Sejak kebelakangan ini, kekaguman saya mengenai ilmu bahasa ini bertambah2. Betapa banyak ilmu Tuhan di dunia ini, boleh sahaja dilihat dengan kewujudan pelbagai bahasa di dunia. Kita tidak boleh sama sekali memandang enteng kepada sesiapa yang mempelajari ilmu bahasa ini. Sama ada mempelajari dan menguasai pelbagai bahasa, mempelajari bagaimana bahasa itu diperoleh dan bagaimana ia berevolusi, semuanya amat hebat untuk dipelajari. Sama juga ilmu sains, ilmu bahasa juga ternyata menarik.
Ada beberapa perkara untuk saya tulis tentang isu ini. Tapi, kali ini saya ingin menulis tentang bahasa loghat dengan jati diri.
Di Malaysia, ada beberapa negeri yang punya loghat bahasa mereka sendiri. Paling saya tak boleh faham ialah loghat Kelantan. Dan, saya rasa loghat mereka tak sedap pun bunyinya. Sowi. Hehe. Loghat Terengganu, saya masih boleh faham. Tapi, saya suka dengar loghat bahasa negeri utara. Saya boleh jadi senyum tiba2 bila dengar mereka berkata2, walaupun tiada apa yang lucu. Sungguh. Saya cuma rasa riang tiba2. Haha. Loghat Negeri Sembilan seronok juger. Begitu juga dengan loghat Sabah dan Sarawak.
Dalam banyak2 negeri, orang Kelantan paling ramai bercakap loghat mereka walaupun berada di luar negeri itu. Tapi, tidak kurang juga orang2 dari negeri lain. Sesungguhnya, saya ada rasa kagum dengan mereka ini. Saya rasa, mereka punya jati diri yang tinggi. Tidak mudah terpengaruh untuk meniru gaya percakapn orang lain. Campaklah mereka ke mana pun, mereka akan bercakap loghat bahasa mereka itu, dan memaksa orang lain faham tentang apa yang mereka cakap. Tidaklah akan pernah mereka cuba untuk bercakap dengan bahasa lebih mudah untuk membenarkan kita lebih mudah faham. Huhu.
Gambar di atas ialah gambar kawan saya, Khedhir (kanan) bersama adeknya, Ashraf. Mereka orang utara. Kampung mereka di Kedah, dan mereka tinggal di Penang. Namun, hanya Ashraf yang bercakap loghat utara yang "pekat". Setiap saat. Saya hanya senyum bila dia bercakap dengan saya. Saya rasa dia sangat sayang dan sentiasa rindukan kampung halaman dan rumahnya yang jauh itu.
Di bawah ini pula, rakan felo saya di kolej, Mike. Dia orang sabah. Tidaklah dia bercakap sangat pekat loghat Sabahnya. Tapi, bila dia bercakap, kamu pasti tahu dia adalah orang Malaysia Timur itu. Dia sebut "saya" as "sa.ya", bukan "sa.ye". :)
Mengakhiri entri ini, saya dedikasikan filem Budak Kelantan kepada semua kelantanese yang membaca entri ini. Saya sangat perlukan subtitle jika menonton filem ini. Teehee. :D
8 comments:
Menarik Post kali ini..cerita pasal Bahasa yek...Memang bahasa menggambarkan Jati diri seseorang...tapi tidak semestinya bila seseorang boleh mengubah bahasa/dialek kepada dialek yang boleh difahami oleh orang lain, dia mempunyai jati diri yang rendah... bagi saya pula, saya sangat suka mendengar bahasa Tagalog (Filifina)..entah kenapa...hehehehehe
oryza: saya suka dengar bahasa korea.
Korea...hehehehe..sah jiwang..kikiki
oryza: :P
teman sepejabat satu2nya yg masih pekat loghat kelantan. wlp berkawan dgn org bukan kelantan, dia tetap begitu.
kesannya: semua staf sudah mula bertutur dalam loghat ala kelantan (sbb x tau loghat sebnar).kalau tak pun, intonasi saja yg diikut.
hebat kesannya kan?
p/s: paling tak suka bila org kelantan bersama kita dan bertemu plak dgn geng2 kelantan, biasanya kita ditinggalkan dlm kebingungan.
abang suhail: kalu jumpa org indon pun, kita selalu jer nak cakap bahasa indon. Tapi, org indon takde pon nak cakap ala2 org melayu, kan?
abang pun penah kene tinggal dgn kelantanese, eh? Hehe.
I think i did mentioned that these kelatanese ni mcm virus..merebak secara senyap..kan tim..
n now they upgrading thenselves wif their own muvee..
Brilliant?
Smart marketing strategy that makes them unique..
I do asked 1 of my kelatanese friend while me in uni time..
'Napela kelatan ni suke berkaum kelantan sahaja'
And he replied me that actually diorang sangat tidak yakin utk bercampur dengan orang luar..apetah lagi bercakap luar..utk menaikkan semangat,mereka bergaul sesame sndr sahaja..well..that what he told me..
Yeah same goes to Indonesian accent..
Malaysian ppl, sebok dok ckp like indonesian..while them..dengar lagu kite pon tanak..
Well, i used to be a big fan of indonesian band,but no more.no'o~o~...coz..i have my own 'personal' reason on that...
Owh bro suhail..sangat faham situasi anda..well, luckily that i can understand them..tapi kadang2 rase gak la..ehm..helo~!!cakap bm std bole??
Saya suke dengar boss saye ckp english dengan loghat british yang pekat..
Sweet~!!!
Tapi saya tak faham kenape ade org malaysia nak berloghat begitu juge bile berckp dengan beliau.
Tak Sweet Okeyh~!
74459 (unik ID dia..hehe) :
sama la kite, leh fhm apa diorg ckp cuma susah nak ajuk dia. buruk kalu buat. mcm hang dengaq org lain ckp dgn bos loghat british.. sgt pelik kan? (kena p britain dok sana baru leh ckp camtu..)
psl indonesian, mmg tepat ckp ct.tp bru2 ni abg cuba xikut ckp diorg.peh, sgtlah susah nak bg dia faham.ni sume gara-gara mengindonesiakan rakyat.habis semuanya hanya tahu bahasa indon saja.mujur yg moden2 ni da blaja bahasa abangsa lain.
Post a Comment