Tuesday, September 23, 2008

23092008

Saya sudah ada di rumah. Itu adalah salah satu sebab mengapa saya malas2an update blog. Lebih gemar nonton tv. Malam tadi, saya nonton satu citer Jepun kat ABO. Sangatlah hopeless romantic. Tajuk: Sky of Love. Teringat sekejap zaman matriks, zaman "langit biru, aku terharu". Haha.

Saya di rumah dengan abah dan emak sahaja. Adek2 saya yang lain belum pulang. Saya perlu pulang awal kerana sabtu yang lalu ada kenduri. Emak buat majlis khatam untuk umno cawangan as emak adalah ketua wanita umno bahagian. Majlis khatam ketiga yang saya hadiri. Huhu. Dan, ketiadaan kereta juga menyebabkan saya perlu pulang awal. Lagipun, mmg UKM sudah bercuti. Itulah seronoknyer jadi student, cuti tidak perlu dimohon, malah diberi. :)

Saya berasa teruja untuk menulis kerana ada beberapa orang kenalan saya mula menulis blog juga. Saya sangat ingin pautkan dalam blog ini. Tapi, saya punya satu rasa ketakutan. Negative-thinking sebenarnyer. Bahawa, mereka ini akan tidak lama untuk menulis. Nakkal betul saya berfikiran begitu, kan? Maafkan saya.

Maka, sudah saya pautkan apa yang perlu. Moga kalian akan terus menulis dengan baik.

Selamat menempuhi malam2 terakhir Ramadhan ini. Semuga bertemu "malam terbaik" itu.

Sekian.

6 comments:

Anonymous said...

Owh semakin ramai blogger di sekeliling aku..
Dan, aku akan jadi semakin bz sbg commentator..huhu..

Anyway, Langit biru aku terharu..
sangat lame tak dengar~!

Cheers TiM~

SITI said...

erma: haha. kau tak nak jadi blogger jugaks? :P

Marliza Radzi said...

biarlah mereka menulis setakat yang terlarat

SITI said...

kak yanti: hehe. mereka perlu ada itu "passion".

Unknown said...

Menulis bagi menghilangkan stres kan.

SITI said...

anuar: salam n welkam. Ya, boleh hilangkan stress. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...