Tuesday, September 16, 2008

Nuzul Al-Quran

Esok Selangor cuiti, sempena hari nuzul al-quran. Tapi, KL tak cuti. Musti KL sgt meriah dgn org2 Selangor. Cuti, yang sepatutnya memberi peluang untuk kita isi dengan bacaan tadarus, sempena mengingati hari turunnya al-Quran, akan diisi dengan kegiatan membeli-belah.

Tahun ini saya telah pergi ke dua majlis khatam al-Quran. Yang pertama pada hari sabtu yang lalu. Majlis oleh keluarga. Sanak saudara semuanya berkumpul di rumah pakcik. Selesai solat asar, kami membaca bersama2 juzuk 30 beramai2. Ayat2 lazim, baca secara individu. Saya kene baca surah Al-'Adiyah. Kemudian, sedikit tahlil. Berbuka bersama2. Maghrib, Isyak dan Terawih berjamaah (diselangi dengan nonton MU kalah, hehe). Kemudian, bersahur bersama2 sebelum pulang kembali ke rumah masing2.

Yang kedua, semalam, di kolej ada sedikit majlis. Tapi, lelaki sahaja yang baca ayat2 lazim itu. Kami, kaum perempuan, hanya dengar, semak, dan menyambut dengan membaca ayat2 terakhir itu.

Malam ini, ada sambutan Nuzul al-Quran di Masjid UKM. Ada ceramah. Insya'Allah saya akan pergi.

Saya memang rasa seronok dengan majlis2 ini. Entah kenapa, pada dua majlis khatam itu, saya terbayang, penuhnya malaikat memenuhi ruang yang ada. Semoga Tuhan merahmati majlis2 itu.

Sekian.

2 comments:

Anonymous said...

Owh jeles...aku tak tahu la nape..
Mase study dulu aku tak tepk pula nak join majlis2 begini..
bile bace cerita kamu cik siti...saya rase seperti kehilangan sesuatu..

Anyway,apakah tajuk tazkirah kamu?

i will be in KL dis coming weekend
maybe akan singgah UKM before pulang ke JB...

See ya~!!

SITI said...

erma: tajuk ceramah; "Al-Quran membentuk peribadi mulia".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...