Semalaman
saya teringatkan jari awak
saya tahu
ingatan itu agak nakkal
tapi
jari awak memang cantik
betapa Tuhan
telah memilih awak
untuk memilki
sepuluh jari tangan yang cantik.
Jari-jari itu pernah saya sentuh
kerana ia terlalu cantik
fitrah manusia
sukakan kejadian yang cantik
Tapi
lewat ini
saya selalu nampak
jari-jari awak yang cantik itu
menyentuh jari-jari
gadis-gadis cantik
Bahawa
jari saya tidak cantik
bahawa
saya tidak secantik gadis-gadis itu
maka
awak tidak akan menyentuh jari-jari saya.
Awak,
ajarlah saya
bagaimana saya boleh
punya jari yang cantik
seperti jari-jari awak
dan
bagaimana mungkin
saya boleh
menjadi cantik
seperti gadis-gadis itu.
k5d205.kab.ukm
9 comments:
Tiba-tiba teringat lagu sabun pencuci baju, "Jari-jariku..."
enchek anuar: Huhu. Iklan yang maner satu, eh?
cantiknya...
:)
en kid: Haah. Terlalu.
jari ko mmg hodoh...sehodoh muke ko ct...
anon: Itu pemberian Tuhan Yang Maha Esa. Syukur.
kikikiki.....
syukur...
Erm...
Awak adalah orang yang pertama yang saya jumpa, "gelak" seperti itu...
Post a Comment