentulah buruk pada kesihatan.
Tak memiliki barangan elektrik/elektronik terkini tidak bermakna kita menolak teknologi.
Rumah akak tak ada Astro, tak ada ketuhar gelombang mikro, tak ada aircond, tak ada mesin basuh (boleh kira ke?) dan telefon bimbit juga cuma satu. Tak ada iPod, mp3 player, dvd/cd player, set home theater ..
Lagi satu, bila ada semua tu, tentu bil elektrik akan bertambah. Jika penggunaan sudah melebihi RM20.00 nanti dah tak dapat letrik percuma.. he he he
(panjang pula komen akak ni)
enchek anuar: jangan sound semborono. Perlu diberitahu " apa", "mengapa" dan "bagaimana".
madulebah: welkam here.
Yang pasti akak punya komputer dan akses internet, kan? :P
Memang rasa serba salah selepas SOUND. Kemudian jenuhlah meminta maaf. huhu
enchek anuar: kamu perlu tulis tentang hormon manusia dalam majalah kamu. Dengan itu kamu akan lebih memahami wanita. :)
Puan Siti,
Sekarang dalam proses belajar dan memahami psikologi wanita. Ambil sedikit masa lagi. Terima kasih cadangan untuk dimuatkan dalam DK. Cadangan yang bernas!
enchek Anuar: Sama-sama. BTW, saya masih belum berkahwin, maka, Cik Siti, bukan puan. Ok? :)
Oh ya ke? Sebab dah biasa menggunakan PUAN bagi semua wanita di sini (DBP). Maaf ya Cik Siti:)
kekadang rasa bosan plak ada hp. sbbnya bknnya ramai pun nak call.hehe.tp masih perlu.
kita antara generasi yg terdedah awal dgn tekno hp ni kan.selalu terfikir, kita tua nnti ada kesan tak?
p/s: ada sorang lecturer uia tu, kira kamceng la.dia mmg xpnah pkai hp.dia lbih sihat ke?
enchek anuar: maaf diterima. :)
abang suhail: bukanlah bermakna dia pasti lebih sehat. Mungkin dia guna barang2 teknologi yang lain. Kita semua sentiasa terdedah dengan radiasi ini. Lihat sahaja kesan bom atom hiroshima dan nagasaki, kesannya sehingga bertahun2 lamanya.
Post a Comment