Tuesday, January 22, 2013

Tammat Satu Episod

Saya menulis kerana saya sedang mahu menulis. Jika saya tidak menulis pada pagi ini, semua ayat-ayat ini akan bermain dalam kotak fikiran saya sepanjang hari ini, yang mana ia tidak bagus. Kerana hari ini, jika mengikut jadual, akan menjadi hari yang amat panjang buat saya. Semoga Allah permudahkan. Ameen.

Malam tadi, secara rasminya, tammat satu episod. Perasaan saya bercampur-baur. Pada ketika ia bermula, saya menantikan detik ia akan berakhir. Nah, ia berakhir pada ketika emosi saya dikira lemah. Saya mahu senyum gembira, tapi akhirnya saya menangis teresak-esak.

Saya sedar, amat sedar, bahawa saya terlalu tua untuk menulis sebegini. Saya harus jadi matang. Bermain dan melayan emosi sebegini tidak menguntungkan saya, malah merugikan masa saya menulis di sini. Saya telah menulis dalam tapak mikroblog awal tadi. Tapi 40 karakter itu, tidak cukup untuk menyampaikan perasaan sebenar saya pagi ini. 

Ia satu episod panjang yang telah berakhir. 25 hari, panjang bukan? Banyak yang berlaku dalam 25 hari ini. Hanya saya dan Tuhan sahaja yang tahu. 

Saya mahu catatkan sahaja di sini. Mengingatkan saya bahawa realiti semakin jelas. Dan, perasaan takut telah hadir. Ya, unnecessary stress, saya tahu.

Tammat satu episod ini, bermakna akan bermulalah episod lain. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Permudahkanlah, ya Allah. Hanya kepadaMu kami meminta, dan hanya kepadaMu kami berserah. Permudahkanlah urusan kami, dunia dan akhirat. Ameen.

Sekian. 





Sunday, January 20, 2013

Berlian


 * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Find light in the beautiful sea * I choose to be happy * You and I, you and I * We’re like diamonds in the sky * You’re a shooting star I see * A vision of ecstasy * When you hold me, I’m alive * We’re like diamonds in the sky * I knew that we’d become one right away * Oh, right away * At first sight I left the energy of sun rays * I saw the life inside your eyes * So shine bright, tonight you and I * We’re beautiful like diamonds in the sky * Eye to eye, so alive * We’re beautiful like diamonds in the sky * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shining bright like a diamond * We’re beautiful like diamonds in the sky * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shining bright like a diamond * We’re beautiful like diamonds in the sky * Palms rise to the universe * As we moonshine and molly * Feel the warmth, we’ll never die * We’re like diamonds in the sky * You’re a shooting star I see * A vision of ecstasy * When you hold me, I’m alive * We’re like diamonds in the sky * At first sight I felt the energy of sun rays * I saw the life inside your eyes * So shine bright, tonight you and I * We’re beautiful like diamonds in the sky * Eye to eye, so alive * We’re beautiful like diamonds in the sky * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shining bright like a diamond * We’re beautiful like diamonds in the sky * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shining bright like a diamond * We’re beautiful like diamonds in the sky * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * So shine bright, tonight you and I * We’re beautiful like diamonds in the sky * Eye to eye, so alive * We’re beautiful like diamonds in the sky * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond * Shine bright like a diamond *

Panjang lirik lagu ini. Walhal ulang-ulang saja, tapi boleh pula menjadi sebuah lagu hits.

Ucapan terima kasih untuk "diamonds" pertama saya hari ini. Tidak sabar untuk "diamonds" berikutnya. Sila pastikan terdapat huruf S di belakang perkataan itu, ya. ;)

Diamonds are forever!

Sekian. Sekali lagi, terima kasih, ya Encik Lelaki. 

Friday, January 18, 2013

Seumur Hidup

Seumur hidup itu berapa lama? Seumur hidup itu bukannya 100 tahun pun.

Ah, ayat-ayat cinta. Meruntun jiwa.

Ayat ini dalam cerita cina TVB, No Regrets. Sedih cerita ini. Banyak membuat saya teringatken nenek saya. Drama ini mengambil plot ketika zaman Jepun di negara China. Nenek dulu selalu cerita, saya cuma dapat bayangkan. Tapi, bila tengok cerita ini, gambaran itu datang semula. Nenek pernah cerita gadis pada zaman Jepun sangat ketakutan. Menyorok dalam perigi, dalam almari malah ada yang lari masuk hutan. Dalam cerita ini, semua yang nenek cerita itu ada. *Pilu*

Drama TVB memang sudah terkenal di merata negara di dunia ini. Saya percaya drama-drama mereka mempunyai kekuatan jalan cerita. Kalau tidak, masakan saya boleh setia menonton cerita cina petang-petang sejak umur saya 10 tahun sehingga sekarang. Sudah 2 dekad lamanya. 

Masuk millenium baru ini, saya nampak skripnya semakin kuat, semakin baik. Drama No Regrets ini terlalu banyak mengajar nilai dalam hidup.

Saya memang tidak pernah bertanya kepada diri sendiri soalan itu. Seumur hidup itu berapa lama? Ya, bukan 100 tahun. Tidak akan pernah selama itu.

"6 hari pun seumur hidup juga. Saya mahu 6 hari itu bersama kamu".


Tuesday, January 01, 2013

Tahun Baru: 2013



"Where there is desireThere is gonna be a flameWhere there is a flameSomeone's bound to get burnedBut just because it burnsDoesn't mean you're gonna dieYou've gotta get up and try try tryGotta get up and try try tryYou gotta get up and try try try..."


Bait lagu "Try" oleh Pink ditujukan untuk menyambut tahun yang baru ini, tahun 2013.

Memang bagi sesetengah orang, tidak ada apa-apa yang berbeza. Tidak menyambut pun hari 0101 ini. Tapi, ada yang bersungguh-sungguh menyambut tahun baru. Ada juga yang berlebih-lebihan.

Semangat untuk berubah pada setiap tahun yang baru memang biasa kita dengar. Dan, jika mengikut bait lagu di atas, kita kadangkala boleh terbakar dengan semangat dan azam yang meluap-luap itu. Tapi, kita tak semestinya akan mati. Bangun dan cuba lagi, ya.

Dengan kemudahan media sosial sekarang, saya dapat melihat ramai rakan taulan dengan azam baru mereka. Ada yang nampak begitu gembira, kerana mereka melihat ada satu sinar kegembiraan yang akan datang kepada mereka dalam tahun ini. Ada yang menunggu kelahiran orang baru tahun ini. Ada juga yang akan melengkapi diri orang lain dan dilengkapi oleh orang lain. Bos saya tentunya telah membuat pelan untuk syarikat saya bekerja ini, termasuk untuk kemajuan saya dalam syarikat itu. Itu semua pelan. Emak saya juga ada membuat pelan untuk saya bagi tahun ini, tentunya!

Tapi, ada juga beberapa orang dengan ketidakpastian. Saya adalah antara orang dalam golongan itu. Terlalu banyak ketidakpastian. Doa hendaknya perkara yang baik-baik sahaja berlaku. Doa juga untuk sentiasa berada dalam golongan yang bersyukur.

Selamat tahun baru, rakan taulan, sahabat handai.

Sunday, December 23, 2012

Kematian dan Trauma

Peristiwa ngeri di Newtown nampaknya sudah reda. Walaupun ada dua lagi kejadian tembakan rambang berlaku, namun ia tidak begitu menggemparkan. Mungkin kerana bilangan kematian yang sedikit dan tidak melibatkan kanak-kanak.

Saya juga agak terkesan dengan perkara ini. Seperti juga kejadian VirginaTech, saya telah mengikuti kejadian di Newtown ini setiap hari di media sosial. Sedih betul tengok gambar-gambar kanak-kanak itu. Gambar rasmi mereka semuanya sedang senyum riang.

Pada satu ketika, saya ada baca satu kisah yang ada budak tu dia pura-pura mati, jadi penembak itu tidaklah tembak dia. Dan, akhirnya dia selamat. Dan macam tak trauma pulak. Tak tahulah kalau lepas tu nangis sorang-sorang sebab semua kawan-kawan lain dah mati.

Melihat kematian di depan mata bukan selalu kita alami.Ia tak sama melihat mayat ang sudah terbujr kaku. Sepanjang umur saya yang akan menjengah tiga dekad ini, hanya sekali saja saya mengadap orang di saat-saat putus nyawanya, iaitu arwah nenek saya. Benar, saya melihat sehingga ke nafas terakhir. Bermula saat tekanan darah dia tinggi sehingga menyebabkan mesin berbuyi. dada berombak, sehinggalah tiga nafas terakhir.

Sehingga sekarang saya masih mengingati apa yang saya lihat. Dan, saya melihatnya pada usia saya sudah berakal. Pada ketika nenek saya sudah berumur yang dikata orang "puas hidup". Jadi, mungkin trauma tidaklah seteruk mana. Tapi, bagaimana kana-kanak di Newtown itu? Sangat kanak-kanak.

Tidak dapat bayangkan bagaimana trauma mereka. Lebih-lebih lagi yang betul-betul nampak tembakan yang mematikan seseorang depan mata. Dengan darah yang banyak. Kalau kesemua 26 mangsa itu dalam satu kelas, haruslah darah mengalir melimpah ruah.

Tentunya dahsyat apa yang berlaku. Itu sebab tiada gambar dikeluarkan. Itu sebab juga, mereka dipindahkan sekolah serta-merta. Bagi mengurangkan trauma. Ya, yang hidup perlu teruskan hidup, sekolah kena habiskan juga.

Bertabahlah wahai budak-budak. 

Friday, November 30, 2012

Satu Minggu Yang Sedih

Saya tahu saya sudah lama tidak menulis. Banyak perkara. Tapi, hari ini saya perlu menulis.

Hari ini melengkapkan satu minggu sedih buat saya. Saya sedih sehingga tidak boleh keluar air mata lagi. 

Hari Sabtu, saya sangat mahu ingin ke HKL. Tapi, saya sakit kepala amat sangat. Jadi, saya tidak pergi.

Ahad malam, teresak-esak saya membaca satu email. Email pendek tapi cukup derita.

Derita saya itu membawa kepada suhu badan saya meningkat pada hari Isnin. Dengan hingusan keluar tanpa belas, terus saya jumpa doktor.

Selasa saya sakit sampai menggigil. Tapi, saya tak boleh cuti kerana rakan sekerja saya cuti. Komputer pula ada masalah. Jadi, sementara komputer saya dibaiki, saya telan ubat dan rehat saja di surau, sebelum sambung kerja semula.

Rabu, bertambah sihat tapi kerja sangat-sangat banyak sebab komputer baru pulih. Nyamuk dah balik pun saya belum balik. Dan, batuk pula mula menyerang.

Khamis, saya kerja teruk sampai tak makan. Sedar-sedar dah pukul 3.30 petang. Batuk pula tak henti-henti. Dan, perasaan sedih untuk hari Jumaat mula tiba. Malam itu saya makan bersama rakan. Gelak ketawa, menyembunyikan rasa kesedihan. 

Dan hari ini, hari Jumaat. Hari terakhir bulan November 2012. LCY dan (kak) Nor tidak akan bekerja dengan saya lagi mulai hari esok. Saya ucap selamat maju jaya kepada mereka berdua. Walaupun sudah tidak bekerja satu tempat lagi, tapi harapnya persahabatan akan kekal hingga akhir hayat.

Bukan tiada perkara gembira minggu ini. Tapi, satu minggu ini, sangat amat sedih. 

Thursday, August 30, 2012

Ramadan & Syawal 2012

1. Ramadhan saya kali ini mempunyai 8 hari tanpa air. Yup, EIGHT freaking day. Mula-mula, in denial. Tak nak tadah air beramai-ramai kat tangki bawah tu. Maka, saya telah ke rumah sepupu , kemudian rumah adek saya. Kemudian, berteleku di Masjid Putra, Putrajaya dari Zohor ke Isyak. Hari berikutnya ke Masjid Tuanku Mizan. Saya juga pernah berbuka di Masjid Hasanah, Bangi. Selepas 5 hari tu, barulah menerima kenyataan, lantas menadah air dan mengangkutnya ke rumah, bersama-sama penghuni yang lain. 

2. Tahun ini adalah tahun pertama saya berbuka di masjid. Dan, kali pertama saya tahu bahawa makan di masjid yang percuma itu adalah SEDAP! Masjid Hasanah: nasi ayam. Masjid Putra: nasi minyak. Masjid Besi: nasi putih lauk sedap. Haha. Ada makcik yang telah berbuka di masjid selama tiga tahun. Tak perlu fikir nak berbuka apa pun. Dan, tak akan tertipu dengan penjual di PARAM. 

3. Saya mengambil cuti paling PANJANG di opis saya. Dari 15 Ogos sehingga 27 Ogos. Tapi, cuti ini bukan utuk raya sahaja. Ada banyak perkara yang perlu diuruskan.

4. Cuti saya dimulakan dengan pergi ke "lab lama saya", di Jalan Raja Laut itu. Ada orang propose projek PhD, ehem. Maka, pergilah berbincang kejap. Semoga dipermudahkan. Amin.



5. Warna tema raya kami sekeluarga tahun ini adalah warna cokelat. Walaupun banyak episod drama dalam mencari baju, tapi dalam gambar nampak chantek. Blend nicely with our skin colour, kan?

6. Ini raya pertama tanpa maklong dan pakngah (sebelah abah). Sedih. Jadi, kami beraya ke Parit Raja, Batu Pahat pada hari raya pertama. Raya kedua, tunggu orang datang. Raya ketiga, open house. Raya keempat, berehat sekejap jer. Petang beraya ke Parit Sangit dan Parit Bunga. Raya Kelima, barulah beraya ke Parit Unas, yang mana biasanya pergi raya pertama. Raya keenam, berehat, sambil tengok emak masak lengkong nescafe satu periuk besar. Ya, BESAR yang guna 30 biji telur kuning. 

7. Raya ketujuh, kenduri kawen sepupu di Klang. Berangkat seawal 6.45 pagi dengan hujan lebat di rumah. Dan, pulang sekitar jam 6 petang. Singgah lama di RnR Ayer Keroh, makan aiskrim BR. Sampai rumah jam 10 malam. Penat, tapi majlis berjalan lancar, alhamdulillah. Tahniah kepada pengantin dan keluarga.

8. Raya kelapan, saya pulang ke Kuala Lumpur dengan seorang adik. Terus ke Batu Caves, makan lunch. Hehe. Penatlah, lantas berehat sahaja, tidur awal. Tapi, terbangun juga jam 4 pagi, terus ke laptop buat paperwork sedikit.

9. Raya kesembilan, ramai orang sudah naik kerja. Saya telah ke JAKIM, Putrajaya dan UMMC, Petaling Jaya. Ke JAKIM menguruskan tentang persoalan pemilihan jantina. Ke UMMC, melawat kawan lama dan menolong kawan baru. Mereka ada lab baru yang sangat cantik dan sangat luas dan sangat putih bersih suci.

10. Raya ke-10, saya mula kerja. Gigih! Raya ke sebelas, makan-makan di jamuan Aidilfitri MTDC. 


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN.

Sunday, July 29, 2012

Puasa

Ramadhan tahun ini sudah masuk banyak hari. Juga banyak drama untuk saya. Tapi, puasa tetap kena puasa.

Tahun ini saya banyak baca/dengar/tonton rancangan tentang mendidik anak-anak kecil berpuasa. Wardina telah muncul dengan anaknya dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O. Semangat ajar anak puasa. Wardina mengelat, bagi anak sahur jam 7 pagi. Haha.

Saya ingat lagi mula-mula saya perlu berpuasa. Darjah satu, umur tujuh tahun. Saya ingat lagi, emak yang risau takut saya tak tahan. Jadinya, tahu pertama saya complete puasa 30 hari puasa separuh hari. Balik sekolah saja saya dah boleh berbuka. 

Emak masih risau sehingga saya masuk asrama tingkatan satu. Masa bulan puasa, saya perlu berlatih main ping-pong. Pelik tau, mak suruh saya berbuka. Saya ingat saya ada satu hari tak puasa, mak risau takut saya dehydrated. Mak yang drama.

Tahun ini, di opis saya, ada satu budak Bumiputera Sarawak mula berpuasa bersama. Dia ada bf Muslim, jadi dia perlu berlatih berpuasa. Saya pun risau, sebab saya ingat saya berlatih berpuasa separuh hari saja. Budak ini puasa 3 hari, masuk hari keempat sudah tidak larat. Kasihan juga dia. Yalah, sahur sorang-sorang di rumah, sebab dia masih tinggal bersama keluarga sendiri. Buka puasa sahaja dengan bf. 

Isnin yang lalu, saya berkesempatan bermalam dengan rumah sepupu saya. Anak pertama lelaki usia 6 tahun, anak kedua usia 5 tahun turut berpuasa. Seronok, mereka kata. Tapi, yang perempuan, selesai satu hari berpuasa, sudah tanya ibunya, boleh tak nak pakai baju raya. Haha, kids. Yalah, mungkin tiada siapa beritahu dia puasa perlu 30 hari. Dan, mana dia ingat satu bulan ada berapa hari.

Budak berdua ini senang juga bangun sahur, terutama yang perempuan. Kejut tak nangis pun. Makan sahaja apa yang ada atas meja. Abangnya minta Koko Krunch. Saya kagum, kerana saya banyak drama masa nak bangun sahur dulu. Menangis, menjerit, mengingau pun ada. Haha. 

Selamat berpuasa, y'all.

Sekian.

Wednesday, July 18, 2012

Anak Perempuan

Mahu cerita beberapa kisah, sekadar untuk renungan. Kisah-kisah yang mungkin tidak kita percaya kebenarannya, sehinggalah ia berlaku pada orang sekeliling kita. Ya, kisah tentang anak perempuan. Ini kisah tentang dua orang (dua buah keluarga) yang BELUM mendapat anak perempuan, setelah mendapat anak-anak lelaki.

Kisah pertama. Kawan saya, dinamakan di sini YY. Dia sudah berkawin, punya anak dua. Pada satu perjumpaan makan-makan, saya ada bercerita tentang IVF. Dalam ayat-ayat terakhir, saya ada sebut, teknologi terkini telah memungkinkan kita memilih jantina embrio yang kita hendak masukkan ke dalam rahim. Pemilihan jantina. Dan YY pun bertanya lebih lanjut lagi, tapi jadi sedih kerana teknologi ini guna banyak wang yang dia belum mampu. YY pun bercerita tentang dilema yang dihadapinya. Dia berkahwin dengan lelaki yang ada adik-beradik seramai 5 orang, yang kesemuanya lelaki. Kemudian, YY dapat anak, dua-dua pun laki-laki. Emak mertua YY sampaikan telah tolong jaga anak/ cucu jiran yang perempuan kerana rasa kepingin yang amat sangat. YY gusar kerana adik iparnya akan berkahwin tidak lama lagi. Jika birasnya mengandungkan anak perempuan, dia risau kedua-dua anaknya akan dipinggirkan oleh mertuanya.

Kisah kedua. Tentang satu kakak yang saya kenali, RS. Kakak ini kahwin awal dewasa, dan terus mendapat anak. Dan, seterusnya anak lelaki kedua dalam tahun ketiga perkahwinan. Sudah sebelas tahun kak RS tidak mengandung, lantas mengundang rasa rindu. Kepingin sungguh dia anak perempuan. Dia pun menunggu juga jika ada siapa-siapa yang mahu memberinya anak perempuan untuk dijaga. Satu hari, ada berita bayi kena buang. Ralat sungguh kerana bayi itu mati akibat lemas dibuang dalam parit. Ralat bertambah apabila bayi itu dibuang di Kajang, 20 minit saja perjalanan dari rumah kak RS. "Letak sajalah di tempat yang selamat, biar akak jaga". Minggu lepas kak RS sudah mula shopping raya. menjadi satu-satunya perempuan dalam keluarga, banyaklah barang untuk kak RS sahaja, sehingga anak yang dua itu mencemik. Tapi, bila ingin dibelikan baju, mereka menolak, mahu tunggu puasa dulu. "Kalau anak perempuan akak, musti dah dapat sepoloh pasang baju raya" jawab saya. 

Inilah dua kisah, dalam beribu-ribu kisah masyarakat hari ini.

Sekian.

Wednesday, June 13, 2012

#Drama Hujung Minggu

Oh, weekend! #Drama dan #drama sampai ke hari ini. Oh!

Hari Sabtu pergi rumah adek. Farid akan postin ke Sabah for 8 months. Tapi, dia tak tahu flight bila. Mula-mula beritahu hari Ahad. Tiba-tiba jadi hari Selasa. Layankan sajalah.

Emak dan ayah dah ada di rumah adek dari hari Sabtu. Saya pun datang malam tu, konon-konon esok nak hantar Farid. Pagi Ahad tu, Farid beritahu dia tak jadi bertolak hari tu. Kami semua kat rumah bergelimpangan menonton #drama korea. Back to back sampai jam 1 petang. Penangan #LoveYouThousandTimes. 

Habis drama, saya hantar duria. Kemudian, beli makanan tengah hari. Makan. Tidur. Oh, ada aktiviti sampingan seperti mengira-ngira dan berborak-borak.

Hampir malam, saya kira nak pulang ke rumah, sementelah Farid akan ke Sabah hari Selasa. Janji saya, Isnin saya datang tidur lagi di situ. Setelah kemas-kemas, saya pun cari kunci kereta saya. Cari lagi. Cari lagi. cari lagi. Ahhhhh, kunci kereta hilang. #Drama

Disebakan perut dah lapar, jadi keluar makan dulu. Penat dah fikir pasal kunci kereta. So, deal dengan adek, esok tumpang pergi kerja.

Isnin, sampai awak gila kat opis. First person kot. Dan, #drama pun bersambung. Takde orang bukak opis!! Fong datang pun takde kunci. Patutnya PS punya turn datang awal, dia akan datang like 6 am? Apakah? 10 minit juga tunggu orang ada kunci datang, siap call PT suruh datang. 

#Drama opis di pagi hari, mesin staining ada problem. Jadi kena angkat mesin simpanan, like jam 7.30 pagi angkat mesin? 

Apabila matahari sudah mula naik, dapat mesej #drama seterusnya. Farid akan pergi petang itu juga. #Drama betul. Flight jam 5.30 ptg. Mak dah nak bersiap. Saya pun cepat-cepat siapkan kerja saya. Adek datang ambil saya, setelah time-off saya diluluskan. Kami pun menuju ke KLIA.

Dah parking kereta, naiklah tingkat atas. Jumpa saja Farid, dia terus beritahu, "Salah airport lah". #Drama apakah ini??? Ya, tak tulis pun kat waran tu dia naik AA. Dan, Faris memang tak pernah naik AA. Selama ini dia naik MAS sahaja.

Dengan adek saya yang seorang lagi masih dalam ERL. Saya kena tunggu dia di BK. Mengubat hati yang konon-konon lara dengan Whoopie Jr. Haha. Saya tak sempat tunggu adek saya berlepas masuk. Saya kena masuk kerja. Babai babai sahaja di dalam McD. 

Masuk kerja, kerja dan kerja. Penat betul fikir nak kena contact orang buatkan kunci semua. Ahhh, nangis dalam surau. Ya, #drama. Lepas maghrib, berolak balik. Kena singgah di kedai makan, kot-kotlah ada tertinggal kunci kat situ.

Rupa-rupaya ada. Hehe. Terus bersinar-sinar mata nampak kunci kereta. Hehehehehe. Suka. Lalala.

Masih tidur rumah adek sebab penat. Jadi esoknya pergi kerja.

Tapi, ada durian kat rumah sepupu, like 20 min drive away. Kena ambil juga hari ni sebab dah mula pecah. Jadi, pada waktu rehat, bawak kereta laju-laju ambil durian. Tapi, sepupu baik hati siap memasak. Jadi, duduk lama sikit sebab kena makan.

Angkut semua, jam 4 pm bukak semua. Makan dapat separuh saja. Separuh lagi dah mula masam, jadi bagi kat kak A untuk masak. Habis hari Selasa dengan bau durian.

Pagi Rabu dimulakan dengan durian juga. Kak A buat kuah durian yang lazat. Ya, breakfast kuah durian dengan roti. Oh, lazat. 

Lepas tu terus cepat-cepat masuk kerja. Nak print. Gagal. Cuba lagi. Gagal lagi. Restart. Cuba lagi. Masih gagal. Apakah? Buat kerja lain dulu.

Grab data. Gagal. Arghhhhh. Terus tulis dalam WhatsApp, "Please help me". Berkejar SLF datang. 

Dan cuba baiki. Gagal. Dr. W terus keluar meeting. Dan tunggu lagi. Dan tunggu dan tunggu.

Sampai petang baru Dr. W pulang. Bila jam sudah jam 6, baru OK. Tapi, mesin buat hal lain. "ERROR". Oh, dear. #Drama. Mesin lagi satu tiba-tiba screen gelap tak menyala. EH, #drama lagi? Seriously? Dah jam 7 pun nak #drama lagi.

Pulang. Sekian. 

Belum tammat. Sambung nonton #drama JanjiJujurSepi. Seriously ending begitu? Oh Beto.

Ok, drama sambung esok. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...