Monday, November 17, 2008

Sepupuku Kawen II

Adek sudah upload gambar2 sepupu saya yang kawen itu. Lihat gambar di sini. Sedikit gambar2 (edited by adek) in case kamu2 tidak mahu ke sana. :)


Sedikit cerita tentang perkahwinan ini dan 4 majlis yan diadakan dalam 2 minggu lepas.

1. Kakak sepupu saya, J*uwita E*dora telah berkahwin dengan seorang muallaf, M*uhammad I*dris I*skandar@ C*harles R*ichard S*ayer dari Wales. Mereka berkenalan semasa sama2 belajar di Australia dan kini sama2 bertugas di Singapura. Mereka akan menetap di Gelang Patah, berhampiran Second Link.

2. Abang Idris ini punya seorang ayah bergelar professor. Dan, bila saya googled, dia adalah seorang yang terkenal dalam bidang biologi. Saya jadi gerun sebentar kerana saya adalah graduan biologi. Haha. Melihat kertas2 kajiannya seperti melihat buku teks saya dulu. Dan, sememangnya professor ini telah ada menulis buku teks. Owh!

3. Pada pagi pernikahan, makngah saya telah turun anggun berbaju puple. Tapi, kainnya telah nampak senteng. Kami sepupu-sepapat telah gusar. Namun, akhirnya gelak guling2 memikirkannya. Jika makngah yang cool itu, kainnya telah senget pada pagi pernikahan anak perempuannya itu, kami sangat gusar bagaimana emak dan makcik2 kami yang lain nanti mengahwinkan anak perempuan mereka. Haha. Lalalala. Owh, makngah telah membetulkan kain sejurus sebelum majlis bermula. Ngeee....

4. Majlis kawen ini punya beberapa orang international guest dalam 30 orang dari pelbagai negara. Rata2nya rakan2 pengantin yang sama2 belajar di Australia dulu. Dan, dalam ucapan terima kasihnya, kak Juwita telah memberitahu rakan2 itu semua gembira dapat mengenali budaya Melayu khususnya untuk adat perkahwinan.

5. Malam berinai telah dihoskan oleh pengacara terkenal, Datuk Mahadzir Lokman. Owh, sangat seronok mendengar dia berbahasa Melayu dan Inggeris. Dia telah menterjemah dengan riang sekali. Acara suap-menyuap - I feed you, you feed me. Haha.

6. Malam berinai telah diserikan dengan joget lambak. Tapi, tariannya adalah tarian zapin. Semua internatioanl guest kami itu belajar menari dengan sangat seronok bersama pengantin, pakngah dan makngah. Tiba2, pakngah saya tak reti menari zapin. Malah, makngah dengan kak Juwita dengan bagusnya menari dan mengajar tetamu2 itu. Musykil saya lihat pakngah terkial2 di hadapan itu. Walhal, kami semua tahu pakngah memang tahu menari zapin itu. Hoho.

7. Ramai tetamu VIP yang datang, terutama pada majlis santapan bersama sultan Johor dan majlis resepsi di Muar. Akhbar2 utama semalam ada gambar Najib sedang merenjis mempelai. Semua sepupu2 pun jeles melihat sepupu kami yang hensem itu, Faiz menjadi pengapit masuk jugaks gambar itu. Semua pun takut nak jadik pengapit, tapi, bila gambar masuk suratkhabar, ramai2 pula jeles. Heh!

8. Di JB, kami hanya melihat VIP berlegar2 di kawasan makan kami. Dan, kami adek2 beradek telah memilih satu orang VIP untuk ambil gambar iaitu, YB R*azali I*smail yang tampan itu. Haha. Kami semua riang. Tapi, tak sempat pula nak ambil gambar dengan dia sekali lagi di majlis di Muar.

9. Ada majlis ambur2 iaitu baling gula2 dan syiling. Ia hanya untuk riang2 sahaja dan telah dilakukan dengan baik sekali oleh makngah kami di JB dan Muar. Kelakar jugaks melihat orang kenamaan turut serta mengutip syling dan gula2. Isteri Tun Musa Hitam sangat riang minta makngah baling ke arahnya. Pakngah saya takut benar syiling kena kepala. Tapi, dia tidak henti2 senyum melihat telatah orang2 ketika iu. Saya? Banyak jugaks saya dapat, sebab makngah baling tepat kepada saya. Hehe, terima kasih. Makngah memang sharp shooter. Haha. Lalalala...

10.Tapi, R*osmah dan N*ajib seperti tidak gemar acara baling itu. Kat Muar, ada dua mangkuk pulaks tu. Lama betul makngah membaling. Tapi, kelakar gila bila makngah baling dan kene kat jambul R*osmah. Kitorang risau gellar. Nampak betul R*osmah tahan nak buat muka marah. Hehe. N*ajib kutip jugaks gula2 dan syling di kakinya. Owh, syliling terkena rambut R*osmah itu memang jadi bualan kami sepupu-sepapat. Naseblah tak rosak rambutnya yang kembang itu. Owh, maaflah. Haha.

Eh, panjang pula. Maaflah. Sekian.

Thursday, November 13, 2008

Kepada orang yang suka membuat Onar

Kepada orang yang suka membuat onar di sini,

Saya menulis kerana saya ingin memberitahu.

Terima kasih kerana membaca penulisan saya. Terima kasih juga kerana sudi memberi komen. Tetapi, awak menulis perkara yang saya tidak suka baca. Yang saya tidak suka lihat. Maka, komen2 awak pada jam hampir satu pagi tadi sudah saya delete. Ya, saya delete, kerana saya tidak suka. Blog ini bukanlah glamour seperti chedet.com di mana ada beratus2 komen, maka komen picisan awak itu tiada orang akan baca. Tidak sampai lima puluh orang sehari pun yang datang membaca di sini. Maka, orang akan nampak komen2 awak yang tidak enak itu.

Saya juga delete kerana saya tidak lagi menghormati awak sebagai commentator. Awak sendiri gagal menghormati diri awak sendiri. Semua orang tahu, apa yang dicakapkan, dituliskan atau dilakukan oleh seseorang itu lahir dari hatinya. Jika bersih hati seseorang itu, maka segala percakapan, penulisan dan tingkah lakunya amat baik sekali. Lihat sahaja senior saya, kak Yanti yang sangat baik penulisannya, sehingga ramai orang jatuh hati padanya hanya kerana penulisannya.

Jadi, wahai orang yang suka membuat onar, mengapakah kamu suka membuat onar, menulis perkataan2 yang tidak baik itu? Tidakkah ia akan menggambarkan hati awak?

Saya juga musykil, sangat2 musykil mengapa kamu ke sini pada jam 1 pagi sedangkan kamu sudah beristeri.

Maka, saya ingin memberitahu, apa2 yang kamu komen di sini selepas ini, saya tidak akan teragak2 untuk delete. Saya tidak mahu buat comments moderation, kerana bagi saya ia agak menyusahkan. Erma sebagai commentator tegar juga tidak gemarkan perkara itu. Maka, walaupun lewat, tapi saya akan delete. Saya bukan ingin menakut2kan kamu. Tidak sekali2 ingin mengugut kamu. Bukannya saya mendapat apa2 faedah pun. Saya cuma tidak suka membaca komen2 kamu yang bahasanya tidak indah sama sekali.

Kamu ingin tahu apa yang saya rasa? Saya tidak merasa marah. Tapi, saya hanya merasa musykil kepada orang2 seperti kamu. Saya tidak faham, apakah kepuasan yang diperolehi dengan membuat onar begini? Adakah kamu mendapat bayaran? Adakah ia akan menjadikan kamu semakin kaya? Adakah ia akan menjadikan kamu semakin pandai dan bijak bestari? Adakah ia akan menjadikan kamu mendapat Ijazah Kedoktoran? Adakah ia akan menjadikan kamu boleh beristeri dua atau lebih? Adakah ia akan menjadikan kamu semakin hensem? Adakah ia akan menjadikan kamu dinaikkan pangkat atau dinaikkan gaji? Atau, adakah dengan berbuat onar di sini, kamu akan mendapat jaminan masuk syurga? Adakah?

Sebagai penutup, saya ingin memberi sedikit nasihat kepada kamu untuk menulis blog sendiri. Kemudian, letaklah adv nuffnang, maka kamu akan dapat duit. Saya juga akan letak, cuma saya rasa belum tiba masanya. Entah kenapa saya kurang gemar.

Itu sahaja yang ingin saya beritahu, wahai orang yang suka membuat onar. Saya menulis di sini kerana saya tidak dapat berjumpa dan bercakap sendiri dengan kamu sementelah kesibukan di kampus dan perlu pulang ke rumah lagi minggu ini. Sekian.

Wednesday, November 12, 2008

Mag Mart

Pada hari Ahad yang lalu, di hari terakhir saya dan keluarga berada di Johor Bahru, ada satu perasmian kedai. Sepupu saya ingin berjinak2 dalam dunia perniagaan, lalu membuka kedai majalah di satu lot di pasaraya EconSave, Senai. Kedai diberi nama Mag Mart.

Kami pergi dengan riang. Mengambil gambar tanpa mempedulikan orang yang lalu-lalang. Lot kedai ini sangatlah dekat dengan cashier EconSave itu. :)

Ibu telah memberi sedikit duit, untuk dihabiskan dengan membeli majalah di situ, sebagai tanda sokongan padu kami kepada sepupu kami itu. Maka, saya dan adek2 pun memilih majalah2 yang berkenan di hati.

Tertarik dengan majalah ini; tentang kamera digital, maka membeli.


Pastinya membeli magazine di atas kerana McDreamy! :)


Ada lebihan duit, maka saya memilih majalah di atas. Saya selalunya tidak membeli majalah yang terdapat di perpustakaan, kecuali ada artikel yang sangat menarik untuk saya simpan.

Majalah2 yang lain, iatu majalah2 perempuan seperti Cleo, InTrend dll., adek2 saya yang membeli. Tapi, kami akan kongsi2 membaca. Semoga perniagaan sepupu kami ini akan maju dan bertambah maju. Ameen.

Sekian.

p/s: maaflah, gambar di atas kurang menarik, masalah pencahayaan. Dan lagi, tiada gambar kedai itu, sementelah adek saya yang sangat malas nak send gambar yang berada dalam simpanan dia. Adek saya kata, dia akan upload gamba sepupu kami yang kawen itu selepas majlis resepsi di kampung, pada 15hb ini. Tunggulah sekejap. :)

Tuesday, November 11, 2008

Gali Kubur

En. Firdaus baru masuk kerja di opis kolej saya pada pertengahan tahun yang lalu. Dia masih muda, segak, hensem, dan masih belum berumahtangga. Umurnya kira2 20 tahun. Dia bekerja sebagai pembantu am pejabat. Dia seorang yang riang. Dia telah beberapa kali membantu saya termasuk menukar lampu bilik yang sudah jadik kelip2, sedangkan waktu pejabat sudah hampir tammat, pada bulan Ramadan yang lalu. Terima kasih, En. Firdaus.

Hari ini, saya telefon opis dari bilik saya, untuk bercakap dengan En. Firdaus. Tetapi, En. Rahim yang menjawab panggilan itu menjawab, En. Firdaus tiada, dia akan masuk bekerja dia waktu petang. Dia pergi menggali kubur.

Apa? Jap2. Gali kubur?
Ya, gali kubur. Dia memang dah lama jadi sukarelawan gali kubur.

Maka, di waktu petang, saya pun berjumpa dengan En. Firdaus ini. Benarlah dia menggali kubur. Tapi, dia tidak menunggu hingga jenazah sampai, kerana hanya akan dikebumikan selepas Zohor. Lewat sangat, katanya.

Dah lama ker tolong gali kubur?
Lama jugaklah. Sejak Form One.
Form One? Lama sungguh. Dah banyaklah kubur yang En. Firdaus gali.
Banyak. Beratus dah. Beribu kot...
Ada tak cerita yang pelik2?
Ada lah...
Ceritalah.

*perbualan seterusnya tidak dapat disiarkan. Harap maaf.

Saya sangat kagum dengan En. Firdaus. Sungguh!


Saturday, November 08, 2008

Sepupuku Kawen

Sedikit update sempena pemergian kami ke Johor Bahru ini. Ada 3 majlis yang perlu kami hadiri. Pada hari jumaat, ada dua majlis berlansung. Pagi, majlis nikah dan malam, majlis sanding dan berinai. Tetamu hanyalah di kalangan saudara dan exco2 johor. Sepupuku ini sungguh chanteks dan berseri2 di majlis kawen ini. Semua majlis berjalan lancar. Pengantin lelaki sangat tenang. Sangatlah kagum. Tahniah kepada mereka berdua. Maaflah, ini gamba dari handphone. Gamba2 lain blum transfer dari kamera. Tunggulah adek update blog dia nanti untuk gamba2 yang lebih riang. :)

Friday, November 07, 2008

Farid's Birthday

Hari ini, 7 November, hari lahir adek lelaki saya yang seorang itu, Farid. Dia genap berumur 19 tahun hari ini.


Dia kelihatan sudah besar. Betapa masa sungguh cepat berlalu. Kak Yanti ingat lagi tak dulu2 dia datang dorm carik kita? Haha. Dia sangat kecil masa itu, kan? Kini, adek lelaki saya yang seorang ini sedang mengaji di Universiti Pertahanan Nasioanal Malaysia dalam bidang sains maritim, juga menjalani latihan sebagai tentera laut.

Happy Birthday, Farid!

Kami sekeluarga mengucapkannya dari kejauhan. Saya sekeluarga dan saudara mara yang lain kini menginap di Pan Pacific Johor Bahru sehingga ahad ini untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu kami yang chanteks itu. Ramai juga sepupu2 lain yang sedih tidak dapat hadir kerana punya exam paper. Dan lagi, 3 orang adek2 sepupu saya sedang bersedia untuk menjalani SPM. All 'da best!

Thursday, November 06, 2008

Presiden 2008

Kelihatan seperti seluruh dunia meraikan kemenangan Barack Obama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabbas kepada dia. Apa lagi yang boleh dikatakan. Seluruh dunia punya satu harapan kepada dia, bahawa dunia akan lebih aman di bawah kuasa dia. Dia telah dilantik menjadi presiden sebuah negara kuasa besar dunia. Sangat besar. Terlalu.

Entah mengapa, saya hanya terfikirkan tentang anak2 Barack Obama yang dua orang itu. Saya kira, mereka terlalu kecil untuk menjadi anak kepada seorang presiden amerika. Semoga mereka itu anak2 yang baik, bijak dan pandai.



Saya, seperti warga dunia yang lain, juga sangat mengharapkan bahawa presiden yang baru ini membawa keamanan segajat. Kepada siapa lagi yang mampu kita harapkan.

Semoga Tuhan memakbulkan harapan ini. Ameen.

Wednesday, November 05, 2008

Gender Bias

Saya telah bersekolah di sekolah single sex sejak darjah tiga hingga tingkatan lima. Maka, konon2nya, saya punya semangat serikandi yang tinggi. Saya mula kenal lelaki pada peringkat matrikulasi. Tapi, kawan saya kata, tak sama. "Kau tak kenal lelaki masa mereka jadik setan". Saya hanya gelak saja. Haha.

Memang ada gender bias itu dalam masyarakat ini. Mula2, saya agak terkejut. Tapi, sekarang saya sudah boleh menerima. Lelaki memang akan menjadi pilihan untuk menjadi ketua.

Walaubagaimanapun, ia kini kian kurang. Universiti saya punya NC perempuan. Ibu saya seorang guru besar. Moksu saya pengarah kesihatan daerah. Maka, saya kira sekeliling saya semakin ramai perempuan yang berkuasa. Semangat serikandi saya tidaklah pernah berkurang, malah kadangkala ia meningkat. Kadangkala.

Namun, beberapa hari yang lalu, kawan saya telah berkata sesuatu yang amat saya tidak suka. Dia seorang laki2. Dia telah dilantik menjadi ketua felo yang baru sementelah perginya saudara Anif, yang pergi tanpa pesan. Dalam satu perbualan, Ketua Felo Baru itu telah berkata kepada saya;

"Kau ni, kalu kau lelaki, dah lama kau jadi ketua felo"

(from CartoonStock)

Saya menjadi sangat marah. Itu adalah kata2 yang lansung tidak dapat saya terima sama sekali. Saya bukan marah kerana tidak dapat menjadi ketua felo. Malah, saya tidak cemburu pun pada dia yang menjadi ketua felo baru itu. Tapi, saya marah dia berkata begitu. Malah, saya benci.

Saya tidak akan dapat memberi kerjasama sepenuh hati saya kepada ketua yang sangat gender bias seperti ketua felo yang baru itu.

Maaf. Sekian.

Monday, November 03, 2008

Rakan2 IKIP

Sedikit update yang ringkas, sementelah assignment masih belum siap. :)

Pada hari sabtu yang lalu, saya telah diajak oleh Neila, untuk berfoya2 di Taman Tasek Perdana, Kuala Lumpur. Chanteks sungguh taman ini. Antara tempat2 yang chanteks di celah2 "kekotoran" Kuala Lumpur. Huhu. Foya2 ini turut dihadiri oleh Linda, Che' Ros, Shikin dan Fara. Mereka semua ini adalah kenalan saya semasa matrikulasi di Kolej IKIP di Kuantan.




Gamba Shikin dan Fara tak sempat snap. Haha. Gamba yang lain sume kat Fara lah. Nanti edit dan upload lain kali, k.

Terima kasih atas "percutian" yang indah, wahai rakan2 ku. Huhu.

Saturday, November 01, 2008

Google Earth

Saya sudah tahu beberapa waktu yang lalu. Namun, saya hanya telah muat turun perisian ini 2 hari yang lalu. Saya rasa riang menerokainya. Maka, saya berkongsi dengan kamu2.


Gambar di atas adalah gambar kolej saya, Yang terletak dalam kawasan perbukitan ilmu ini, di mana saya tinggal dan melanjutkan pelajaran saya sekarang. Nampak jelas sungguh kedudukan semua bangunan di kolej saya ini, termasuk rumah Pengetua Kacak. :)

Menurut perisian ini, saya berada di kedudukan latitude: 2°55'29.36"N dan longitude:101°47'1.49"E. Tapi, gambar kedudukan rumah (nenek) saya tidak jelas pula pada perisian ini. Menerokai perisian ini, terasa amat kerdil diri. Saya semakin faham perasaan angkasawan melihat bumi dari angkasa lepas. "My eyes stop blinking, my heart stop beating". Ngee.

Saya tidak berniat untuk berbicara lanjut. Sila muat turun perisian ini dan beritahu saya kedudukan kamu2 di atas bumi ini. Sila lihat kawasan kamu dari pandangan seekor burung. Huhu. Enjoy!

p/s: Sila klik pada gamba untuk imej yang lebih besar dan jelas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...