Mak telah kehilangan kereta waja. Emak perlu ada kereta. Maka, emak telah membeli kereta baru. Tapi, kereta emak agak besar untuk emak bawa. Kenapa emak membeli kereta besar? Sebab emak perlu ke kebun. Selepas atok (mak) meninggal, emak ditugaskan menguruskan kebun adek-beradek emak; peninggalan dari tok ayah dan tok mak. Kebun kelapa sawit, 20 ekar.
Selepas emak pencen, hampir setiap hari emak dan ayah ke kebun. Disebabkan jalan kebun agak tidak rata, maka emak telah membuat keputusan untuk membeli kereta 4wd itu. Harapan saya supaya emak dapat memandu dengan baik.
Kereta baru telah emak dapat 2 hari sebelum hari raya. Gambar di atas itu, adek lelaki saya dengan kereta baru itu, Mitsubishi TRITON di kedai kereta. Kami telah berhari raya dengan kereta besar itu. Ya, rasa besar dan tinggi.
Kereta ayah? Ayah saya tidak boleh memandu kereta. Itulah kelemahan ayah yang perlu diterima emak dan kami semua, semenjak emak berkahwin dengan ayah 26 tahun yang lalu. :)
Mengapa kereta itu sudah ada label "P"? Kerana adek lelaki saya akan memandu pulang kereta itu ke rumah. Dan, dia belum tammat tempoh "P" itu. Saya dengan cepatnya telah menampal label "P" itu, walaupun adek lelaki saya itu amatlah tidak sukakannya. :P

10 comments:
Kereta ini bukan saja nampak besar..malah masa naik kita rasa lebih tinggi jer..hehehehe..best nie kalau buat redah sungai..hehehehe
durio: kalu setakat redah sungai boleh terima lagi. Jangan sampai mak aku mendaki gunung pulaks dengan keta besar tu. Huhu.
mana pegi kereta waja mak?
Kereta waja emak hilang di bulan Ramadhan yang lalu.
http://setitisrasa.blogspot.com/2008/09/kereta-emak.html
owh itula keretanye..
abg suhail: Haah. Triton.
hahhahah..
kiter mak ni mmg best..
memandu dengan smooth semasa ke kedah..
kak long yang tido kt blkg pn tergolek banyak kali..
sowy..
Fataya: aku tergoleks sebab kau brek mengejut. Heh!
Hehehe.. kak long memang suka tido kalau we all travel.. even short journey pun dia akan tido.. sampai basah baju mama..(sbb ape basah?) hehehe
Fadhilah: Haah, aku mmg suka tido. :P
Post a Comment