Saturday, June 19, 2010

Cawan Dunia

Saya bukanlah orang yang layak mahu berbicara tentang hal ini. Tetapi, kerana ada yang mahu saya tulis tentang hal ini berdasarkan coretan entri sebelum ini, maka saya berusaha tulis. Huhu. Jangan gelak.

Terma "Cawan Dunia" ini saya jumpa di blog enchek Faisal Tehrani. Tak dapat "tangkap" lagi? It is direct translation from World Cup. :p

Permainan bola sepak ini memang sudah sangat terkenal sejak bila ntah. Saya mula mengenali adanya hal Cawan Dunia ini ketika saya di sekolah menengah. Pada satu malam, ada sekumpulan kakak2 senior mahu stay up kerana mahu nonton bola. Malah, ada antara mereka mengecat muka mereka dengan warna putih dan hijau. Saya tidak pasti warna negara mana yang mereka cat itu. Tapi, memang mereka bising malam itu. Naseblah warden malam itu sporting.

Sebagai perempuan, saya tidaklah terlalu mengikuti perkembangan permainan bola sepak. Sekali sekala ada juga saya nonton. Kenal juga saya beberapa pemain tempatan mahupun antarabangsa terutama yang kacak. Abah saya juga tidaklah sangat nonton. Cuma adek lelaki saya saja yang nonton those EPL games. 

Satu perkara ketika saya nonton bola sepak ialah saya pasti akan gelak besar apabila melihat gelagat goalkeeper. Saya sebenarnya adalah merasa kasehan melihat goalkeeper. Walaupun mereka adalah satu2nya pemain yang boleh menyentuh bola dengan tangan, tetapi cara mereka bermain adalah ekstrem. Mereka perlu menjatuhkan badan sendiri untuk menangkap bola. Saket sungguh. Terjatuh pun saket. Jadi, jika jatuhkan badan sendiri berulang2 kali, bukankah saket dan saket dan saket lagi? 

Saya juga merasakan bahwa penjaga gol adalah pekerjaan yang sangat mempunyai kadar rembesan andrenalin yang tinggi. Menjadi penonton pun sudah berdebar2 jika melihat bola itu sudah menghampiri gawang, apatah lagi si penjaga gol. Lagi2 pula jika sepakan penalti. Saya kira di situlah rembesan adrenalin tahap tinggi. Adalah berdebar2, ok?

Cawan Dunia menghimpunkan kumpulan pasukan bola sepak terbaik di dunia. Saya kira ia telah menambahkan maklumat geografi saya kerana tahun ini saya telah mengenali dan mengetahui lokasi negara2 ini, antaranya Algeria dan Slovenia. Cawan Dunia nampaknya telah dapat menemukan pasukan2 dari negara2 maju dan negara2 yang tidak maju. Huhu. Bukankah ia satu bentuk kesatuan?

Tahun ini, setakat ini, perlawanan adalah banyak yang mengejutkan. Saya tengok seratus ribu kali rakaman gol Amerika ketika menentang England. Hahahahahaha. Poor the goalie, kan? Hahahahahaha. 

Saya sangat suka video clip rasmi Waka Waka (This Time for Africa). Shakira sangat chanteks dalam video itu. Like, glowing. Ya, lagu itu juga sangat girang. :)

Mahu teka sapa menang? Saya rasa Argentina dan Uruguay  akan ke finale tahun ini.

Sekian. :P

Tuesday, June 15, 2010

Mahu Menulis

Kamu semua perlu tahu yang saya benar2 mahu menulis. Saya sangat mahu menulis pada hujung minggu yang lalu. Tetapi, setelah mengadap laptop dan BukuMuka itu, tiba2 seorang rakan lama yang dirindui telah menyapa, lantas berboraklah kami di alam maya.

Saya benar2 mahu menulis tentang limpahan minyak di Teluk Mexico itu. Ya, sangat malapetaka. Tapi, saya semakin sedih kerana perkembangannya adalah sangat negatif.

Saya mahu menulis tentang kawan saya di opis. Kawan yang saya jarang2 jumpa sepertinya. Sebenarnya, tidak pernah saya jumpa rakan sepertinya, yang saya kira satu pengalaman baru buat saya. Tapi, sukar pula saya mahu menyusun kata2. Haha.

Juga, tentang bola sepak dan Cawan Dunia yang sedang berlansung sekarang. Tentang kekaguman saya terhadap penjaga gol. Tentang satu pendapat kelakar dan peliks, mengapa mahu direbut bola bulat yang satu it. Haha. Kelakar, kan pendapat itu?

Saya juga mahu menulis tentang kematian dan kehidupan. Tentang rakan2 yang saya kenal tidak terlalu rapat, sedang bersedih menghadapi kematian orang2 yang mereka sayangi. Ia akan membuatkan kita bersyukur dan lebih menghargai orang di sekeliling kita. Owh, dalam perjalanan pulang tadi, saya ternampak van jenazah yang kemudian bersama2 saya hampir 1 km. Berdebar juga rasanya. Tidaklah sama perasaannya bila nampak van jenazah dengan ambulans yang mengeluaran bunyi itu.

Tiba2, saya rasa saya mahu menulis pengalaman saya tentang bekerja sehingga jam 3 pagi. Gigih sungguh saya bekerja, bukan? Haha. Bukan saya seorang yang gigih. Ramai lagi yang lebih gigih dari saya.

Saya juga mahu mencoret sesuatu tentang kerinduan kawan saya yang seorang itu. Tentang rindu sebenarnya. Kerana pada hujung minggu yang lalu, sepertinya ramai orang merasa peraasan yang sama. Juga tentang tekanan yang di alami pada kehidupan sekarang yang menyebabkan kita merasa kehidupan lampau itu terlalu indah.

Namun, saya gagal. Saya hanya mampu menyenaraikan tajuk2 di atas sahaja dan ditulis untuk satu entri ini.

Mungkin kamu2 boleh bantu saya memilih salah satu tajuk, yang kamu ingin saya cerita kepada kamu di sini.

Ya, saya tahu saya perlu menamatkan penulisan sarjana yang satu itu. Saya perlu cari titik noktahnya. Tuhan, berilah aku kekuatan hingga ke noktah terakhir itu. Ameen.

Sekian.

Tuesday, June 08, 2010

Suka

Saya suka awak, tapi tak semestinya awak suka saya.

Dalam bermasyarakat, kita tidak boleh lari daripada perasaan suka dan tidak suka akan seseorang. Boleh saja, mula2 suka, lama2 kenal tak suka. Boleh juga mula2 tak suka, lepas dua hari kenal jadi suka pula.

Sepanjang hidup yang telah diberikan Tuhan ini, saya juga tidak boleh lari daripada perasaan ini. Saya tidak suka kepada orang yang berbuat jahat. Saya suka kepada orang yang berbuat baik.

Saya pernah tidak disukai orang secara tidak tentu hala. Tidak disukai hanya kerana saya anak cikgu di sekolah tempat saya belajar. Saya tidak disukai selepas mendapat nombor satu di kelas walhal saya budak baru di situ. Ketika itu, saya rasa tidak perlulah saya dapat nombor satu pun, janji saya boleh dapat kawan saya semula. Sedih betul saya ketika itu. Saya sanggup dapat nombor dua pun. Nombor tiga pun tidak mengapa.

Saya juga pernah tidak disukai hanya kerana saya anak saudara seorang menteri. Saya tak buat apa2 pun kepada orang itu. Tapi, bila dia tahu saya anak sedara pakngah, terus orang itu tidak suka saya. Saya rasa ia tidak logik akal sungguh. Saya rasa pakcik saya tidak pernah buat onar kepada dia. Saya juga tidak pernah berbuat apa2 kepada dia. Tapi, itulah manusia, boleh sahaja tidak suka tiba2.

Saya juga pernah tidak disukai kerana saya budak sarjana. Walhal, saya tidak berbuat apa2 pun. Walhal, perkara sarajana saya iu, tidak ada kena mengena dengan dia pun. Bukannya, saya budak sarjana, dia tidak boleh jadi budak sarjana juga. Pelik betul.

Suka atau tidak suka seseorang kepada kita adalah hak mereka. Kita hanya pelu menjadi baik. Berdoa supaya Tuhan menghiasi diri kita dengan sifat mahmudah iaitu sifat2 yang baik, dan menjauhkan diri kita daripada sifat2 mazmumah iaitu sifat2 yang tidak baik. Maka, kebarangkalian orang akan senang dengan kita akan menjadi lebih tinggi.

Perasaan tidak suka seseorang kepada kebahagian dan kesenangan orang lain adalah hadir bersama perasaan dengki dan busuk hati. Manusia sebegini sangat amat cenderung untuk memikirkan apa yang orang lain ada, tanpa melihat apa yang Tuhan telah kurniakan kepada mereka. Sepertinya, Tuhan tidak memberi apa2 kepada dia. Mereka ini akan lalai dan tidak bersyukur malah merasa Tuhan telah tidak adil kepada dia.

Sebelum pulang tadi, bos telah panggil saya dan berbicara tentang suka ini. Itu sebab saya tulis perkara ini. Saya hanya senyum saja dan terus berlalu pulang. Bos is always right, kan? Huhu.

Kita sebagai manusia tidak akan pernah dapat membuat semua orang suka pada kita. Pasti ada satu orang yang tidak suka pada kita dengan tiba2. 

Sekian. Havva good day, people.

Sunday, June 06, 2010

Rachel Corrie & Ariel Sharon

Mahu tulis supaya ingat.

Setelah mengetahui kapal MV Rachel Corrie itu diberi nama sempena nama seseorang, saya telah google. Maka, tahulah saya hebatnya Rachel itu. http://en.wikipedia.org/wiki/Rachel_Corrie

Rachel seorang gadis dari Amerika. Bila masuk universiti, Rachel terlibat dalam kegiatan sukarelawan. Dia suka buat kerja2 sebegitu. Dia ambil cuti setahun untuk ke Palestin. Di sana, dia telah bertindak menjadi human shield, kerana bulldozer Israel mahu memusnahkan rumah seorang ahli farmasi Palestin. Rachel mari dilanggar bulldozer. Israel kata, bulldozernya tidak nampak atau dengar Rachel ada di situ. Rachel mati pada umur 23 tahun.

Sedih betul cerita Rachel. http://www.rachelcorrie.org/

Kemudian, saya google pula tentang Ariel Sharon. Seingat saya, dia adalah pemimpin Israel sezaman dengan pemerintahan Bush. Tahu sajalah kesialan mereka jika sudah bersekongkol. Setahu saya, dia sedang koma akibat pendarahan dalam otak. Saya cuma ingin pastikan koma lagi atau sudah matikah dia. Wikipedia tulis dia masih koma. Sudah hampir 5 tahun dia koma. Ususnya juga sudah tiada. Dalam kepala saya, Ariel ini berperut buncit ke depan. Tapi, wikipedia tulis, berat Ariel sekarang sekitar 50 kg.

Ariel lebih ringan daripada saya sekarang. Huh. http://en.wikipedia.org/wiki/Ariel_Sharon

Sekian.

Thursday, June 03, 2010

Perang dengan Israel

Saya mulakan entri ini dengan ucapan maaf kerana ketika orang lain sibuk mengutuk serangan Israel, saya telah mengepos video YouTube pula. Bukan apa, sudah terlalu lama saya mencari lagu itu, maka riang di hati tidak tertahan-tahan lagi.

Ketika mengetahui konvoi LifeLine4Gaza ini, saya sangat kagum. Melihatkan khabar bahawa penduduk Palestin juga seperti menunggu2 kedatangan penduduk dunia, saya rasa syahdu. Mereka menyiapkan pelabuhan yang telah lama ditinggalkan supaya kapal2 itu dapat berlabuh.

Namun, hadis di bawah ini sentiasa terngiang-ngiang di kotak fikiran saya;

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya; 'Wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya.' kecuali pokok Gharqad (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi" - dari Abu Hurairah, diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim & al-Tirmidzi.

Dan, apabila kapal itu diserang, saya juga ternanti2 khabar rakyat Malaysia, terutamanya nasib dua orang wartawan itu.

"Yang pergi itu wartawan. Kalu yang pergi itu askar, haruslah perang", bisik hati saya.

Namun, seperti kata wartawan dari yang dua orang itu, kejadian ini akan membuka mata dunia terhadap kekejaman Israel dan penderitaan Palestin selama ini.

Perang itu pasti, kerana ada dalam hadis. Maka, apakah ini titik permulaannya? Maka, apakah ini satu lagi tanda? Maka? -soalan2 di benak fikiran saya-

Al-Fatihah buat yang terkorban di kapal pertama itu. Sekian.

Wednesday, June 02, 2010

Sobhan Allah

Telah lama saya cari lagu ini. Saya rasa suka lagu ini bila kali pertama saya dengar di radio. Kemudian, DJ radio tersebut akan mainkan setiap jam2 hari Jumaat. Saya akan pastikan saya dengar radio saat itu. Ketika itu, saya tidak jumpa lagi tajuk dan penyanyi lagu ini. Pernah saya bersungguh2 mencari, seharian saya cari. Saya telah rekodkan lagu ini di telefon saya dari radio. Kemudian, saya perdengarkan kepada sepupu saya yang pernah belajar Arab, juga tidak dapat dia kenali. Saya beri mesej di FB DJ radio, juga tidak dapat dia pastikan yang mana satu lagu yang saya cari. Saya kira sudah hampir setahun saya mencari. Akhirnya... Selamat mendengar, rakan2. :)


Sobhan Allah oleh Tamer Hosny

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
رضيت بالله ربا ورضيت بالاسلام دين
ومحمد صلى الله عليه وسلم
نبيا ورسولا
حبيب الله
واشرف المرسلين
اللهم اني لك صمت وعلى رزقك افطرت وبك امنت
وعليك توكلت ذهب الضمئ وابتلت العروق وثبت الاجر باذن الله

Sunday, May 23, 2010

Grey's Anatomy Season 6

GA adalah siri yang saya ikuti sejak episod pertama season 1 lagi. Saya akan download setiap mingu pada hari sabtu dan akan nonton pada waktu breakfast hari ahad keesokkan harinya. Dan, pagi tadi saya telah nonton season 6 finale.

Sedih sungguh. Sudahlah 2 episod, lebih kurang 45 min setiap satu. Nangis saya di pagi hari.

Season 6 ini, dalam kebanyakkan episodnya, pada saya kurang seronok sudah. Saya sudah rasa kurang excitement untuk nonton. Banyak sangat adegan2 "peliks". Dulu2, setiap episod, saya akan nonton ulang2, sampai sudah hafal skripnya. Tapi, season finale ini, waduh, telah mengembalikan excitement itu.





Tahniah kepada Shonda sebagai penulis skripnya. Saya baca blog tentang penulis skrip cerita ini. Shonda mula2 nak tulis, Bailey yang kene tembak. Lepas tulis skrip begitu, dia tak boleh tidur malam. Huhu. Lantas, dia tukar skrip. Ya, saya pun rasa saya tidak akan tidur malam kalu Bailey yang kena tembak.

Tapi, memang penuh emosi episod finale ini. Dalam website ini, ditulis, "The emotional impact of the season finale will be felt for months". Ia adalah amat tepat sekali. Setiap kali ulang nonton, pasti nangis lagi.

Tapi, saya rasa, lagu latar pilihan sudah semakin tak best. Dulu2, lagu2 pilihan mereka adalah seperti berhantu. Terus saya download, terus carik liriks. Terus nyanyi. Tapi, sekarang dah kurang best. Tak nak tahu pun lagu apa.

Qoute pilihan saya adalah by Alex. "Iz... I'm sorry. Dont go. We got married. Please dont go. You came back for me, Iz. Dont ever leave me again. Were always gonna be together, ok?"

Owh, saya nangis nonton part ini. Saya memang suka Izzie. Alex pula buat saya ingat budak gagah tapi nakkal yang seorang itu. Owh. Kenapalah watak Izzie begitu? Sedih sungguh.

Terima kasih kepada semua pasukan produksi dan pelakon kerana telah menghangatkan kembal cerita ini. Jumpa lagi di season seterusnya.

Wednesday, May 19, 2010

Kepiluan Hati

Saya ada banyak perkara yang ingin dicoretkan di blog ini. Sambungan cerita di Majlis Maulud. Tentang satu hari yang penuh ranjau. Tentang "accelerated". Tapi, saya telah memilih untuk menulis tentang kepiluan hati yang satu ini.

Ketika mahu mula menulis pun, hati saya sudah meronta2 mahu mengeluarkan air mata.

Saya benar2 tidak faham, mengapa dia orangnya. Sehingga kini saya masih berharap bahawa bukan dia orangnya yang telah memperlakukan hati saya sebegini pilu. Terlalu perit derita yang perlu saya tanggung ini. Saya kira ia lebih pedih dari berpisah dari cinta sesaat saya sezaman lalu. Apa yang telah saya lakukan sehingga dia telah berubah cara terhadap saya. Saya benar2 ragu.

Kerana, saya telah anggap dia sebagai satu orang yang rapat. 4 tahun bukan terlalu lama, tetapi tidaklah terlampau sekejap. Telah berapa masa diambil hanya untuk bergelak tawa. Adakah saya ini benar2 perlu dianggap sebegitu luar? Setelah segala2nya berlaku?

Jika tidak mahu menganggap saya sebagai keluarga, anggaplah saya sebagai taulan muda, yang perlu dibimbing, ditatih. Tidak perlu menghiris luka terlalu pilu di hati sebegini.

Saya amat menyanjungi kamu yang seorang itu. Tapi, selepas ini, apakah yang harus saya lakukan? Saya benar2 pilu. Adakah perlu saya melupakan segala2nya, dan hanya mengingati kisah pilu yang satu ini? Adakah riang 4 tahun itu telah hilang hanya kerana sekeping surat? Adakah sekeping kad dalam simpanan itu telah tidak membawa suka, malah menambah derita? Adakah?

Saya kini hanya telah amat berharap bahawa semua kisah semalam adalah mimpi yang panjang. Berharap bahawa bukan dia orangnya yang telah menyebabkan hati saya sebegini pilu. Bahawa bukan sebab-musabab itu yang telah dia canangkan untuk menjadikan saya sangat ragu.

Namun, apakan daya. Saya tahu semua itu benar. Bahawa dia telah semuanya. Maka, saya ini harus memujuk hati ini dengan sebenar2nya, supaya dapat melukis satu garis yang panjang tebal agar ia nampak terang jelas.

Saya tidak mampu untuk menulis lagi, lantaran terlalu banyak air mata untuk diseka. Terlalu.

Ya, saya terlalu pilu.

Wednesday, May 12, 2010

Maulud Nabi 2010

Saya menulis supaya saya boleh mengingati kembali. Kerana, sudah ada episod dalam hidup yang telah saya lupa. Saya telah lupa ayat2 dalam drama "Dia itu hampir-hampir menjadi menantu saya". Sepupu saya yang menjadi pelakon wanita utama dalam drama itu juga telah lupa skripnya. Haha.

Ok, citer majlis maulud nabi 2010.

Majlis maulud tahun ini adalah majlis yang besar. Ini kerana ia ditambah dengan majlis doa selamat untuk mak usu sekeluarga yang akan berangkat menunaikan umrah. Juga majlis kenduri gaji pertama untuk saya, adek saya dan sepupu2 saya yang baru mula bekerja. Dan lagi, kenduri aqiqah anak sepupu saya yang dilahirkan bulan lalu.  Ya, empat hajat dalam satu kenduri.

Aturcara tidaklah begitu panjang. Dimulakan jam 9 dengan ketibaan 250 orang jemputan. Bacaan yassin, tahlil dan doa selamat. Bacaan berzanji, rawi 1 dan 3. Majlis berzanji terhenti sebentar dengan ketibaan ustaz penceramah. Kadi Ledang itu ada kekangan masa, lantas menyampaikan hajat untuk memberi ceramahnya terlebih dahulu. Tiada halangan bagi kami pihak tuan rumah juga para jemputan. Selesai ceramah, majlis bacaan rawi 4 juga marhaban dijalankan sebelum doa penutup.

Menu juga agak mewah. Beriyani kambing. Kambing itu adalah sembelihan aqiqah bayi yang diberi nama Muhammad Amir Hamzah. Lagi lauk: ayam masak merah, pencor, dalca, sambal udang, kuih bakar, kuih dangai, buah oren dan air oren.  Untuk bawa pulang, kuih bahulu besar dan telur asin. Enak semuanya. Alhamdulillah. 

Setelah kenyang dan penat, keuarga kami menyambung aktiviti keluarga pula. Selari dengan cadangan kadi Kluang pada Hari Keluarga 2010 di Pulau Sibu yang lalu, ceramah ringkas tentang pengurusan jenazah pula dijalankan oleh seorang pengetua sebuah sekolah agama. Terlupa pula saya siapakah nama ustaz dan sekolahnya. Tapi, ustaz ini pernah memberikan tazkirah ringkas pada majlis tadarus al quran bula ramadhan tahun lepas. Suka ustaz ini. Kursus ini dijalankan untuk menyegarkan semula ingatan tentang ilmu pengurusan jenazah ini. Kerana, mengikut ustaz, sebaik2nya ahli keluarga sendiri yang sepatutnya menguruskan jenazah keluarga masing2. Jadi, perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan jenazah. Kali ini, buat yang ringkas itu, sementelah dapat mengumpulkan ahli keluarga. Pasti akan ada kursus komprehensif lanjutan dari kursus ringkas ini. :)

Dan menu petang ialah roti jala dengan lauk pauk beriyani tadi. Owh, mak saya keluarkan agar2 nescafe yang dibuatnya. :)

Malam, kami bersantai2, menonton video beberapa program yang lepas. Berkumpul dengan keluarga, tiada yang berduka. :)

Esok paginya, menu sarapn pagi ialah mee bandung special. Apa yang istimewa? Kami tidak menggunakan mee kuning tetapi digantikan dengan spaghetti. Huhu. Memang ada perut yang kureng sikit untuk menerima mee kuning. Mak uda saya masak pagi2. Sedap, penuh dengan rencah udang segar. Saya makan 2 mangkuk. Huhu. 

Saya pulang ke Kuala Lumpur selepas Zohor bersama adek saya. 

Terima kasih Allah atas rezeki dan nikmat ini. :)

p/s: gambar sedikit lewat ye. 

Tuesday, May 04, 2010

Eyjafjallajokull

Dari sini.

Mahu menulis tentang si dia ini kerana hari ini terdengar berita tentang dia lagi di radio. Tapi, musykil tiada cerita si dia ini di dalam surat khabar atas talian (online). Mengapakah?

Si dia ini, sejak kebelakangan ini sering disebut2. Walau betul, walau salah, ia tetap disebut. Mula2, saya hanya terdengar2 sahaja tentang cerita si dia ini, tapi pada satu hari saya telah menonton berita tentangnya.

Saya menjadi kagum. Menjadi terlalu kagum. Lantas saya terus mahu mengenali si dia ini. Yalah, tak kenal maka tak cinta, kan?

Petama-tamanya, haruslah perlu mengetahui cara menyebut nama si dia ini dengan betul. Lalu berjumpa dengan website di bawah ini. Rupa2nya, hampir seantero dunia tidak tahu bagaimana ingin menyebut nama si dia ini. Orang yang tahu bercakap bahasa Icelandic ini hanya beberapa ribu orang sahaja.




Saya terus mencari maklumat tentang si dia ini. Gambar2 yang di rakamkan semakin menakjubkan.

Cerita tentang si dia ini kemudian tertulis di media2 cetak. Tentang rakyat Malaysia yang tertindas. Yalah, menunggu sesuatu yang tidak pasti. Dan, rupa2nya, mereka di sana amat panik kerana ada cerita2 yang kurang sedap didengar, lantas ramai yang mencari jalan melarikan diri tidak kira dengan apa cara sekalipun. Dengar cerita, kerana si dia ini aktif, ia akan menjadikan kawannya di sebelah, Katla akan aktif. Dan, kawannya di sebelah itu adalah lebih besar daripada dia. Maka, haruslah debu2 itu akan lebih jauh, berkilo2meter lagi di ruang udara.

Bayangan kiamat juga ternampak dengan letusan si dia ini. Saya baru tahu adanya volcano di bawah glacier. Glacier yang berada di atas si dia ini adalah ice tip sahaja. Maksudnya, glacier yang kecil sahaja. Jadi, jika volcano yang lebih besar itu meletus? 

Hari ini, saya dengar berita tadi, si dia ini masih aktif, mengeluarkan debu2 hitam. Beberapa laluan udara ditutup, tetapi tidaklah segamat beberapa minggu yang lalu. Agak2nya meletuskah kawan si dia ini dalam masa terdekat ini?

Tiba2 saya rasa macam nak pegi Iceland.

Sekian. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...