Friday, October 30, 2009

Nombor Siam

Satu hari saya mendapat mesej di telefon bimbit. Panjang nombornya. Bila saya lihat, ia mesej kosong, tidak mengandungi apa2. Saya jadi musykil sedikt. Semasa itu, saya sedang melayari internet.

Selepas beberapa minit, saya dapat mesej lagi. Saya lihat, nombor yang sama lagi. Dan, ia adalah mesej kosong juga. Apakah?

Kemusykilan bertambah. Saya ingatkan Ida jauh di UK itu. Bukan, nombor UK bermula dengan +44. Mungkin Zuhri di Indon selalu saja beri SMS kepada kawan2 di Malaysia. Juga bukan. Eh, apakah?

Bila saya lihat senarai nombor dail terus antarabangsa, rupa2nya ia nombor dari negara Siam. Maka, saya mengesyaki kawan PhD saya itu. Lantas, bertanya kepada housemet yg lain, tp mereka tak dapat apa2. Hurm...

Saya hantar SMS kepada nombor tersebut, tak reply pulaks. Jadi, rasanya bukanlah budak PhD itu. Buat apa pulaklah kan dia nak anta SMS kosong.

Jadi? Ya, saya telah mengesyaki satu budak Siam yangkacakdangagah itu. Haha. Walaupun dia bukanlah menetap di Siam, but anything can happen, kan?

Saya tulis kat facebook. Atie, kawan saya yang bekerja di DiGi mintak nombor tu, kot2lah boleh tolong. Tapi, budak Siam sensasi ini (bak kata Atie), tak jawab pulaks.

Saya juga try call beberapa kali, tapi tak jawab jugaks. SMS pun tak reply.

Maka?

Sekian.

Thursday, October 29, 2009

You Are The Only One

Saya menulis sesuatu supaya saya mengingati saat itu.

Saya menggunakan Multiprobe T-system keluaran Cytocell untuk kerja makmal pangajian sarjana saya ini. Saya tahu melalui artikel2 jurnal yang saya baca. Semasa mahu menempah probe, saya cuba meyakinkan penyelia saya untuk menempah set ini, wpun mahal. Akhirnya, dia menempah 15 set yang berharga lebih kurang RM15 000 setiap satu.

Beberapa hari lepas, staf Cytocell telefon saya untuk bertanya sebarang masalah saya berhubung kit ini. Bos Cytocell yang entah dari negara mana datang ke Malaysia. Saya pun bercerita kepada dia masalah yang saya hadapi. Dia bertanya sama ada berminat atau tidak untuk berjumpa dengan bos besar itu. Saya rasa malas. Saya telah menggunakan probe ini sejak 2 tahun lepas. Dah nak siap pun.

Hari ini, staf cytocell yang lain pula telefon. Dia perlukan perincian mengenai masalah saya. Saya pun ceritalah. Sampai satu tahap saya penin. "Pelanggan lain takde masalah macam saya ker?". "Fatimah, you're the only one yang gunakan probe ini." "Saya sorang jer kat Malaysia yang gunakan prob ini? Takkanlah." "Ya, cik Fatimah."

Tiba2 saya panik. Patutlah orang Cytocell asyik hubungi saya. Tiba2, saya rasa glamour kat cytocell. Tiba2, saya rasa macam nak keje kat cytocell.

*saya gelak dengan riang bersama enchek makmal sampai kene perli. abaikan? dia tidak tahu what cytocell is about. seriously!

*am currently addicted to Subway's cookies. Terus pergi membeli, macam nak reward diri sendiri atas susah payah menggunakan multiprobe T-system itu. Haha. Ingatkan nak beli 12. Tapi, tinggal 6 jer. Takpelah, bersyukur, kan?

Tuesday, October 27, 2009

27102009

Owh, hari ini. Saya berblog dari makmal ini. Haish.

Saya tidur awal semalam. Jam 10 dah terlelap. Tapi, jam 12 saya terjaga, sbb mimpi yang sangat memenatkan. Saya mimpi saya gaduh dgn aunty saya. Terjaga, saya terus istigfar banyak2. Lega saya, ia hanya satu mimpi. Tak sanggup saya mengharungi pergaduhan seperti itu.

Saya kembali tidur. Tapi, setiap 2 jam, saya terjaga. Jam 2. Jam 4. Jam 6. Terus saya bangun subuh. Mengadap laptop. Saya breakfast jam 7. Kemudian, saya rasa mengantuk semula. Saya tahu saya tidak mendapat tidur yang lena. Saya tertidur lagi.

Bangun, dan mandi. Sampai di makmal, enchek makmal terlupa akan SMS saya untuk hidupkan suis water bath. Haish. Saya kena tunggu hampir sejam, baru boleh buat keje. Tiba2, rasa lapar. Jadi, pegi kantin. Tiba2, makan sup tulang dengan roti. Sedap, tapi rasa gemuk pula.

Saya buat keje. Tapi, keputusannya hampa. Ya, kromosom buat saya hampa hari ini. Tidaklah gagal secara keseluruhan, tapi tak chanteks untuk mencapai standard yang diperlukan. Haish.

Rasa down. Rasa sedih. Rasa nak gula2.

Wednesday, October 21, 2009

Penatlah

Penatlah,
penat meminta maaf.
Bila kena mintak maaf,
nampak sangat sudah melakukan sesuatu
yang tidak bagus, lantas perlu mintak maaf.
Jika melakukan sesuatu yang baik,
tidak akan perlu mintak maaf.

Jadi, janganlah berbuat sesuatu yang tidak bagus,
jadi, tidaklah penat meminta maaf.

Penatlah,
penat berjanji.
Berjanji tidak mengulangi.
Berjanji berusaha menjadi baik.
Penat tau.
Sebab,
bila dah berjanji, kene tunaikan.
Jika tidak tunaikan janji,
dikira jadik munafiq,
dikira jadik orang jahat.

Penat sungguh.

Penat mendengar ucapan maaf.
Penat mendengar kata2 janji.

Kita kawan.
Sangat kawan.

Saya bertanya semalam.
Kamu tidak menjawab,
hingga ke saat ini.

Entah kamu malas nak layan.
Entah kamu terkejut.
Entah kamu terlalu sibuk.

Jika kamu bertanya kepada saya?
Jawapannya terlalu pasti.

Tidak.

Jika mampu berkata "Ya" pun,
haruslah bersyarat.
Haha.

Kita tidak boleh menipu diri sendiri.
Kita terlalu kawan.

Saya sepatutnya gembira seperti kawan2 kamu yang lain.
Saya sebenarnya gembira, menikmati sundae berperisa stawberry itu buat pertama kali.
Sepatutnya, saya sudah mencubanya lebih awal lagi.

Saya sedar,
kamu tidak akan mengendahkan lagi perasaan penat dan benci kepada kamu ini.
Lebih utama kamu melayan perasaan suka dan gembira kepada kamu itu.
Memang kita tidak boleh menggembirakan hati semua orang, itu prinsipnya.

Saya kawan kepada kamu. Sangat kawan.
Saya tahu hati saya tidak layak dijagai kamu.
Tapi, tidaklah sampai layak dipermainkan.
Tidaklah sampai layak dibuli.
Hingga air mata ini bercucuran,
tidak mahu berhenti.

Penatlah,
penat berkawan dengan kamu.
Terlalu penat.
Letih.
Saya perlu berehat,
hingga hilang penat ini.

Thursday, October 15, 2009

Menyanyi

Saya tidak ada bakat menyanyi.

Saya percaya menyanyi adalah satu bakat. Jika Tuhan tidak memilih kita untuk mempunyai bakat itu, maka kita akan jadi kurang pandai dalam hal itu. Itu sebab kata orang, setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing2. Jadi, terimalah setiap insan seadanya.

Saya memang tidak pandai menyanyi.

Tapi, saya masih menyanyi. Dalam bilik, kalu saya berseorangan. Ketika mandi. Lalala. Dan, dalam kereta. Sangat nyanyi sorang2. Hanya saya pendengarnya. Oklah, kalu ada penumpang dalam kereta pun, ia besar kemungkinan, sepupu saya, Ili Najat. Dan, jika Ili tidur, saya akan menyanyi untuk hilangkan rasa mengantuk. Saya jarang2 menyanyi jika ada penumpang lain, kecuali adek2 saya yang tiga itu.

Maka, janganlah suruh saya menyanyi di tempat lain selain dari tempat2 di atas.

Hari ini, di satu jamuan hari raya, saya diminta menyanyi. Tapi, dengan yakinnya saya tidak muncul. Kebetulan, saya duduk tersorok di satu bilik lain, dan para tetamu sedang sebok memilih dan menjamah makanan. Jadi, mereka tidak terlalu menghiraukan suara yang memanggil2 nama saya itu. Dan lagi, saya tidaklah dalam mood terlalu gembira untuk menyanyi2 sementelah mengalami ketidakselesaan perut sejak pagi. Dan, saya telah cakap dari awal, saya tiada bakat menyanyi.

Saya mintak maaf, tapi memang saya tidak pandai menyanyi, lebih2 lagi di depan orang ramai.

Saya merasakan tindakan saya tidak menyanyi sebagai menjaga perasaan orang lain. Saya juga akan merasa tidak selesa mendengar penyanyi yang tidak pandai menyanyi. Saya tidak merasakan tindakan saya ini sebagai tidak sporting, kerana saya tahu ketidakbolehan saya dalam bidang ini.

Saya tahu bila masanya saya akan sangat perlu masuk kelas menyanyi.

Orang yang suka menyanyi dan pandai menyanyi akan dengan gembiranya menyanyi di depan orang ramai, tanpa disuruh. Maka, suruhlah saya buat apa yang saya tahu buat dan berbakat dalam bidang itu. Kecik2 dulu, saya masuk pertandingan bercerita. Sekarang, saya boleh bawak kereta (auto sahaja, maaf), jangan pula suruh saya bawak motor. Suruh mengaji, saya boleh walaupun masih ada ruang untuk diperbaiki. Main tenteng juga saya tahu. Dan, yang pasti, saya semakin cekap menyusun kromosom. :)

Tapi, jangan suruh saya menyanyi.

Sekian.

Thursday, October 08, 2009

Slaid Saya


Tgk kotak di atas. Itulah slaid2 yang berada dalam kotak slaid. Boleh kira? Tinggal 15, yg dua tepi paling kiri itu, tak dikira, sbb ada masalah sket. Owh, ya, saya cuma ada 15 sahaja yang perlu dicerap. Tiba2, hati saya jadi berdebar2. Haha.

Kotak di bawah ini pula mengandungi slaid2 yang telah saya cerap. Lebih 40 slaid kesemuanya. Ya, selepas hampir 3 tahun, saya hanya telah mencerap 40 slaid. Tapi, percayalah, ia mangandungi hundreds of images. Lots n lots.



Begini kiraannya: 40 slaid x 24 kromosom x 3 gambar FISH x 4 images = 11520! OMG, saya dah ada beribu2 gambar dalam folder thesis saya itu. OMG! Saya tak pernah kira betul2. Haha. OMG! Patutlah anak mata saya sudah bertukar menjadi warna biru laut. OMG!

Saya tahu ramai orang macam penat tengok saya buat pengajian sarjana ini. Ketahuilah, berat2 mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pastinya, penat lagi mata yang mencerap ini. Saya telah mencerap all the 11520 images itu di dalam bilik gelap. Segelap2nya. Hanya ada sumber cahaya dari skrin PC. Itu sebab mata saya jadi cepat letih. Saya tidak boleh mencerap terlalu lama. Saya perlu keluar dari bilik itu, jika saya rasa urat di mata merasa penat. Jika saya memaksa, urat di mata boleh menjadi putus. Konon.

Doakan saya supaya dapat serahkan thesis saya akhir tahun ini. Saya sudah dapat satu kes positif. Tapi, ia benar2 mencabar kerana abnormal kromosom yang saya dapat ini, not more than 5 cases were reported dalam jurnal. 5? Apakah? Takut, kan? Kalu kes ini saya berjaya laporkan dalam jurnal berimpak tinggi, pasti akan ada orang yang akan refer nama saya nanti. Siti et al. Hahaha. Maaflah, saya memang agak kuat perasan.

Maaflah. Sekian.

Tuesday, September 29, 2009

Video Korporat UKM

Saya telah nonton video korporat ini, English dan Melayu semasa mula2 diterbitkan dulu.. Seingat saya, semasa awal2 saya mejali pelajar pascasiswazah. Tiba2, saya terasa ingin mengabdikan video2 ini di bog saya, kerana saya sukakannya. Saya telah nonton video korporat universiti lain, tapi saya masih sukakan stail UKM ini. Ia sangat terkesan di hati saya terutama bila menyebut tentang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Saya suka sungguh bahagian buku teks English yang dialihbahasa itu.




Walaupun ada komen2(membina) yang telah diutarakan, tapi saya sukalah video2 ini, tidak kira Melayu atau English. Antara komen2 itu ialah; tiada tertulis kajian dari Fakulti Pengajian Islam, walhal, fakulti tersebut adalah antara fakulti pertama wujud semasa penubuhan UKM ini. Owh, saya tidak tahu mengapa. Mungkin kita boleh edit video ini sikit supaya dapat masukkan juga kajian dari FPI, kan? Barulah adil.



Saya baru lihat video di bawah ini beberapa hari yang lalu. Kelihatan UKM sangat chanteks. Ahaha. Ada rakan komen memang UKM chanteks pun. Ya, chanteks. Tapi, tidaklah terlalu chanteks sebagaimana yang diperlihatkan dalam video di bawah ini.



Selamat nonton.

Sekian.

Sunday, September 27, 2009

Aidilfitri 2009

Terasa sedikit malas2 mahu menulis tentang raya kali ini. Memilih gambar pun susah. Tapi, digagahi juga. Sedikit coretan untuk ingatan masa akan datang.

1 Syawal: tahun ini tiada siapa pulang ke kampung. Maklumlah, nenek dah tiada. Seusai solat raya, ziarah kubur. Kemudian, makan. Ambil gambar. Tema warna, ijau. Sewarna tapi tak setona. Ijau sapa paling chanteks? Hehe. Kemudian, terus pergi rumah atok saudara, dan terus bergerak ke Parit Unas, kampung abah.


2 Syawal: tak banyak perkara dibuat. Duduk rumah, konon2 nak tunggu orang datang. Takde pon. Pergi beraya umah mokteh yang amatlah dekat. Pegi dengan adek2 saja. Malam, anak2 maklong datang beraya. Kelakar sungguh tengok Aiman makan mee rebus dengan tangan dan hirup kuahnyer.

3 Syawal: OPEN HOUSE! Oh, penat betul open house kali ini. Dianggarkan 20 ribu manusia telah hadir sementelah rumah rasmi MB tak buat majlis sebegini pada satu syawal. Saya tak ke depan pun, tengok saper yang hadir. Gamba di bawah diambil setelah selesai majlis. Senget2 sudah senyuman. Hehe. Lihatlah baju kami, secorak tapi tak sewarna. Baju siapa paling chanteks? Hehe. Tentulah baju saya. :P (Gamba lelaki di tengah2 itu, gamba kawan lama abah, yang juga orang kuat pakngah).


4 Syawal: Saya gagal bergerak. Letih sungguh open house ditambah dengan keruntuhan dinding rahim. Huh!

5 Syawal: Kami beraya di 5 buah rumah. Terasa penatnyer. Pegi Batu Pahat. Kami pergi lewat, maka pulang pun lewat. Pegi umah makndak ayah, pak kor, moksu mak, pegi majlis marhaban maklong dan open house uncle hamim.

6 Syawal: Saya tak buat apa2 sangat. Tapi, orang2 lain sebok uruskan agenda masing2. Adek pegi medical checkup. Mak pegi tunaikan cek dan apa2 lagi. Malam, pegi umah mak ros di merlimau, naik satu kete. Huhu. Tengok gamba lama2. Mak ros memang banyak simpan gamba lama2.

7 Syawal: Balik KL!

Saya menulis ini supaya tidak lupa. :)

Sekian.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Jadi & Selamat Hari Raya

Hari ini 19 September 2009, hari jadi saya yang ke-26.

Esok, 20 September 2009, Hari Raya Aidilfitri 1430.

Maka, selamat hari lahir kepada saya dan Eid Mubarak kepada kamu semua.

Eh, saya pun menyambut Adilfitri.

Maka?

Maka, selamat hari lahir kepada saya dan Eid Mubarak kepada kamu dan juga saya. Maaf zahir dan batin sesama kita. :)

Sekian.

Monday, September 14, 2009

Corat-coret Ramadan 2009

Ramadan tahun ini sudah hampir berakhir. Sedih.

Paling seronok tahun ini sebab dapat solat terawikh di Masjid Jamek Kg Baru. Pegi jalan kaki. Seronok bila dapat duduk saf depan. Makcik2 yg kat depan tu bukak Quran untuk sama2 semak bacaan imam. Bila dah dapat sekali duk depan, hari2 esoknya, saya datang cepat2 sebab nak solat saf depan sejak dari solat isyak lagi. Seronok saya rasa. Buat 20 rakaat pun tak sedar. Ada satu peristiwa lucu yet terharu berlaku. Satu hari, saya pun ambil Quran sendiri untu semak bacaan imam. Makcik sebelah saya nak beri sepit (mereka sepit pages Quran supaya tak terbang2 dek angin kipas); tapi sepit tu tercabut pulak besinya. Saya pun tindih dengan kunci sahaja. Tapi, terbang2 jugak muka surat tu, tak dapat saya lihat. Sebelum mula rakaat berikutnya, makcik lagi sebelah minta sepit baju yg rosak tu, dengan cepatnya dia betulkan. Dapatlah saya guna. Tapi, saya risau page lagi satu. Sedang saya ingin membetulkan, jemaah sudah mula solat. Tiba2, ada benda macam dibaling ke arah saya. Terkejut sungguh saya. Saya lihat, sepit baju. Saya pandang ke arah dari mana ia datang. Satu makcik, selang 6 orang dari saya senyum kepada saya. Owh, semasa itu saya sangat rasa kasih sayang Tuhan. Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada hamba2-Nya.

Berikut antara aktiviti2 lagha yang dilakukan di bulan mulia ini.

1. Bershopping di Midvalley. Saya perlu beli kasut skulah. Dengan adek2. Tapi, tak iftar bersama pun. Adek2 ada gathering skulah mereka. Saya buka Subway on that day. Hehe.


2. Berbuka puasa buffet di Hale's Kitchen. Datuk bagi kami2 free voucher. Dapatlah kami makan free. Baik sungguh dia. Kami solat dulu sebelum turun makan. Masa kami datang, kami lihat dewan makan itu dipenuhi dengan budak2 tahfiz. Makanan sedap wpun tak banyak. Suka betul dapat buat ABC sendiri. Baru saya sedar, saya sangat suka salted nuts diletak banyak2 dalam ABC saya. Yummy! Owh, kami makan sampai jam 9. Kami adalah tetamu terakhir yang keluar. Huhu.


3. Gee bawak saya dan Sha ke One Utama untuk iftar bersama. Mereka gelakkan saya sebab tak penah pegi OU. Ya, takde orang mahu bawak saya. Tapi, saya sukalah OU ini. Lepas ni, bolehlah saya pegi. Pagi sorang2 pun takpe. Penah jer pegi Midvalley tu sorang2, kan. Mcm kata Gee, Midvalley sangat penuh dengan manusia. OU ini ada sedikit kuranglah. Kami makan di Old Asia. Penat betul gelak2 that nite.


Itulah corat-coret yang berlaku dalam Ramadan kali ini. Selamat tinggal Ramadan. Semuga tahun depan berjumpa lagi. InsyaAllah.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...