Friday, April 25, 2008

Bah.Gia

Musim peperiksaan sedang berlansung di kampus perbukitan ini. Keadaan tegang jer. Huhu. Tidak banyak aktiviti lain yang berlansung terutama utk para pelajar. Semua pelajar perlu fokus kepada peperiksaan yang akan diambil dalam masa tiga minggu ini.

Menjadi kebiasaan, akan naik banner mengucapkan maju jaya kepada para pelajar. Secara tradisi, ia diucapkan oleh p*ersatuan m*ahasiswa universiti yang indah permai ini. Aku dapat lihat banner kali ini agak chanteks birunya. Tapi yang sgt mencuit hati ialah ucapannya, selain ucapan maju jaya itu.

KEJAYAAN SATU KEBAHAGIAAN.
BERUSAHALAH...

Bukanlah kelakar. Tapi, jarang2 orang letak ucapan sebegitu, sbg ucapan tambahan kepada Good Luck in ur final exam. Bahagiakah? :P

Aku sangat pasti satu perkara. Bahawa berjaya orang lain tidak bermakna kita berjaya. Mungkin orang itu hanya akan rasa berjaya kemudian bahagia bila mendapat 4 flet; bukan 3.99, bukan 3.88. Tapi, ader jer orang yang sudah rasa bahagia hanya dengan kejayaan mendapat 2.55, lantaran tidak gagal dan disingkir daripada kampus indah ini. Kan, kan?

Kepada kanak2 riang (definitely kanak2 undergrad lah kan....) yang telah berkuasa meletakkan ayat di atas itu ke atas banner yang telah digantung di sekeliling kampus, erm... anda hanya telah membuat saya tersenyum. Huhu. Saya tidak ambil paper semester ni, maka tidak boleh bahagiakah saya pada semester ini? :p

13 comments:

Awis said...

ermm.. I think, lagi bahagia kalo takde exam.. hahaha..

SITI said...

Awis: yer ker? kau bahagia ker skrang? kau takde exam kan? Huhu.

kaizen said...

tulis tesis dan pergi lab pun bahagia juga..aku dapat merasai kebahagiaan itu..sangat..

kaizen said...

ayat diatas telah ditulis oleh amiran...sekian

Anonymous said...

yer..betul..aku soong awis..
ko bahagiakan bile kau dapat lihat kromosom kau?
tak perlu amek paper..
=)

SITI said...

Amiran: bagus2. Pastikan kau betul2 bahagia menulis tesis.

Erma: tapi, kadangkala, kromosom buat aku marah, esp Y. Heh!

Anonymous said...

tape2..relax2...
owh ke*bahagia*an aku tetiba pudar semalam..
owh..sangat pedih..

='(

mungkin ke bangi mlm ini untuk menikmati soda sedey..

kau free kah?

Anonymous said...

oWh..ah-nEp feedback ckp die ade paper..so kite reschedule to 2mrw la ek...kumpulkan aNak2 yang lain k...

Sahalfikri said...

salam.. lama x berkunjung ni
cuba pk terbalik pula.. kalau gagal, bahagiakah?

jika tidak, maknanya benarlah kejayaan adalah kebahagiaan..

bukankah dengan tak mengambil sebarang paper, anda telah berjaya daripada menempuh kebarangkalian untuk gagal?

jadi, maknanya anda bahagia juga..

SITI said...

Erma: mana ader anak2; along2 lah.

Abg Suhail: eh, abg rasa Siti bahagia ker dengan hanya mencerap kromosom warna-warni tu? Mcm mane abang tahu ni? Huhu.

Anonymous said...

berbahagialah anda semua..tengok Mu menang pun merupakan kebahagiaan aku juga..

SITI said...

mu fan: Ya, jika MU kalah, kau juga tidak bahagia. Jika kau tidak bahagia, mana mungkin aku bahagia, kan?

Anonymous said...

oh...tidak..aku tetap berbahagia...walaupun mungkin ada kesedihan yg berlaku dalam hidup..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...