Tuesday, November 10, 2009

Roti Canai Segera

Terasa mahu buat entri tentang makanan. Hehe.

Banyak produk roti canai segera di luar sana. Tetapi, yang benar2 memikat hati saya dan keluarga saya ialah jenama Kawan ini. Saya pernah makan roti canai ini seharian dari pagi sampai petang akibat dilanda kemalasan mahu ke cafe. Entah berapa keping yang saya makan. Saya pun dah hilang kiraan. Sangat lazat dimakan bersama sardin dan/ atau tuna pedassss.

Memasak roti canai segera jenama ini cukup mudah. Hanya memerlukan haba. Hehe. Teksturnya yang sangat nipis, tidak memerlukan minyak walau setitis. Cuma perlukan api yang perlahan. Kemudian, tunggu sehingga warna kekuningan. Semasa saya di Bangi dulu, saya ada multicooker kepunyaan adek. Hanya letakkan sekeping roti canai segera ini dan biar pada takat medium saja. Bila dah bau macam sedap2, bermakna dah masaklah tu. Balikkan bahagian sebelah dan tunggu sehingga bau sedap lagi. Hehe. Dan, sekarang adek pakai multicooker itu, tanpa dibasuh berbulan2. Haruslah multicooker itu diguna untuk roti canai segera cap Kawan ini sahaja. Hehe. Ia sangat rangup dan tidak berminyak sama sekali. Maka, sangat sehat. Hehe.

Kami memang sangat sukakan roti canai segera ini. Pernah kami beli jenama lain, tapi tidak setanding dengan jenama ini. Owh, perlu diingat, sila beli yang tertulis "Roti Paratha". Ada juga roti yang lain2, tapi tak sedap walaupun cap Kawan. Dijual 5 keping atau 20 keping dalam satu bungkusan.

Saya tahu, saya merasa rindu. :(

Sekian.

Saturday, November 07, 2009

Kerja Sukarelawan

Sejak bulan Ramadan yang lalu, saya telah membuat kerja sukarelawan di HKL. Kerja sukarelawan, takrif ringkasnya ialah kerja tanpa mengharapkan gaji atau apa2 bayaran.

Tapi, kerja yang saya buat bukanlah yang selalu ditawarkan. Saya telah membantu menyusun kromosom. :)

HKL telah mempunyai banyak sangat kes yang perlu diselesaikan. Tidak termampu oleh staf mereka untuk membuatnya. Ada lebih kurang 2000 kes yang masih belum dianalisis termasuk beratus2 kes tahun 2008. Bayangkan, anda antar sampel darah, setahun lepas tu baru dapat keputusan. Huh! Maka, pihak HKL telah menawarkan 2 staf LPPKN untuk melakukan kerja lebih masa. Namun, hanya seorang saja yang telah pergi, Kak Nor.

Saya baik jer dengan kakak yang seorang ini di LPPKN. Dengan pengalaman yang banyak, dia telah membantu saya dalam menjalankan kerja makmal saya.

Setelah saya ditawarkan bekerja dengan Dr. Wong, saya tahu saya perlu mempersiapkan diri. Saya sedar saya masih lemah dalam bidang pengkariotipan (karyotyping); iaitu susun2 kromosom. Jadi, saya telah memohon kepada ketua unit makmal genetik HKL untuk membantu menyiapkan kerja2 pengkariotipan kromosom itu.



"Boleh je. Tapi, awak pegawai sains ker apa?" "Eh, tak Dr. Saya pelajar lagi." "Habis tu, macam mana nak bayar?" "Eh, takpe Dr." "Oooh, awak nak buat kerja sukarelawan, saya lagilah suka. Jangan awak rosakkan mesin saya sudah." "Ahaha. Takdelah, Dr. Terima kasih Dr."

Benarlah kata orang, melakukan kerja sukarelawan memang akan memberikan kepuasan kepada diri sendiri. Jika hidup seperti tidak tenang walaupun sudah melakukan segala suruhan Tuhan, banyakkanlah melakukan kerja2 sukarelawan. Saya memang telah merasakannya. Hujung minggu saya menjadi amat2 bermakna, lebih2 lagi bila mendapat satu kes abnormal di awal2 minggu saya bermula. Kes t(1;12).

Selagi saya tinggal depan HKL ini, saya akan pergi berjalan kaki dengan bersungguh2 ke sana. Pernah saya pergi jam 10 pagi, pulang jam 10 malam. Haha. Makan pun dalam screening room. That day, kak Nor datang lambat, bawak juadah KFC untuk kami lunch bersama2. Buat kerja susun kromosom ini macam main game. Addicted dan tak rasa penat pun. Tegak jer kepala mengadap komputer.

Entri ini telah akan menjawab status2 saya di FB/ Twitter yang sering tertulis "ke HKL' setiap hujung minggu.

Sekian.

Thursday, November 05, 2009

Plan Selepas Ini

Semalam pegi HKL. 2 kali, pagi dan petang. Pagi jumpa pathologist, petang jumpa pediatrician. Tapi, pelik, sebab dua2 tanya soalan yang sama.

Apa plan you lepas ni?

Saya jumpa mereka untuk berbincang hal tesis saya. Pathologist itu sangat dikenali ramai dalam bidang medical genetics di Malaysia ini. She is actually a consultant cytogeneticist. Dia kenal Dr. Wong, boss-to-be saya. Jadi, saya jawab, "Erm, keje dengan Dr. Wong lah, Dr." "Berapa dia offer awak?" "Oh, tak banyak sangat. Tapi, dah janji dengan dia, kan. Lagipun, kesian dia." Kesian Doktor Wong sebab dia dah lama sangat carik orang untuk setup cyto lab dia. Almost 2 years.

Jumpa pediatrician sbb kes abnormal saya yang dari Hospital Temerloh itu sudah dirujuk ke HKL. Doktor yang seorang ini adalah sangat baik. Dia adalah Pakar Kanak-kanak atau Pakar Pediatrik pengkhususan dalam bidang genetik metabolik. Kat jadual klinik dia tulis klinik IEM. A clinical geneticist, she is. Pada dia, saya menjawab, "Erm, ada private lab offer saya kerja". "Haiyo, kenapa masuk private, masuklah gov, kerajaan tak cukup orang."

Macam mana?

Saya berkira2 untuk tunggu Makmal Genetik HKL itu pindah. Pathologist tu cakap within 2 years ni. Mereka kena pindah sebab HKL dah sesak sangat. Cerita2 yang saya dengar, sama ada pindah ke Hospital Sg. Buloh, Hospital Serdang, atau pun menyewa sahaja mana2 bangunan di kota Kuala Lumpur ni. Saya cadangkan mereka sewa KLCC. Huhu.

OK, kita tunggu.

Tuesday, November 03, 2009

The Worst Ulcer I've Ever Had

Ini bukan pertama kali kena ulcer. Bukanlah selalu, tapi setahun tu adalah beberapa kali. Mak cakap, ikut keturunan abah, selalu sangat kena ulcer. Haha. Abah memang selalu kena. Jadi, kalu saya kurang minum air, akan adalah ulcer, kecil atau besar.


Selalu kena kat dinding pipi atau kat bibir, kan? But not this time. Ulcer saya telah muncul di soft tissue of my right rahang. Ya, rahang! Saya telah berjaya, mengambil gambar dengan mesin perakam gambar. Ia di rahang dan ia besar dan ia amat dalam dan ia seperti kawah gunung berapi dan ia adalah amat sakit!

Oh, people. I feel like dying.

I cannot open my mouth. Apatah lagi nak bercakap. Nak mengunyah pun gagal. Dah dua hari minum sup sahaja. Seriously!

Semalam, nak pegi jumpa supervisor, the night before tu, saya telah simbah kawasan itu dengan garam. Air mata keluar mencurah2. Saya bukan menangis, it was tindakan refleks. Esok paginya, saya kumur dengan air garam, untuk beri rasa bius itu. Maka, saya boleh bercakap dengan Prof. walaupun sebentar.

Hari ini saya tak mampu lagi nak melawan. Saya dah telan panadol. Ulcer itu telah menyebabkan gusi kawasan sekitarnya berdenyut2.

I feel the need untuk mintak maaf to all of you, jika saya ada terkasar bahasa, jika ada saya tersilap kata hingga menyebabkan saya diduga Tuhan dengan kesakitan yang amat sangat ini.

Dan, di saat kesakitan ini, barulah saya sedar betapa besarnya nikmat pergerakan rahang itu, esp untuk mengunyah.

Saya mohon pada kalian semua, doakan saya semoga cepat sembuh.

Sekian.

Friday, October 30, 2009

Nombor Siam

Satu hari saya mendapat mesej di telefon bimbit. Panjang nombornya. Bila saya lihat, ia mesej kosong, tidak mengandungi apa2. Saya jadi musykil sedikt. Semasa itu, saya sedang melayari internet.

Selepas beberapa minit, saya dapat mesej lagi. Saya lihat, nombor yang sama lagi. Dan, ia adalah mesej kosong juga. Apakah?

Kemusykilan bertambah. Saya ingatkan Ida jauh di UK itu. Bukan, nombor UK bermula dengan +44. Mungkin Zuhri di Indon selalu saja beri SMS kepada kawan2 di Malaysia. Juga bukan. Eh, apakah?

Bila saya lihat senarai nombor dail terus antarabangsa, rupa2nya ia nombor dari negara Siam. Maka, saya mengesyaki kawan PhD saya itu. Lantas, bertanya kepada housemet yg lain, tp mereka tak dapat apa2. Hurm...

Saya hantar SMS kepada nombor tersebut, tak reply pulaks. Jadi, rasanya bukanlah budak PhD itu. Buat apa pulaklah kan dia nak anta SMS kosong.

Jadi? Ya, saya telah mengesyaki satu budak Siam yangkacakdangagah itu. Haha. Walaupun dia bukanlah menetap di Siam, but anything can happen, kan?

Saya tulis kat facebook. Atie, kawan saya yang bekerja di DiGi mintak nombor tu, kot2lah boleh tolong. Tapi, budak Siam sensasi ini (bak kata Atie), tak jawab pulaks.

Saya juga try call beberapa kali, tapi tak jawab jugaks. SMS pun tak reply.

Maka?

Sekian.

Thursday, October 29, 2009

You Are The Only One

Saya menulis sesuatu supaya saya mengingati saat itu.

Saya menggunakan Multiprobe T-system keluaran Cytocell untuk kerja makmal pangajian sarjana saya ini. Saya tahu melalui artikel2 jurnal yang saya baca. Semasa mahu menempah probe, saya cuba meyakinkan penyelia saya untuk menempah set ini, wpun mahal. Akhirnya, dia menempah 15 set yang berharga lebih kurang RM15 000 setiap satu.

Beberapa hari lepas, staf Cytocell telefon saya untuk bertanya sebarang masalah saya berhubung kit ini. Bos Cytocell yang entah dari negara mana datang ke Malaysia. Saya pun bercerita kepada dia masalah yang saya hadapi. Dia bertanya sama ada berminat atau tidak untuk berjumpa dengan bos besar itu. Saya rasa malas. Saya telah menggunakan probe ini sejak 2 tahun lepas. Dah nak siap pun.

Hari ini, staf cytocell yang lain pula telefon. Dia perlukan perincian mengenai masalah saya. Saya pun ceritalah. Sampai satu tahap saya penin. "Pelanggan lain takde masalah macam saya ker?". "Fatimah, you're the only one yang gunakan probe ini." "Saya sorang jer kat Malaysia yang gunakan prob ini? Takkanlah." "Ya, cik Fatimah."

Tiba2 saya panik. Patutlah orang Cytocell asyik hubungi saya. Tiba2, saya rasa glamour kat cytocell. Tiba2, saya rasa macam nak keje kat cytocell.

*saya gelak dengan riang bersama enchek makmal sampai kene perli. abaikan? dia tidak tahu what cytocell is about. seriously!

*am currently addicted to Subway's cookies. Terus pergi membeli, macam nak reward diri sendiri atas susah payah menggunakan multiprobe T-system itu. Haha. Ingatkan nak beli 12. Tapi, tinggal 6 jer. Takpelah, bersyukur, kan?

Tuesday, October 27, 2009

27102009

Owh, hari ini. Saya berblog dari makmal ini. Haish.

Saya tidur awal semalam. Jam 10 dah terlelap. Tapi, jam 12 saya terjaga, sbb mimpi yang sangat memenatkan. Saya mimpi saya gaduh dgn aunty saya. Terjaga, saya terus istigfar banyak2. Lega saya, ia hanya satu mimpi. Tak sanggup saya mengharungi pergaduhan seperti itu.

Saya kembali tidur. Tapi, setiap 2 jam, saya terjaga. Jam 2. Jam 4. Jam 6. Terus saya bangun subuh. Mengadap laptop. Saya breakfast jam 7. Kemudian, saya rasa mengantuk semula. Saya tahu saya tidak mendapat tidur yang lena. Saya tertidur lagi.

Bangun, dan mandi. Sampai di makmal, enchek makmal terlupa akan SMS saya untuk hidupkan suis water bath. Haish. Saya kena tunggu hampir sejam, baru boleh buat keje. Tiba2, rasa lapar. Jadi, pegi kantin. Tiba2, makan sup tulang dengan roti. Sedap, tapi rasa gemuk pula.

Saya buat keje. Tapi, keputusannya hampa. Ya, kromosom buat saya hampa hari ini. Tidaklah gagal secara keseluruhan, tapi tak chanteks untuk mencapai standard yang diperlukan. Haish.

Rasa down. Rasa sedih. Rasa nak gula2.

Wednesday, October 21, 2009

Penatlah

Penatlah,
penat meminta maaf.
Bila kena mintak maaf,
nampak sangat sudah melakukan sesuatu
yang tidak bagus, lantas perlu mintak maaf.
Jika melakukan sesuatu yang baik,
tidak akan perlu mintak maaf.

Jadi, janganlah berbuat sesuatu yang tidak bagus,
jadi, tidaklah penat meminta maaf.

Penatlah,
penat berjanji.
Berjanji tidak mengulangi.
Berjanji berusaha menjadi baik.
Penat tau.
Sebab,
bila dah berjanji, kene tunaikan.
Jika tidak tunaikan janji,
dikira jadik munafiq,
dikira jadik orang jahat.

Penat sungguh.

Penat mendengar ucapan maaf.
Penat mendengar kata2 janji.

Kita kawan.
Sangat kawan.

Saya bertanya semalam.
Kamu tidak menjawab,
hingga ke saat ini.

Entah kamu malas nak layan.
Entah kamu terkejut.
Entah kamu terlalu sibuk.

Jika kamu bertanya kepada saya?
Jawapannya terlalu pasti.

Tidak.

Jika mampu berkata "Ya" pun,
haruslah bersyarat.
Haha.

Kita tidak boleh menipu diri sendiri.
Kita terlalu kawan.

Saya sepatutnya gembira seperti kawan2 kamu yang lain.
Saya sebenarnya gembira, menikmati sundae berperisa stawberry itu buat pertama kali.
Sepatutnya, saya sudah mencubanya lebih awal lagi.

Saya sedar,
kamu tidak akan mengendahkan lagi perasaan penat dan benci kepada kamu ini.
Lebih utama kamu melayan perasaan suka dan gembira kepada kamu itu.
Memang kita tidak boleh menggembirakan hati semua orang, itu prinsipnya.

Saya kawan kepada kamu. Sangat kawan.
Saya tahu hati saya tidak layak dijagai kamu.
Tapi, tidaklah sampai layak dipermainkan.
Tidaklah sampai layak dibuli.
Hingga air mata ini bercucuran,
tidak mahu berhenti.

Penatlah,
penat berkawan dengan kamu.
Terlalu penat.
Letih.
Saya perlu berehat,
hingga hilang penat ini.

Thursday, October 15, 2009

Menyanyi

Saya tidak ada bakat menyanyi.

Saya percaya menyanyi adalah satu bakat. Jika Tuhan tidak memilih kita untuk mempunyai bakat itu, maka kita akan jadi kurang pandai dalam hal itu. Itu sebab kata orang, setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing2. Jadi, terimalah setiap insan seadanya.

Saya memang tidak pandai menyanyi.

Tapi, saya masih menyanyi. Dalam bilik, kalu saya berseorangan. Ketika mandi. Lalala. Dan, dalam kereta. Sangat nyanyi sorang2. Hanya saya pendengarnya. Oklah, kalu ada penumpang dalam kereta pun, ia besar kemungkinan, sepupu saya, Ili Najat. Dan, jika Ili tidur, saya akan menyanyi untuk hilangkan rasa mengantuk. Saya jarang2 menyanyi jika ada penumpang lain, kecuali adek2 saya yang tiga itu.

Maka, janganlah suruh saya menyanyi di tempat lain selain dari tempat2 di atas.

Hari ini, di satu jamuan hari raya, saya diminta menyanyi. Tapi, dengan yakinnya saya tidak muncul. Kebetulan, saya duduk tersorok di satu bilik lain, dan para tetamu sedang sebok memilih dan menjamah makanan. Jadi, mereka tidak terlalu menghiraukan suara yang memanggil2 nama saya itu. Dan lagi, saya tidaklah dalam mood terlalu gembira untuk menyanyi2 sementelah mengalami ketidakselesaan perut sejak pagi. Dan, saya telah cakap dari awal, saya tiada bakat menyanyi.

Saya mintak maaf, tapi memang saya tidak pandai menyanyi, lebih2 lagi di depan orang ramai.

Saya merasakan tindakan saya tidak menyanyi sebagai menjaga perasaan orang lain. Saya juga akan merasa tidak selesa mendengar penyanyi yang tidak pandai menyanyi. Saya tidak merasakan tindakan saya ini sebagai tidak sporting, kerana saya tahu ketidakbolehan saya dalam bidang ini.

Saya tahu bila masanya saya akan sangat perlu masuk kelas menyanyi.

Orang yang suka menyanyi dan pandai menyanyi akan dengan gembiranya menyanyi di depan orang ramai, tanpa disuruh. Maka, suruhlah saya buat apa yang saya tahu buat dan berbakat dalam bidang itu. Kecik2 dulu, saya masuk pertandingan bercerita. Sekarang, saya boleh bawak kereta (auto sahaja, maaf), jangan pula suruh saya bawak motor. Suruh mengaji, saya boleh walaupun masih ada ruang untuk diperbaiki. Main tenteng juga saya tahu. Dan, yang pasti, saya semakin cekap menyusun kromosom. :)

Tapi, jangan suruh saya menyanyi.

Sekian.

Thursday, October 08, 2009

Slaid Saya


Tgk kotak di atas. Itulah slaid2 yang berada dalam kotak slaid. Boleh kira? Tinggal 15, yg dua tepi paling kiri itu, tak dikira, sbb ada masalah sket. Owh, ya, saya cuma ada 15 sahaja yang perlu dicerap. Tiba2, hati saya jadi berdebar2. Haha.

Kotak di bawah ini pula mengandungi slaid2 yang telah saya cerap. Lebih 40 slaid kesemuanya. Ya, selepas hampir 3 tahun, saya hanya telah mencerap 40 slaid. Tapi, percayalah, ia mangandungi hundreds of images. Lots n lots.



Begini kiraannya: 40 slaid x 24 kromosom x 3 gambar FISH x 4 images = 11520! OMG, saya dah ada beribu2 gambar dalam folder thesis saya itu. OMG! Saya tak pernah kira betul2. Haha. OMG! Patutlah anak mata saya sudah bertukar menjadi warna biru laut. OMG!

Saya tahu ramai orang macam penat tengok saya buat pengajian sarjana ini. Ketahuilah, berat2 mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pastinya, penat lagi mata yang mencerap ini. Saya telah mencerap all the 11520 images itu di dalam bilik gelap. Segelap2nya. Hanya ada sumber cahaya dari skrin PC. Itu sebab mata saya jadi cepat letih. Saya tidak boleh mencerap terlalu lama. Saya perlu keluar dari bilik itu, jika saya rasa urat di mata merasa penat. Jika saya memaksa, urat di mata boleh menjadi putus. Konon.

Doakan saya supaya dapat serahkan thesis saya akhir tahun ini. Saya sudah dapat satu kes positif. Tapi, ia benar2 mencabar kerana abnormal kromosom yang saya dapat ini, not more than 5 cases were reported dalam jurnal. 5? Apakah? Takut, kan? Kalu kes ini saya berjaya laporkan dalam jurnal berimpak tinggi, pasti akan ada orang yang akan refer nama saya nanti. Siti et al. Hahaha. Maaflah, saya memang agak kuat perasan.

Maaflah. Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...