Monday, April 23, 2007

HARI BUMI






22 April= Hari Bumi. Aku nak tulis ttg apa yg che'gu aku katakan pada bulan lepas. dia adalah ketua pasukan penyelidikan di tasik chini. dia bg penerangan ttg tasik chinilah. aku mmg admire dia, sbb dia chanteks. dia pegi tasik chini pakai topi besar. haha. kalu nak bergaya, pegi mana pun perlu bergaya.

chegu pun ceriterlah ttg tak bagusnya perkara yang berlaku kat tasik ini. dan semua pihak tak nak mengaku salah. dia cakap, kita sebagai penyelidik pun kene buat keje kita menyelidik dan hasilkan report yang bagus. sbb masyarakat sekarang dah pandang report dari universiti ni. aku pun penah pegi masa degree dulu. aku betul2 puas pegi field masa tu, sbb boleh release tension. masa tu mmg byk keje kat kolej. dpt lepaskan diri sgtlah suka hati. lepas tu, dapat bunga teratai. then, che`gu bagi aku pegang kamera dia. apa lagi, byklah gamba aku dalam tu. haha.

che'gu yg chanteks ada berkata, apa kata kalu satu hari nanti manusia makan pil je. pil pelbagai rasa. nak makan pil rasa nasi, amik jelah. oleh itu, makan pun kurang, dan waste pun kurang. jadi kurang masalah pembentungan seterusnya masalah pembuangan sampah dan pencemaran alam. haha. aku mcm nak setuju je. sbb penat tgk pencemaran alam. amat marah sebenarnya. apa pendapat anda semua ttg cadangan che'gu saya itu?
dulu masa exam ptd bahasa melayu, aku buat karangan ttg alam sekitar. 1st time exam, aku sgt menghentam kerajaan. aku tulis, penat lah karam singh waliya mcm buat keje sorang2 je. lepas tu tambahlah lagi, apa yg patut dilakukan oleh kerajaan, seperti biasalah, isi2 yang biasa ditulis. aku failed. 2nd time exam, aku terus menulis dgn kata ganti diri 'saya' dan menulis mcm tulis surat cinta kepada pemeriksa. "tuan, saya sangat sedih dgn apa yg berlaku. saya pelajar biologi di universiti baru didedahkan dgn indahnya alam di malaysia ini. ini sepatutnya tidak berlaku. kita sepatutnya mengajar anak-anak sejak tadika lagi ttg pentingnya alam sekitar di negara kita ini. supaya mereka lebih menghargai. supaya mereka tahu betapa pentingnya pokok2 di hutan itu. saya rasa org2 yg sanggup menebang balak secara haram tidak diberitahu dan diajar betapa pentingnya pokok itu kepada masyarakat dunia. kita perlu gubal pendidikan alam sekitar di sekolah. sebab? sebab kita adalah negara yang ada hutan tropika tertua di dunia. kita bukannya negara arab yg ada padang pasir je, atau negara yang penuh dgn ais. kita adalah negara malaysia yang kaya dgn kepelbagaian biologi ini. bukan semua negara begitu. oleh sbb itu, kita wajib, perlu mendidik anak2 malaysia mencintai alam. kanak2 kecil perlu dibawa pergi taman2 alam, zoo dan tempat2 yg indah di negara ini sepanjang pengajian di sekolah. perlu ada aktiviti menangkap serangga supaya mereka tahu byk lagi serangga yg chanteks selain kupu2 dan rama2. saya harap pihak tuan dapat melakukan sesuatu selepas membaca karangan saya ini." begitulah tulisan aku, selepas dipendekkan. aku lulus. haha. sape je lah pemeriksa tu.


kawan2, betapa kita perlu menghargai alam. lakukanlah sesuatu yang menunjukkan kita mencintai alam. naik pengangkutan awam - utk kurangkan gas CO2, recycle kertas2 di pejabat/sekolah - untuk mengurangkan penebangan pokok dan mengurangkan sampah. dan byk lagi. wpun kita hanya melakukan SATU perkara, sekurang2nya kita mengingati alam, kurniaan Tuhan. wallahualam.

Wednesday, April 18, 2007

PESTA BUKU 2007

Salam...
Pesta buku akan mula hujung bulan april ni. rasa mcm byk sgt buku nak beli. buku cerita. dah lama tak membeli buku cerita yang indah2. byk betul dalam senarai. nak menambah koleksi antologi cerpen yg indah juga. nak membeli buku utk dijadikan hadiah juga. banyak dah tajuk buku yang masuk dalam senarai. tapi, berapa banyak yang akan dibeli nanti. tak bolehlah diikutkan nafsu ini sahaja. walaupun, ia adalah nafsu untuk membel buku, tp, ia boleh jadi juga perkara yang tidak bagus dilakukan. kita mmg perlu berjimat cermat. insyaAllah, tahun depan jumpe lagi pesta buku.
kewangan poket juga tidak mengizinkan lagi cita-cita yang indah ini menjadi kenyataan. tapi, aku tidak putus2 berdoa kepada tuhan, agar memurahkan rezeki ku untuk niat yang suci ini. kepada pakcik ku yang dikasihi, harap, dengarlah rintihan anak saudara mu ini. please...
tajuk yg dah ada dalam senarai:- Cinta fansuri (cetakan baru yg chanteks), kekasih sam po bo, antologi cerpen azizi hj abdullah (tak ingat tajuknyer), The Malays - A People of Fascinating Divisions. By John Tiffany (utk dihadiahi), dan... nanti kalu dah ingat tajuk nyer akan saya edit... huhuhu

Thursday, April 12, 2007

6709

...akhirnya aku menulis juga ttg 6709. aku mmg tak akan lupakan 6709. kalu nak lupakan orgnyer aku boleh buat, tp, utk lupakan 6709 itself, i refuse to lupakan...
...jika pergi lab, mmg akan cari 6709. dulu2 lagilah excited, tp, skrang dah kurang sket. sbb, penah sekali jer nampak 6709 itu. yang slalu nampak 6702, 8202 dan lain2 nombor. tp, bukan 6709. tp, hari ni nombornya sgt lain, 8503. APAKAH?...
...itulah tandanya banyak perkara yang telah berubah dalam masa empat bulan ini. maka, aku tahu aku mmg kene berubah. membuat perubahan yang drastik. aku mesti lakukan. no refuse2. huh. kalu tak berubah, masa depan akan menjadi mangsanya...
...kepada 6709, awak tahu saya rindu awak. tp, kita sama2 tahu apa yg sedang berlaku ini adalah yg terbaik buat kita. semoga awak akan baik sentiasa. really miss u. muahs...

Wednesday, April 04, 2007

Jadilah orang yang BAIK.

Menatap berita akhbar hari ni menimbulkan seribu kekalutan dalam diri. Sangat takut. Itulah perasaannya. Pelajar UKM nyaris dirogol?!!
Berita yang
baru saya baca ini sangat menakutkan
saya. Saya tak tahu pun perkara yang berlaku itu semalam. Terus saja saya telefon emak. Emak pun belum baca berita itu lagi. Saya menangis kepada emak. "Orang jahat dah masuk kampus. Macam mane ni, mak? Along sangat takut."

Tiba-tiba, hati jadi
sayu teringatkan arwah nenek. Jika dia masih hidup, dia tentu dah telefon saya dan adik saya yang berada di UKM ini. "Jaga diri baik-baik. Jangan jalan sorang2. Ajak kawan2. Atuk risau baca berita ni. Atuk sentiasa doakan cucu2 atuk selamat." Dan, saya perlu jadi kuat sbb saya tidak boleh buat atuk risau. "Tuk, along rindu atuk"
Saya ke pejabat kolej. Akhbar Kosmo! yang menjadi tatapan kebanyakan siswa menjadikan berita itu sebagai berita utama. Dua orang pelajar tahun satu fakulti undang2 itu telah pulang ke rumah keluarga. TRAUMA.
Hati saya tidak berhenti2 menangis. Saya masih meletakkan harapan supaya semua orang akan jadi baik. Jadilah orang yang baik. Orang yang tidak mahu lakukan kejahatan terhadap orang lain. Bagi orang2 yang baik itu, didiklah anak2, saudara mara dan sahabat handai anda semua untuk menjadi baik. Saya memang gusar melihat kelahiran baru sekarang. Jika saya pandang pada anak2 kecil ini, hati saya selalu berkata "Apa saja yang kamu akan buat bila kamu dah besar nanti. Semoga kamu jadi orang yang baik. Tidak perlu jadi orang yang hebat, cukuplah menjadi orang yang baik."
Saya sangat berharap, orang jahat akan semakin pupus. Jika ada cara untuk menjadikan orang-orang jahat ini menjadi baik (dengan kebarangkalian berjaya 100%), saya bersedia melakukannya. Saya pernah terfikir, "Boleh tak basuh hati mereka dengan air zam2?"
Jadilah manusia yang mempunyai sekeping hati yang baik. Wassalam.

Tuesday, March 27, 2007

I AM SORRY

KEPADA AWAK,

Saya tahu saya macam salah perkataan dalam menulis kepada awak. Saya mintak maaf. Saya tahu awak tak marah, tapi awak malas jer nak layan. Saya bukanlah nak salahkan keadaan, but it's just becoz estrogen and progesterone. I'm so sorry. Really2 sorry. Awak, saya tahu saya bukanlah sebaik mana pun, saya tahu awak orang yang baik, lebih baik dari saya. Cume, entry awak (yang ini dan yang sebelum ini), bagi saya, erm.... sudahlah. Yang penting, saya betul2 nak mintak maaf. Saya akan tulis di tempat yang sepatutnya, cume saya kurang fokus sekarang. Saya mintak maaf sekali lagi. Maafkan saya. Semoga awak tahu yang saya betul2 mintak maaf.

Tuesday, March 20, 2007

Salahkah saya berfikir sedemikian?

(telah ditulis di FRIENDSTER, pada 10 Februari, 2007)



Aku dah lama tak menulis. Lebih banyak membaca tulisan orang. Tapi, tiba2 aku byk berfikir. Aku pelajar genetik. Sekarang buat kajian ttg kanak2 cacat. Wpun tak dapat lihat kanak2 itu, kadangkala ada juga yg datang ke lab. Maklumlah, LPPKN bukan hospital. Cume ada klinik merancang keluarga. Sama ada yang nak dptkan zuriat sendiri atau pun yang nak menghadkan bilangan anak. Tempat ini, (dgn ikhlas) telah byk kali buat aku mengenangkan kehidupan sendiri. Semua org perlu tahu yg penyakit genetik tiada ubat. Hanya kaunseling. Tapi, masih ramai yang tak tahu, dan tak nak faham. Ada yg buat2 tak faham dan tak nak terima baby. Aku selalu fikir ttg anak2 yang telah lahir itu. Pengalaman tgk buat test tube baby mmg satu pengalaman yg sgt menarik. Org sanggup buat apa sahaja utk dptkan anak2. Tp, lepas tu? Ada yg rasa ‘penat’ nak jaga pulak.






Minggu lepas, aku berkesempatan pergi seminar “War is Crime” di PWTC. Byk cerita dan gambar yg menggerunkan. Antara yg menarik ialah dunia sekarang telah tercemar, terkontaminasi dengan partikel nuklear. Sejak bom atom dibangunkan oleh US dan dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki, partikel2 nuklear telah memenuhi ruang udara seluruh dunia, termasuk Malaysia. Itu sbb mcm2 penyakit muncul. Mutasi gen yg sgt mendadak dpt dikesan selepas berlakunya perang nuklear. Kemudian, masalah dunia sekarang dengan ramai org kejam. Bush, Blair dan org Israel adalah manusia yg sgt kejam. Mmg byk bukti yg menunjukkan serangan 11/9 itu dirancang. Mereka mmg sanggup bunuh org sendiri. Sgt takut. Dan bila dgr pengakuan ‘Man of the Hood’, lagi sedih. Mengalir air mata. Huh.



Dan, aku kene amik subjek kimia iaitu drug-nutrient interaction. Aku mmg dah lama tak belajar kimia dan tiada asas dlm nutrition atau farmakologi. Oleh itu, kenelah bace buku yg asas ttg2 ilmu ini. Dan, ia menyumbangkan fikiran yg sedang ligat berfikir ini. Kite mmg perlu faham byk perkara sebelum ambil sesuatu ubat. Zaman sekarang, org yg buat ubat ramai yg nak cepat kaya. Sanggup buat apa sahaja untuk cepatkan kajian mereka supaya boleh dijual. Sgt menakutkan bila kesannya sgt lambat diketahui. Dan penderitaan menanggung penyakit adalah cukup takut utk digambarkan. Aku jaga nenek aku 17 hari di ampang puteri. Salah satu sbb nenek aku makin tenat ialah apabila pakar2 tu bagaikan bergaduh dalam pemberian ubat. Mereka dengan suka hatinya melakukan kerja. Tak nak berbincang dengan serius pun. Dah tenat, barulah tgk balik ape yg telah mereka lakukan. Sangat sedih sebenarnya.





Tiba2, satu perkara yg sgt menyayat hati berlaku di Kuala Lumpur. Gambar bayi kene buang kat flat tu, dalam Utusan, sgt sedih. Tak tipu. Betul2 sedih. Mcm tak faham, kan? Boleh tak jgn buang. Bagilah kat orang yg nak jaga. Aku sgt yakin ada org yang baik lagi yang boleh jaga baby. Aku penat fikir. Aku tahu bukan semua org jahat. Masih ada yg baik.





Dan, tiba2 aku buat kesimpulan, aku tak mahu punyai anak sendiri. Aku rasa mcm kasihan kat anak aku. Dia akan hidup di dunia yg telah contaminated, sgt tercemar dgn perkara yang membahaykan. Nak berhadapan dengan perubahan cuaca global lagi. Apa yang kita hadapi sekarang pun sudah teruk rasanya. Cuaca dunia yang melampau. Banjir besar. Kemarau panjang. Dunia menjadi semakin sukar. Dunia yang semakin ramai org jahat dan kejam. Aku rasa aku akan bersalah jika biarkan dia lahir kat dunia ni. Aku tak nak dia penat berfikir mcm mane nak teruskan kehidupan dengan baik. Dan, jika aku terlepas pandang sesuatu, dia mungkin akan terjerumus pd perkara2 yg tak baik. Nauzubillah. Salah ker aku fikir mcm tu? Aku hanya fikir, jika dimurahkan rezeki, aku akan jaga anak2 yang tiada org nak jaga. Mereka yang dilahirkan secara tak sengaja. Tp, utk zuriat sendiri, aku rasa mcm kasihan nak lahirkan. Wpun, mmg fitrah seorang wanita untuk punyai suami yang baik, dan untuk mengandung dan melahirkan anak, tapi, sesungguhnya dunia adalah semakin sukar. Allah Maha Mengetahui. Wasalam.




edited on 270307; Saya telah ditakdirkan mengikuti syarahan umum pemanasan global minggu lepas. Pastinya, dunia semakin panas. Dan pensyarah itu terus menerangkan apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Dunia akan menjadi panas dalam 50 tahun lagi. Lebih panas dari sekarang? MasyaAllah. Apakah yang akan berlaku pada generasi itu? Saya tak sanggup nak membayangkan anak yang saya lahirkan akan menderita kepanasan, atau menderita penyakit disebabkan keadaan sebegitu. Saya bingung. Hati saya memberontak, bertanya soalan yang mungkin saya sendiri pasti jawapannya. "Adakah kebarangkalian dunia menjadi sejuk semula adalah sifar?"


[Saya menulis semula artikel ini di sini hanya dengan tujuan supaya lebih ramai yang akan membacanya. Saya sering berasa gundah gulana melihat kelahiran baru sekarang. Semoga Allah merahmati kita semua. Ameen.]

Friday, March 02, 2007

Bermula di sini

Saya selalu rasa ingin menulis jika saya ingin ramai orang tahu apa yang telah saya tahu. Saya akan cuba menulis dengan konsisten dan dengan baik. Semoga ilmu tuhan yang saya ketahui sedikit sebanyak ini dapat saya kongsikan bersama dengan kamu semua. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...