Monday, October 06, 2008

06102008

Saya sudah pulang ke kampus yang terchenta semalam. Awal pagi saya sudah bertolak untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kemudian, saya berfoya2 dengan sepupu saya.

Pada mulanya, saya ingin menulis tentang huru haranya Raya saya tahun ini, dengan tajuk " Hari Raya yang Huru Hara". Namun, saya ingin menceritakan tentang hari ini yang lebih banyak huru haranya.

Hari raya saya huru hara kerana open house pakngah saya ditukar ke syawal keempat. Setiap tahun, adalah menjadi kebiasaannya, dibuat pada hari raya ketiga. Maka, saudara mara saya yang lain akan pulang ke kampung pada hari raya kedua untuk bersama2 di rumah yang besar itu pada open house bertemu rakan taulan yang hadir. Setelah lama sudah tidak ditukar hari, keadaan tahun ini jadi huru hara.

Emak dan saya perlu tahu kepulangan saudara mara ini, kerana perlu memasak untuk mereka yang pulang. Tapi, mereka sendiri tidak tahu bila mahu pulang kerana tidak boleh berada lama di kampung. Namun, huru hara yang berlaku masih boleh diterima. Kami memasak ketupat bersama sambal kacang, sayur lodeh, ayam sate dan kari daging pada hari raya pertama. Hari raya kedua: laksa johor. Hari raya ketiga: Soto ayam. Owh, kenyangnyer....

Hari raya keempat: open house makan nasi beriyani gam dan mee rebus. 10 ribu orang datang. Penat dan tidur. Hari raya kelima: pulang.

Hari ini hari raya keenam. Saya keluar awal melakukan sedikit kerja. Saya keluar menghantar baju ke kedai dobi. Saya perlu berhenti di hadapan pintu gerbang UKM kerana lampu merah. Semasa mengingati satu budak itu, saya memandang side mirror. Ya, dia di dalam side mirror itu. Saya jadi sangat marah dengan kebetulan itu. Amiran kata ada 3 ribu kereta di UKM pada satu-satu masa. Kebarangkalian berjumpa adalah 0.0003333. Mengapa musti kereta itu yang berada di belakang kereta saya? Mengapa bukan kereta Amiran atau Kidatau kereta Ain atau kereta Dina atau kereta Prof Mahani atau kereta Pengetua Kacak atau ambulans atau bas UKM atau. HEH!. Ini hari pertama di sini selepas cuti dan berlaku kebetulan sebegitu! Dan, owh, dia kelihatan sangat hensem walaupun saya hanya nampak dia di side mirror. Yup, kill me!

Saya marah sebentar. Kemudian, pergi kelas, yang ternyata batal kerana che'gu tidak mahu datang. Tapi, saya berjumpa dengan satu orang yang baik hati mengajar saya tentang bioinformatik. Hati saya kembali riang.

Saya berada di Bilik gerakan alumni, melihat2 kerja gerak kerja gala aidilfitri. Semua dilihat lancar. Syabbas!

p/s: saya tahu saya sepatutnya tidak lagi menulis tentang dia itu. Maafkan saya. Kebetulan di pagi hari ini membuatkan emosi saya jadi huru hara. Maafkan saya, awak hanya terlalu hensem untuk dilupakan.

8 comments:

Marliza Radzi said...

ayah mertua kak yanti ingin sangat ke rumah terbuka pakngah tim. tapi takde sapa nak melayan, tak kuasa kami semua nak bersesak-sesak sedangkan makanan penuh di rumah. hehehe.

SITI said...

kak yanti: owh, tidak perlulah. Haha. Tp, kalu datang yang kat muar nyer, bolehlah kite layan, makan kat vip site. Hehe. Yang kat JB tu, kite pun tak penah pegi. Penatlah.

Anonymous said...

hohho.kebetulan yang memeritkan?..
:p

SITI said...

sensortu caps: ya, sangat perit.

Anonymous said...

Letihkan dengan kebetulan yang macam tu...
Terlintas tak difikiran kau TiM,
"Apakah maksudnya?Apakah???"

OwH btw, currently i really feel like want to kill that indon girl..
marah~!!grr**grr**

SITI said...

erma: aku lebih berfikir; "Berapa kali lagi perlu aku lalui mende macam ni?" Heh!

Indon girl? Haha.

Anonymous said...

owh..hanye kebetulan...
n die bukan la begitu agung untuk dibanggakan..
lagi byk kau menulis ttg budak hingusan ini lagi die rase die bagus...
walhal die hanyela budak kelantan picisan yang baru mengenali dunia...
HuHuhuHu...

*abesla aku kene serang...

SITI said...

Erma: aku tak keysah dia nak rase aper pon. Nak rase bagus ker, nak rase hebat ker aper ker.

Yang aku risaukan ialah perasaan aku ini. Berapa banyak kali lagi dia perlu muncul depan aku, semasa aku sedang teringat kat dia? Heh!

Aku benci plot2 cerita korea dalam hidup aku ini. Eeeeeeeee.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...