Monday, March 10, 2008

P*ilihanraya 2008

Banyak yang berlaku hujung minggu lepas. Tetapi, saya belum mendapat gamba2, maka saya menulis ttg pilihanraya 2008 ini.

Ramai yang terkejut, terutama orang M*elayu. Mengapa jadi begini? Saya juga terkejut, byk soalan masuk ke fikiran.

Abah beritahu, kita kalah peti undi bukan M*elayu. Masa tu awal lagi, dalam kul 8 malam. Lama-kelamaan, realiti semakin jelas. Hampir semua pengundi bukan M*elayu seluruh negara mengundi p*embangkang, walau apapun lambangnyer.

Hanya bukan M*elayu sahaja yang sudah menduga perkara ini. Mereka yang menunggang terbalikkan keadaan menjadi begini. M*elayu masih ramai yg setia dgn U*MNO. Jika satu2 kawasan itu, lebih pengundi Melayunya, menanglah calon itu. Tp, ini tak applicable di Kelantan. Isu mereka agak berlainan.

Saya tahu, terdapat rasa ketidakpuasan hati. Maka, berlakulah yg telah berlaku ini. Saya bukan tidak gemarkan perubahan ini. Tapi, saya tahu pihak p*embangkang pun tidak bersedia untuk kemenangan ini. Itu yang saya risau. Eksperimen akan banyak dilakukan.Semoga hasilnya baik2 sahaja.

Semoga, semua orang akan menjadi semakin baik. Semoga semua orang akan berusaha menjadikan hati mereka baik. Tidak ada yang jahat2 di hati. Tidak menipu.

Thursday, March 06, 2008

Demam

Saya demam dari hari isnin. Demam pilihanraya? Bukan. Saya rasa saya demam kerana terkejut kene serang on last saturday. Ada orang YM dan call rumah saya, marah2. Takut woo..

Saya tak suka bila demam. Sebab, saya ni jenis demam yang suhunya amat tinggi. Sekitar 39 hingga 40 darjah Celcius. Selasa lepas, saya diperiksa, suhunya 38.9 C. Doktor yang merawat akan selalu tanya ttg bintik2 kemerahan (yang selalunya tiada), ditakuti saya mengidap demam denggi. Dan, selalunya demam agak lama lah, tidak pernah kurang 3 hari, selalunya seminggu.

Saya pernah masuk wad sebab demam. Masa tu awal zaman matrikulasi di Kuantan. Orang kata berubah angin, kene angin laut. Dengan keadaan kawan2 yang baru dan jauh dari ibu bapa, saya dinasihati ibu agar masuk wad sahaja. Kebetulan, masa tu saya ke Hospital Pakar Kuantan (hospital di bawah Kumpulan Perubatan Johor KPJ). Doktor kata " Awak duduk wad je lah. Awak dah tak stabil ni, cakap pun dah tak betul" . Disebabkan mereka tahu saya anak sedara pak ngah, lepas call pejabat pak ngah, saya duduk wad vip. Best jugaklah, sbb sorang2, so ada tv, bolehlah hilang buhsan. Tp, dah saket tu, sedih jugaklah. Huhu. Darah saya diambil selama 3 hari berturut2 untuk diperiksa. Pastu, seminggu duk sana, dalam 6 pain air masuk. Memang suhu badan masa mula2 masuk tu mencapai 40 C. Tinggi tu...

Hari ini, demam dah berkurangan. Bersyukur saya pada Ilahi. Janganlah ada orang serang saya lagi.

Esok saya ada annual dinner college. Dan, lusa, akan pulang mengundi dan ke majlis kawen kawan felo saya. :)

Monday, March 03, 2008

Pencen

Pencen adalah satu lagi peringkat dalam hidup. Rutin hidup akan berubah daripada pergi kerja setiap hari, menjadi TIDAK boleh pergi kerja. Perlu buat kerja yang lain. Ada orang yang gumbira bila pencen kerana inilah masanya boleh melakukan sesuatu yang disukai yang sudah lama tidak dilakukan. Tapi, jika kita sangat suka dengan pekerjaan kita, kita akan rasa sedih untuk berpencen. Ya, pencen bagi kakitangan awam di Malaysia ialah 56 tahun.



Pada 1 Februari 2008 yang lalu, saya telah berkesempatan pergi ke majlis persaraan PUAN RAJA KHUZAIDAH (tengah) Pengurus Asrama di kolej saya. Dia adalah seorang perempuan yang penuh dengan sifat keibuan, tercurah kepada pelajar-pelajar di kolej. Dengan bos yang baik, dia kelihatan agak sedih untuk meninggalkan pekerjaannya ini.

Gambar yang kelihatan sgt pink ini pula adalah bersempena majlis persaraan ibu saya pada 1 Mac yang lalu. Tapi, ibu hanya akan tamat bekerja sebagai guru besar pada hari rabu ini. Dia membuat majlis ini dan menjemput rakan2 guru besar yang lain hanya untuk tidak mengganggu P&P sekolahnya. Ya, ibu sangat dedikasi dengan kerjanya. SANGAT. Ini kerana, ibu telah dibesarkan dalam kawasan sekolah. Datuk saya adalah seorang guru besar semenjak ibu saya darjah satu. Agak risau juga saya dengan ibu, apa saja yang dia akan lakukan selepas pencen ini. Sempat saya dan adek2 berpesan kepada pembantu rumah "Jika ibu mahu ke sekolah pagi2, jangan benarkan. Cakapkan, ibu sudah berpencen". Ini kerana ibu saya sangat ke sekolah. Dia selalu ke sekolah wpun pada hari sabtu dan ahad, malah akan ke sekolah pada waktu malam, pada musim menyemak (mengecop dan menandatangani) buku pelajar2nya.

Kepada ibu dan Puan Raja, selamat meneruskan kehidupan ini. :D

Thursday, February 28, 2008

Lidah Tak Bertulang


Hari ni, cik Siti nak mulakan pembelajaran genetik dalam blog ni. Maka, kita pilih yang senang2 dulu.

Genetik adalah kajian mengenai perwarisan, mengkaji bagaimana sesuatu ciri itu diwarisi. Gen pula ialah perkara yang diwariskan itu. Secara umumnya, terdapat dua jenis gen, dominan dan resesif, bagi sesuatu ciri.

Let's start dengan ciri menggulung lidah. (Eksperimen ini selalu dilakukan pada permulaan kuliah genetik asas, sama ada tingkatan lima, matrikulasi atau pun sesiapa yg ambil degree in Bio.)

Ciri Menggulung Lidah akan diekspreskan oleh orang yang mempunyai homozigot dominan (kedua2 gen adalah dominan) dan heterozigot (satu gen dominan dan satu gen resesif).

Manakala, ciri TIDAK boleh menggulung lidah pula diekspreskan oleh orang yg mempunyai gen homozigot resesif (kedua2 gen resesif). Lihat rajah di bawah.


Ciri2 yang kita ada adalah diwarisi daripada induk (ibu dan bapa) kita. Dan, kita pula akan mewariskan separuh daripada gen yang kita ada pada anak kita kelak. Separuh daripada gen kita ini akan bergabung dengan gen suami untuk membentuk ciri2 pada anak.

Berdasarkan rajah di atas, boleh anda buat rajah pedigree Ciri Menggulung Lidah keluarga anda? (*nanti akan diedit, cik Siti akan buat pedigree utk famili poksu n moksu, hehehe)

Semasa membuat program kesihatan untuk famili saya pada hari keluarga yang lalu, saya telah memasukkan slot parameter genetik, dan antara salah satu ciri yang diambil ialah menggulung lidah. Akan terdapat 25% ahli sesebuah komuniti yang akan mempunyai ciri TIDAK boleh menggulung lidah. Ahli keluarga saya ada 40 orang, maka, dianggarkan 10 orang akan mempunyai ciri ini. :D

Fateema: Ok, Nabila, boleh menggulung lidah? (Nabila berumur 12 tahun; tidak pernah menyedari ciri ini pd diri sendiri)

Nabila: Ha? Erm... (cuba menggulung lidah, namun gagal) Tak boleh lah, kak Fateema.

Fateema: Tak boleh? Hehehe... (sebenarnyer gelak dgn kuat) Nabila tak boleh gulung lidah... (dengan nada memberitahu semua orang)

Moksu: Bang, anak kita tak boleh gulung lidah, bang? (terus pergi kepada anak bongsunya itu sambil gelak2 dan memberitahu suaminya) (Poksu dan Moksu, both are medical doctor)

Poksu: Takpelah, bukannyer sakit pun. (hanya memberi pandangan biasa, sedangkan yang lain tgh gelak2 ni)

Beberapa lama kemudian, tiba turn Poksu dinilai;

Fateema: Ok, poksu, gulung lidah.

Poksu: (menjelir lidah sedikit)

Fateema: Erm, tak gulung pun.

Poksu: Ha, tak gulung, tak gulung lah.

Fateema: (gelak tanpa belas ihsan) Poksu tak boleh rupanya...

Moksu: Ha? Abang tak boleh? Betul ker bang? Cuba bang? (sambil gelak2) Hehehe... Dah 22 tahun kawen, tak pernah saya tahu abg tak boleh gulung lidah. Hehehehe...(moksu gelak tanpa henti)

Moksu: (memanggil suaminya dengan nada kelakar) Abang, abang (sambil menggulungkan lidahnya). Hehehe....

Kelakar betul masa ni. Walaupun saya adalah orang yang paling tahu ttg gulung lidah ini adalah genetik, ciri yg diwarisi dan bukannyer penyakit, namun, saya adalah orang yg gelak paling kuat. Sorry, hehehe. Seramai 6 orang dalam keluarga besar saya telah dikesan tidak boleh menggulung lidah yang tidak bertulang itu, maka mereka mempunyai gen homozigot resesif. :D SUBHANALLAH!

Monday, February 25, 2008

Cinta Antara Kita

Minggu lepas, saya menyanyi lagu ini untuk beberapa hari. Di dalam hati mahupun di bibir. Bersenandung di depan rakan2. Dan, mengajar/ menghantar lagu ini pada rakan2 supaya mereka boleh menyanyi bersama2 saya. Kerana, lagu ini saya rasakan sungguh comel. :)



Duta: sejak dari duluku menyintaimu kau tahu begitu namun kau berpura ku masih teringat kau peluk diriku yg telah membuat ku menyintai mu sudah berapa lama diriku ini tak bertemu mu mungkin ku harap jua kau merindu ku sebagaimana ku rindui mu cinta antara kita tiada penghalangnya walau akhir usiaku menyinta dirimu ku hanya menunggu mu menyata kau cintaku ku kan berjanji menyintamu sayang Baizura Kahar: setelah kau pergi jauh dari sisi tiada ku cinta selain dirimu ku ingin bersama dgnmu selamanya walaupun sehingga ke akhir nyawa mungkin kau tak mengerti maksud ku dulu pada dirimu kini ku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu cinta antara kita tiada penghalangnya walau akhir usiaku menyintai dirimu ku hanya menunggu mu menyata kau cintaku ku kan berjanji menyintamu sayang Duta: sudah berapa lama diriku ini tak bertemu mu Baizura Kahar: mungkin ku harap jua kau merindu ku sebagaimanaku rindumu Duta: cinta antara kita tiada penghalangnya walau akhir usiaku menyinta dirimu Baizura Kahar: hanya menunggu mu menyata kau cintaku ku kan berjanji menyintamu sayang Duta dan Baizura Kahar: cinta antara kita tiada penghalangnya walau akhir usia ku menyintai dirimu ku hanya menunggu mu menyata kau cintaku ku kan berjanji menyintamu sayang....

Dan, pada suatu hari, Kid (encik dalam gambar di bawah) telah boleh menyanyi bersama2. Dan, kami telah menyanyi bersama2 dalam phone pada jam 1 pagi. Apakah?! Huhu.



Keesokkan harinya, hidup diteruskan. Tapi, hidup terus menjadi complicated. Alangkah indahnya hidup kalu kita boleh nyanyi dan nyanyi jer. Hidup penuh fantasi mcm Disney movie. Sume lagu pon comel2 dan indah2 belaka. :)

Sunday, February 24, 2008

Penamaan Calon 2008

Sekitar penamaan calon di kawasan Parlimen Ledang dan DUN Tangkak, Serom dan Gambir.



Adek, Sepupu, Yours Truly, Adek, Sepupu. Dan bendera yang kami pinjam sekejap. Hari kelihatan agak terik, maka kami telah bersedia dengan cermin mata hitam dan payung. :)

Gelombang biru. Takdelah gelombang sangat. Dan, kebanyakkannya pemuda2 yang dilihat spt mat2 rempit sahaja. Agak risau juga saya melihat perkembangan ini. Mereka memang telah dilahirkan dalam keamanan dan negara yang senang. Ramai antara belia negara ini yang saya lihat selalu sangat suka sangat bfoya2.


The Other Side. Kelihatan banyak bendera hijau berbanding bendera biru dan bendera putih. Dan bilangan ahli2 nyer agak sedikitlah. Tapi, mereka kelihatan terdiri dari belia berumur 27 tahun ke atas dan tidak nampak seperti suka berfoya2. Sentiasa melaungkan kata2 semangat selain zikir dan selawat (berbanding anak2 muda dalam gambar sebelum yang merokok dan menyanyi2 sahaja, tp lagu BN tak tahu, nyanyi lagu ape ntah tajuknyer, yg ader lirik "Andai kata kami gugur semua taburlah bunga di atas pusara") dan, the best part adalah, this greeny side is really green, sampah sgt dikutip, maka selepas perarakan tiada sampah lansung, berbanding our side yg sangat bersepah, ok? Sangat tak bagus! Heh.


Pak Ngah saya bertanding untuk DUN Serom, ditentang calon dari PAS, satu lawan satu.


Selepas disahkan layak bertanding untuk Pilihanraya Umum ke-12. Kelihatan Pak Ngah saya yang hensem itu. Hehe. Good luck, Pak Ngah. Semoga yang baik2 sahaja akan berlaku. :)

Saya tahu, tulisan saya di atas macam nak menyokong the other side of my uncle side. Tidak. Saya melihat apa yang telah jelas baik itu tetap baik, seperti mengutip sampah dan berzikir untuk mengisi masa lapang. Dan yang jelas tidak baik seperti merokok dan membuat sepah itu akan kekal tidak baik. Tidak kiralah siapa pun yang melakukannya, dan ia tidak ada kena mengena dgn politik.

OK. Selamat mengundi pada 8 Mac nanti.

Monday, February 18, 2008

RUDE

Semasa mula2 masuk ke sekolah asrama pada umur 13 tahun, saya dan rakan2 sangat diceritakan (dengan garangnyer) oleh senior tentang RUDE. Jangan RUDE dengan mana2 senior pun kerana buruk akibatnyer.

RUDE boleh diakibatkan daripada pelbagai perkara. Percakapan dengan intonasi yang salah, perkataan yang digunakan, dan lagi, perbuatan dengan mimik muka dan lenggok bahasa. Pelajar tingkatan satu perlu memberi salam kepada semua senior. Maka, kebarangkalian dilihat RUDE adalah tinggi kerana anda akan perlu sentiasa mengeluarkan suara anda untuk memberi salam. Maka, anda perlu memberi salam dengan intonasi yang sesuai dan lenggok badan yang betul.

Jika satu kali anda telah dilabel RUDE, maka bersedialah untuk dipandang serong oleh hampir kesemua senior. Dan lagi, bersedialah untuk dipanggil pada satu malam untuk dimaki hamun.

Di sini, saya ingin memberitahu kamu. Ya, kamu, pemegang kad pengenalan bernombor 851010675059. Kamu adalah sangat RUDE dengan saya malam tadi. SANGAT!

Tapi, kamu terlalu hensem untuk saya maki hamun. Maka, saya agak marah dengan diri sendiri, kerana gagal memaki hamun kamu.

SEKIAN.

Friday, February 15, 2008

15022008

Janganlah...
Sebut lagi kata2 itu...
Kerana...
Ia hanya seperti mencabar saya...
Saya tidak berapa gemar untuk mendengarnya daripada awak...
Dan lagi...
Saya tidak mahu kehilangan awak sebagai kawan...
Saya tidak mahu buat awak membenci saya...
Kita sangat kawan dan awak adalah kawan yang baik...
Dan lagi...
Kanak2 riang itu sangat mengajar saya...
Erti "Mempermain dan dipermainkan" ...
Maka...
Di saat ini...
Saya sudah agak sukar untuk menerima perkara2 seperti itu...
Tolonglah...
Jangan sebut lagi perkataan itu...
dan kata2 yang sekelompok dengannya...
SEKIAN.

Tuesday, February 12, 2008

12022008

Hari ini sudah hari Selasa, 12 Februari. Minggu lepas banyak perkara telah berlaku. Tapi, saya belum berkesempatan menulis. Dan, gambar2 belum saya peroleh untuk di upload di sini. Maka, saya rasa kurang seronok untuk menulis.

Saya menghadiri majlis perpisahan sempena persaraan Pengurus Asrama kolej. Erm, makanan kurang enak. Tp, majlis berjalan lancar.

Saya ke perkahwinan rakan di Chemor pada 2 Feb yang lalu. Perjalanan yang mempunyai banyak perkara tersirat.

Saya ke Hari Keluarga DKZ di A' Famosa Resort, Melaka pada 6, 7 dan 8 Feb yang lalu. Bermandi-manda di kolam renang. Bermain bowling buat pertama kali dan MENANG. Dan mewakili kumpulan saya dalam pertandingan catur, dan Kumpulan saya JUARA!!!. (owh, bila saja saya boleh mendapat gambar2 itu.)

Pulang ke kampung dan menghadiri kenduri aqiqah anak sepupu saya. Menu utama: BERIYANI KAMBING. Owh, sangat enak.

Pulang ke KL, dengan memandu 3 1/2 jam (lebih satu setengah jam dari biasa) dan rasa sangat penat. Tapi, makan malam bersama Awis, dapat juga menghilangkan kedukaan. :)

Bangun pada hari Isnin, dengan rasa kurang sehat yang amat sangat. Gagal menguatkan diri untuk ke lab. Huh. Mengemas bilik dan perlu ke mesyuarat pada waktu malam. Namun, mesyuarat itu menjadi antara mensyuarat PALING BUHSAN pernah saya hadiri. Dan, lewat juga berakhir.

Saya perlu kuatkan diri. Selasa sudah menjelma. Ibu menelefon awal pagi bertanya khabar saya. Ya, saya rasa lebih sehat dari semalam. Ya, saya perlu ke lab wpun rasa sangat malas dan penat. Ya, saya perlu puasa juga wpun ada ulser di lidah.

Hari ini juga Hari Lahir kawan saya, Fatin. Happy Birthday!!! Love u Forever!!! Fatin sedang mengandung. Semoga selamat melahirkan nanti.

Saya tiba di lab jam 11.30 pagi. Maafkan saya. :P

[Tiba2 perasaan itu datang lagi untuk dia. Mengapakah? "Ya Allah, tenangkanlah hati ini." Ameen.]

Sunday, February 03, 2008

Pencinta

SEPTEMBER=LOVER

Active and dynamic. Decisive and haste but tends to regret. Attractive and affectionate to oneself. Strong mentality. Loves attention. Diplomatic. Consoling, friendly and solves people's problems. Brave and fearless. Adventurous. Loving and caring. Suave and generous. Usually you have many friends. Emotional. Stubborn. Hasty. Good memory. Moving, motivates oneself and others. Loves to travel and explore. Sometimes sexy in a way that only their lover can understand.

From here.

Bukan sangat percaya, tapi kadang kala dapat juga memahami diri sendiri. Huhu. Yeah, buhsan sedikit saat ini, gundah gulana sangat banyak sekarang. Semoga Tuhan memberi petunjuk yang baik ke jalan yang baik. Semoga semuanya akan jadi yang baik2 sahaja. Ameen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...