Sunday, November 24, 2013

7 days to go!



Wah, exactly 7 hari lagi. Dengan izin Tuhan, pada saat begini, Ahad berikutnya saya akan berada di satu majlis dengan pakaian indah. Pada salah satu hari gembira daripada tiga hari gembira, mengikut Pak Samad. Dua hari gembira yang lain ialah hari berkelah, dan hari bertemu kekasih. You get it correct! It is from the cerpen bertajuk Hari Ini Hari Gembira.

Pada kamu semua yang belum saya jemput, yang mungkin tidak termasuk dalam senarai kawan di Facebook dan Twitter, yang bukan rakan sepejabat saya, atau tidak berada dalam senarai Contact List saya, mungkin belum mendapat jemputan lagi.

Maka, di sini, dengan rasa syukur dan rendah diri, saya menjemput kamu ke majlis tersebut, yang akan berlansung di satu rumah agam itu, di daerah Ledang, Johor. Jemputlah datang pada waktu mana pun pada hari tersebut, kerana majlis akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pagi-Nikah. Petang-Sanding. Malam-Ceramah Agama. 

Harapan saya juga agar dapat didoakan supaya majlis ini berjalan lancar. Sempurna itu hanya milik Tuhan. 

Sekian, terima kasih.


Sunday, October 13, 2013

131013 - T to the D


"so many things happened, a lot of drama, drama queen they are, so do i, i am a lazy blogger, lame excuses, bla bla bla"

T to the D

Hidup di sini bukan abadi.
Tempat ini tempat persinggahan untuk mencari bekalan.
Hal di sini semuanya dinamakan hal-hal duniawi.

We are all connected.
To all the livings.
To all the things.
To all the small acts.
To all the single steps.
We are never alone.
We always be a stranger to another stranger.
Strangely, that is one way to be connected.

Apakah yang perlu dalam hidup?
Barakah.
(do you know, ini adalah asal perkataan untuk Barack dalam nama "Barack H. Obama"?)

I don't love you, but i always will.
I always want to hate you, but i don't.
Satu perasaan yang tidak terluah.

131013
Serdang, Selangor.

Friday, May 24, 2013

Full Moon Baby Jason

Ini adalah kali pertama saya dijemput ke majlis Baby Full Moon. Mestilah saya excited!


Saya diberitahu, orang Cina akan buat majlis full moon setelah genap usia anak mereka satu bulan. Cindy, kawan saya di pejabat telah melahirkan bayi lelaki comel, baby Jason pada bulan April yang lalu. Jadi, kami semua dijemput ke majlis full moon ini yang diadakan di Bukit Jalil Golf Club. 

Hot Mama Cindy!

 Telur tradisi, warna pink!

Sampai saja, terus makan buffet.

Tiada upacara rasmi dijalankan. Hanya memperkenalkan baby Jason dari meja ke meja. Semua kaum keluarga sangat gembira, lebih-lebih lagi atok-atok dan nenek-nenek. Saya difahamkan baby Jason adalah cucu pertama both side Cindy dan husband.

Bersama bos kacak.(yes, i look really really fat in that blouse T_T)

Pergi bersama adik saya yang juga jurugambar saya malam itu.

Terima kasih Cindy dan keluarga kerana menjemput saya. Tahniah sekali lagi atas kelahiran ini. :)

Wednesday, May 22, 2013

Mei 2013

Bulan penuh warna-warni.

Belum pun tamat bulan ini, tapi terlalu banyak perkara yang telah berlaku.Terlalu pantas semuanya. Dan, dengan izin Allah, semuanya berjalan lancar.

Saya baru dapat komputer riba, pinjaman dari adik saya. Maka, bolehlah saya lepas gian menulis di sini. Saya sayang tempat ini.

Saya tahu saya perlu menulis tentang pilihanraya. Lebih-lebih lagi pakcik saya antara menjadi tumpuan dalam pilihanraya kali ini. Saya banyak juga menulis di FB dan Twitter. Apa yang penting, ketakutan orang ramai akan berlakunya huru-hara telah terpadam. Saya pun takut. Siapa-siapa pun kalah, ia bukan berakhirnya sebuah kehidupan. Kita semua masih hamba Allah. Perlu solat lima waktu, perlu puasa dan zakat.

Dan, 12 Mei 2013, telah menyaksikan saya sah bergelar tunangan orang. Setelah banyak drama berlaku, akhirnya majlis telah berjalan tanpa banyak ragam. Saya akan muat naik beberapa gambar di post yang lain nanti. Menjadi tunangan orang, ramai sangat yang berpesan supaya berjaga-jaga. Darah sangat manisss, kata mereka.

Kemudian, sambung lagi cerita politik tanah air. MB/KM dilantik. Seterusnya, menteri-menteri kabinet. Saya masih di opis ketika pengumuman dibuat. Terus ada orang komen tentang barisan itu."Saya tak percaya "dia" masih pegang kementerian pendidikan. Ragu-ragu nak hantar anak ke sekolah.". "Bestlah KJ jadi menteri KBS. Kita percaya kat dia". Wow, dua ulasan ini saya tidak percaya datang dari opismet saya.

Minggu lepas ada dua event. Satu Full Moon Celebration. Satu lagi majlis housewarming. Nanti saya cerita entri lain.

Hujung minggu ini ada kenduri kat rumah paklong, tapi saya tak dapat balik pula. Saya kerja on Saturday. Dan, paklong pula buat majlis lepas Subuh. Majlis aqiqah dan khatam Quran cucu-cucunya. Sedihlah tak dapat balik.

Dan, minggu depan juga saya ada satu presentation yang perlu dilakukan. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Amin.

Selamat bulan Mei, rakan-rakan. Semoga maju jaya.

Friday, April 12, 2013

Menulis Hari Ini

Semalam saya menghadiri Social Media Marketing training. Gembira dapat dipilih menyertai training ini. Walaupun untuk tujuan pemasaran, tapi banyak ilmu berguna untuk menjadi penulis blog yang lebih baik lagi.

Trainer juga sangat bagus. Semalam belajar tentang FB, Twitter, YouTube, Pinterest dan LinkedIn. Semua pun saya sudah ada akaun.

Semangat mahu menulis meluap-luap selepas habis training semalam.

Tapi........

Sebenarnya komputer riba sedang rosak. Sedih sangat, sehingga tak boleh nak rasa sedih dah.

Lappy itu masuk air, akibat letak berdekatan sliding door. Satu malam yang hening, hujan turun dengan angin yang kuat. Maka, tersimbahlah air membasahi lappy itu.

(Speechless).

Harap-harap keadaan akan menjadi lebih baik untuk beberapa hari ini.

Sekian.


Sunday, March 03, 2013

CNY 2013 Potluck

Salah satu kegembiraan apabila bekerja dengan kumpulan pekerjaan sekarang ini ialahhhh,

Merahhhhh. Saya sungguh merah pada hari ini.

Kami meraikan Tahun Baru Cina tahun ini dengan mengadakan potluck! Banyak sungguh makanan sehingga tukang ambil gambar opis kami ini tidak ambil banyak gambar, sebab asyik makan sahaja. Haihhhh.

Kita mula dengan yee sang.



Ada nasi lemak, mee goreng dan nasi impit sebagai juadah utama. Saya bawa sambal sotong yang pedasssss sampai bos tak tahan. Huhu. Sorryyyy bos. Disebabkan banyak sangat makanan, dapatlah juga bawa balik sambung makan malam.


Ini adalah highlight of the day. Di tempat saya bekerja ini, ada satu budak yang makan secara amat sihat. Maka, dia telah membawa miang kham ini. Ia sejenis makanan Thai. Ambil daun kaduk itu dan letak bahan-bahan sampingan tersebut, lipat lalu makan. Oh, bagi melekatkan bahan-bahan yang kecil-kecil ini, sapu daun dengan kuah rojak, yang entah kenapa tiada dalam gambar di atas. 

Setelah makan, saya rasa suka. Mungkin lain hari boleh buat sendiri. Atau jika ke kedai Thai, boleh order makanan ini. Dulu, kawan saya ini bawa chicken salad yang sedappp. Sehinggakan saya buat semula sendiri di rumah. Nyum nyum. 

Saya tidak sabar menunggu potluck seterusnya. 




Sunday, February 17, 2013

Risikan

Entah di mana mahu bermula. Saya tulis lambat kerana tidak tahu bagaimana untuk tulis. Juga gambar tidak ada pada saya. Nanti saya update dengan gambar.

Bermula 25 Disember tahun lalu. Terus melangkah laju. Jadi, satu "pacakan" ditanda. 12 Februari 2013.


Bercerita tentang majlis adalah sangat warna-warni. Sangat-sangat. Saya minta maaf, tapi saya akan update lagi dengan gambar. Sebab, saya gagal menyusun ayat. Biarlah gambar-gambar yang berbicara nanti.

Kemudian, dengan riangnya saya membeli, memula langkah untuk mencatat setiap satu.


Sesungguhnya, banyak persediaan perlu dilakukan. Terlalu banyak. Persediaan mental juga sangat diperlukan. Apatah lagi, segala-galanya nampak seperti melangkah laju.

Saya mohon doa dari kalian semua, agar Allah permudahkan urusan ini. Amin.

Saturday, February 02, 2013

Annual Dinner 2013

Event ini berlansung pada bulan January yang lalu. Baru terhegeh-hegeh mahu nulis di sini. Dah lama sangat tak pergi dinner. Sangatttt excited. Haha.

Couldnt ask for more "kacak" boss. Haha.

So, malam itu kami ke hotel. Seperti biasa saya amat susah hati pasal baju. Nak beli baru, nak tempah baru, tiba-tiba tak sempat. Maka, korek-korek baju lama, sarung muat-muat saja. Saya adalah memakai baju tujuh tahun yang laluuuu. Haha. End up seharian tak makan akibat kerisauan baju tak muat. Seriously!


Gambar di atas ialah saya bersama Esther di atas pentas, bersama "produk" kami. Ya, yang Esther pegang itu adalah hasil kerjasama kami, dan ia telah disenarai pendek untuk satu pertandingan.


Ini kumpulan lagi satu. "Produk" mereka yang kat bawah tu, berupa pokok. 

Dannnnnn, akhirnya saya dan Esther menang! Yeay! Kami dapat 50 dollarrr Amerika seorang. Gumbira tau. Sebab dah lama tak naik stage dan menang. Haha. Yalah, sejak bekerja ni, nak naik stage apa, kan?



Kami bergumbira malam itu. Walaupun acara tidak lama, tiada nyanyi-nyanyi or persembahan menari-nari, tapi gelakkkk besar tengok persembahan video. Bos juga sangat gembira melayan rakan-rakan dia yang dijemput khas. Hehe.

Semoga akan ada banyak dinner lagi tahun ini. Yeay!


Tuesday, January 22, 2013

Tammat Satu Episod

Saya menulis kerana saya sedang mahu menulis. Jika saya tidak menulis pada pagi ini, semua ayat-ayat ini akan bermain dalam kotak fikiran saya sepanjang hari ini, yang mana ia tidak bagus. Kerana hari ini, jika mengikut jadual, akan menjadi hari yang amat panjang buat saya. Semoga Allah permudahkan. Ameen.

Malam tadi, secara rasminya, tammat satu episod. Perasaan saya bercampur-baur. Pada ketika ia bermula, saya menantikan detik ia akan berakhir. Nah, ia berakhir pada ketika emosi saya dikira lemah. Saya mahu senyum gembira, tapi akhirnya saya menangis teresak-esak.

Saya sedar, amat sedar, bahawa saya terlalu tua untuk menulis sebegini. Saya harus jadi matang. Bermain dan melayan emosi sebegini tidak menguntungkan saya, malah merugikan masa saya menulis di sini. Saya telah menulis dalam tapak mikroblog awal tadi. Tapi 40 karakter itu, tidak cukup untuk menyampaikan perasaan sebenar saya pagi ini. 

Ia satu episod panjang yang telah berakhir. 25 hari, panjang bukan? Banyak yang berlaku dalam 25 hari ini. Hanya saya dan Tuhan sahaja yang tahu. 

Saya mahu catatkan sahaja di sini. Mengingatkan saya bahawa realiti semakin jelas. Dan, perasaan takut telah hadir. Ya, unnecessary stress, saya tahu.

Tammat satu episod ini, bermakna akan bermulalah episod lain. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Permudahkanlah, ya Allah. Hanya kepadaMu kami meminta, dan hanya kepadaMu kami berserah. Permudahkanlah urusan kami, dunia dan akhirat. Ameen.

Sekian. 





Sunday, January 20, 2013

Berlian


 * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Find light in the beautiful sea * I choose to be happy * You and I, you and I * We’re like diamonds in the sky * You’re a shooting star I see * A vision of ecstasy * When you hold me, I’m alive * We’re like diamonds in the sky * I knew that we’d become one right away * Oh, right away * At first sight I left the energy of sun rays * I saw the life inside your eyes * So shine bright, tonight you and I * We’re beautiful like diamonds in the sky * Eye to eye, so alive * We’re beautiful like diamonds in the sky * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shining bright like a diamond * We’re beautiful like diamonds in the sky * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shining bright like a diamond * We’re beautiful like diamonds in the sky * Palms rise to the universe * As we moonshine and molly * Feel the warmth, we’ll never die * We’re like diamonds in the sky * You’re a shooting star I see * A vision of ecstasy * When you hold me, I’m alive * We’re like diamonds in the sky * At first sight I felt the energy of sun rays * I saw the life inside your eyes * So shine bright, tonight you and I * We’re beautiful like diamonds in the sky * Eye to eye, so alive * We’re beautiful like diamonds in the sky * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shining bright like a diamond * We’re beautiful like diamonds in the sky * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shining bright like a diamond * We’re beautiful like diamonds in the sky * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * So shine bright, tonight you and I * We’re beautiful like diamonds in the sky * Eye to eye, so alive * We’re beautiful like diamonds in the sky * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond *

Panjang lirik lagu ini. Walhal ulang-ulang saja, tapi boleh pula menjadi sebuah lagu hits.

Ucapan terima kasih untuk "diamonds" pertama saya hari ini. Tidak sabar untuk "diamonds" berikutnya. Sila pastikan terdapat huruf S di belakang perkataan itu, ya. ;)

Diamonds are forever!

Sekian. Sekali lagi, terima kasih, ya Encik Lelaki. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...