Friday, July 18, 2014

To my dear friend, Shazana Salleh

To my dear friend, Shazana Salleh.
Kita mungkin tak pernah rapat.
Kita mungkin tak pernah satu dorm. Kita tak pernah satu kelas.
Tapi, dorm aku sebelah dorm kamu. Kita berebut shower yang sama.
Kelas 3J aku sebelah kelas 3F kamu. Kita berebut turun naik tangga yang sama.
Kita membesar, makan nasi lauk dining hall yang sama.
Kita berdiri di tennis court yang sama, untuk nyanyi lagu sekolah yang sama.
Telah tertulis, kamu pergi dijemput Ilahi, mendahului kami semua.
Di bawah langit Ramadhan.
Didoakan untuk kamu, semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas kamu.
Takziah untuk keluarga kawan saya yang seorang ini. Semoga tabah menghadapi kehilangan ini.

*Poem ini telah di post di Facebook saya. 

Saturday, May 24, 2014

Pelaburan untuk Panda

Saya tunjuk "kata-kata keji" yang dilemparkan kepada panda kepada seorang rakan sekerja saya, reaksi dia ialah "Siapa kawan you yang tulis ni? Diorang ni jeles dengan panda tu". 


Kerajaan memang melabur untuk panda tersebut. Ramai orang marah. Kerajaan sudah berkira-kira, mungkin akan dapat untung. Tak semua negara boleh dapat "sewa" panda dari negara China. Malaysia dapat sebab " dah lama kawan".

Kita kena lihat diri sendiri semula. Duit kita, katalah gaji 4k. Apakah bentuk pelaburan yang kita buat. Memanglah semua orang yang melabur berharap akan dapat untung, tiada siapa mahu rugi.

Ada yang melabur beli rumah (banyak-banyak, which  i against it. I am no supporter of pelaburan hartanah). Ada yang melabur beli emas, which is now very-very low price. Ada yang melabur hantar anak belajar semua kelas alat muzik, dengan harapan bahawa anak akan memberi "satu keuntungan". Ada juga "melabur" membeli kotak2 rokok yang kira2nya memberi "ketenangan" jiwa. Ada yang melabur membeli kereta, nanti ramai kawan datang "beramas mesra". Ada yang beli buku mahal-mahal, sanggup makan nasi lauk telur dan kangkung, tapi tak baca pun. Suka je buku tu menjadi hakmilik, ada depan mata.

Pelaburan, semua nak untung. Pelaburan, pasti ada risiko.

Jadi, bila lihat kerajaan, yang kononnya ada duit berbondong-bondong, seolah-olah membuat satu pelaburan yang macam "tak untung", lihatlah semula diri sendiri, adakah kita yang hanya ada duit berkepuk-kepuk, telah membuat semua pelaburan yang 100% untung?

Untung sabut timbul. Untung batu tenggelam.

Yang penting, jangan iri hati.

Dan, sebaik-baik pelaburan, adalah ke jalan Allah.

Sekian.



# Post ini telah dipaparkan di FB terlebih awal.


Wednesday, May 21, 2014

21052014

Another day. Gone. Semakin kurang hari untuk hidup.

I feel not good today. For no reason. I do not know which hormone is increasing right now.

No, i'm not pregnant, yet.

Husband is away. Dia di JB. Seminggu, since last Sunday. Ada kursus katanya. Will be end this Thursday. But, he will sleep at PIL's house on Thursday, pergi kerja on Friday. Baru balik rumah. Semoga selamat semuanya. Keseoranganlah saya. Dah lama juga tak sorang2 macam ni. Ya, kata pepatah, sayang isteri tinggal-tinggalkan.....  Haha.

I am watching Incredible Tales tadi. Ngeri betul. Now, tengok paranormal zone pulak. Takut rasanya tengok sorang2. Dulu, masa belum kahwin tak tengok sangat. Takdelah penakut sangat, tapi takdelah berani sangat. Tapi, lepas ada husband, tengok jugaklah sebab husband nak tengok. Haih, hidup berdua. TV bukan hak mutlak saya lagi.

Oh, last Sunday juga dah tengok Grey's Anatomy episod akhir Season 10. Sandra Oh is leaving the show!. Sob sob. Sedih. Tapi, berdasarkan episod last aritu, macam panjang je lagi cerita ni. Webber ada anak dengan Ellis Grey? Sound exciting, right?

Nak masuk bulan ketujuh kahwin. Ngerilah pulak. Haha.

Nak cerita hari jadi husband? Takpelah. Tapi, perasan sangat husband terharu. Walaupun banyak drama before pergi makan. Sedapnya makan buffet. Nanti boleh makan lagi, ya husband.

Looking forward to have the first puasa and raya together-gether.

Sekian.

Sunday, April 27, 2014

270414

Not-so-famous-selfie

The newest selfie from PM Najib

Saya sedang nonton siaran tentang lawatan Obama ke Malaysia. Dia sedang merasmikan MaGIC. Suka budak-budak bertemu beliau. While, at the same time, downloading the newest episode of Grey's Anatomy. Sandra Oh is leaving the show!

I am writing here. Again. With renewed azam untuk kembali gigih menulis. With the new laptop, thank you to husband, maybe i can achieve cita-cita murni ini. I want to show to him, that i can do this.

1 May nanti, genap 5 bulan saya bersuami. Antara perkara yang saya syukuri ialah, saya ada seseorang yang saya boleh panggil "Husband!". Ia adalah satu nikmat yang perlu disyukuri. Tidak semua orang mendapat nikmat tersebut.

I am not yet pregnant. While my mum is eager to have her first grandchild, setelah mendapat menantu pertama, dan besan pertama, my MIL lebih cool. My MIL, in fact, suruh enjoy waktu berdua-duaan. Pergi jalan-jalan. Haha. Itu juga antara nikmat yang perlu disyukuri, mendapat MIL yang baik hati, not to mention, have a lot of batik collection yang sangat menggiurkan. 

I think, my MIL lupa yang i am not young anymore. I can wait, but not my ovum. One will keep "leaving me" every month without persenyawaan. If only i can keep them in my kitchen's freezer.

Banyak benda berlaku. Banyak lagi yang akan berlaku. Things do happen. Things just happen like that. 

Perlu sentiasa mengingatkan diri matlamat hidup ini. Supaya hidup sekarang ini tidak tersasar. Maka hidup di alam satu lagi tidak akan ada kekesalan. 

Bertabahlah. Bersabarlah. 

Sekian.

Saturday, February 08, 2014

Video Pernikahan & Persandingan




Oh, sudah masuk bulan ketiga saya jadi isteri orang. Penuh drama. Haha. Penuh warna. Tapi, lebih kurang video di atas, penuh sangat gelak ketawa. Haha.

Oh, kenapa lagu korea itu? Semasa videographer tanya nak lagu apa, saya bagi 4 lagu untuk dipilih. salah satu daripadanya lagu ini. Saya rajin juga tengok cerita korea dulu-dulu. Tapi, lagu korea yang ini saya memang suka. Masa sebelum kahwin aritu, saya terdengar lagu ini dalam radio, terus saya senyum. Ya, lagu ini memberi mood gembira. Dan riang. :D

Saya rasa rindu sangat nak menulis. Blogging adalah salah satu cara mengurangkan stress juga. Tapi, istiqamah itu, perlu dipohon pada Maha Pencipta. Kekuatan untuk menjadi kuat, kepada Tuhan kita memohon.

Setakat ini, enjoy the video, ya. Nanti saya tulis lagi. Mungkin backdated post. Mungkin juga tidak.

Sekian.

Friday, December 13, 2013

Hari Gembira, Hari Perkahwinan


1 Disember 2012
Sungai Mati, Ledang, Johor.

Sunday, November 24, 2013

7 days to go!



Wah, exactly 7 hari lagi. Dengan izin Tuhan, pada saat begini, Ahad berikutnya saya akan berada di satu majlis dengan pakaian indah. Pada salah satu hari gembira daripada tiga hari gembira, mengikut Pak Samad. Dua hari gembira yang lain ialah hari berkelah, dan hari bertemu kekasih. You get it correct! It is from the cerpen bertajuk Hari Ini Hari Gembira.

Pada kamu semua yang belum saya jemput, yang mungkin tidak termasuk dalam senarai kawan di Facebook dan Twitter, yang bukan rakan sepejabat saya, atau tidak berada dalam senarai Contact List saya, mungkin belum mendapat jemputan lagi.

Maka, di sini, dengan rasa syukur dan rendah diri, saya menjemput kamu ke majlis tersebut, yang akan berlansung di satu rumah agam itu, di daerah Ledang, Johor. Jemputlah datang pada waktu mana pun pada hari tersebut, kerana majlis akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pagi-Nikah. Petang-Sanding. Malam-Ceramah Agama. 

Harapan saya juga agar dapat didoakan supaya majlis ini berjalan lancar. Sempurna itu hanya milik Tuhan. 

Sekian, terima kasih.


Sunday, October 13, 2013

131013 - T to the D


"so many things happened, a lot of drama, drama queen they are, so do i, i am a lazy blogger, lame excuses, bla bla bla"

T to the D

Hidup di sini bukan abadi.
Tempat ini tempat persinggahan untuk mencari bekalan.
Hal di sini semuanya dinamakan hal-hal duniawi.

We are all connected.
To all the livings.
To all the things.
To all the small acts.
To all the single steps.
We are never alone.
We always be a stranger to another stranger.
Strangely, that is one way to be connected.

Apakah yang perlu dalam hidup?
Barakah.
(do you know, ini adalah asal perkataan untuk Barack dalam nama "Barack H. Obama"?)

I don't love you, but i always will.
I always want to hate you, but i don't.
Satu perasaan yang tidak terluah.

131013
Serdang, Selangor.

Friday, May 24, 2013

Full Moon Baby Jason

Ini adalah kali pertama saya dijemput ke majlis Baby Full Moon. Mestilah saya excited!


Saya diberitahu, orang Cina akan buat majlis full moon setelah genap usia anak mereka satu bulan. Cindy, kawan saya di pejabat telah melahirkan bayi lelaki comel, baby Jason pada bulan April yang lalu. Jadi, kami semua dijemput ke majlis full moon ini yang diadakan di Bukit Jalil Golf Club. 

Hot Mama Cindy!

 Telur tradisi, warna pink!

Sampai saja, terus makan buffet.

Tiada upacara rasmi dijalankan. Hanya memperkenalkan baby Jason dari meja ke meja. Semua kaum keluarga sangat gembira, lebih-lebih lagi atok-atok dan nenek-nenek. Saya difahamkan baby Jason adalah cucu pertama both side Cindy dan husband.

Bersama bos kacak.(yes, i look really really fat in that blouse T_T)

Pergi bersama adik saya yang juga jurugambar saya malam itu.

Terima kasih Cindy dan keluarga kerana menjemput saya. Tahniah sekali lagi atas kelahiran ini. :)

Wednesday, May 22, 2013

Mei 2013

Bulan penuh warna-warni.

Belum pun tamat bulan ini, tapi terlalu banyak perkara yang telah berlaku.Terlalu pantas semuanya. Dan, dengan izin Allah, semuanya berjalan lancar.

Saya baru dapat komputer riba, pinjaman dari adik saya. Maka, bolehlah saya lepas gian menulis di sini. Saya sayang tempat ini.

Saya tahu saya perlu menulis tentang pilihanraya. Lebih-lebih lagi pakcik saya antara menjadi tumpuan dalam pilihanraya kali ini. Saya banyak juga menulis di FB dan Twitter. Apa yang penting, ketakutan orang ramai akan berlakunya huru-hara telah terpadam. Saya pun takut. Siapa-siapa pun kalah, ia bukan berakhirnya sebuah kehidupan. Kita semua masih hamba Allah. Perlu solat lima waktu, perlu puasa dan zakat.

Dan, 12 Mei 2013, telah menyaksikan saya sah bergelar tunangan orang. Setelah banyak drama berlaku, akhirnya majlis telah berjalan tanpa banyak ragam. Saya akan muat naik beberapa gambar di post yang lain nanti. Menjadi tunangan orang, ramai sangat yang berpesan supaya berjaga-jaga. Darah sangat manisss, kata mereka.

Kemudian, sambung lagi cerita politik tanah air. MB/KM dilantik. Seterusnya, menteri-menteri kabinet. Saya masih di opis ketika pengumuman dibuat. Terus ada orang komen tentang barisan itu."Saya tak percaya "dia" masih pegang kementerian pendidikan. Ragu-ragu nak hantar anak ke sekolah.". "Bestlah KJ jadi menteri KBS. Kita percaya kat dia". Wow, dua ulasan ini saya tidak percaya datang dari opismet saya.

Minggu lepas ada dua event. Satu Full Moon Celebration. Satu lagi majlis housewarming. Nanti saya cerita entri lain.

Hujung minggu ini ada kenduri kat rumah paklong, tapi saya tak dapat balik pula. Saya kerja on Saturday. Dan, paklong pula buat majlis lepas Subuh. Majlis aqiqah dan khatam Quran cucu-cucunya. Sedihlah tak dapat balik.

Dan, minggu depan juga saya ada satu presentation yang perlu dilakukan. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Amin.

Selamat bulan Mei, rakan-rakan. Semoga maju jaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...