Thursday, December 13, 2007

Adek Sehari

Amiza Fazlina, gadis ini sechanteks namanya. Dia adalah kawan sekolah saya. Dia lahir lewat sehari dari saya. Tp, dia sudah kawen lebih dahulu daripada saya. Apakah?! Huhu. Jodoh di tangan Tuhan yang Esa.

...pengantin sampai...

...pengantin kacak dan lawa...

...gadis2 bersama pengantin...

... gambar tanpa pengantin, ihiks...

Wpun ada rasa penat pegi wedding sana sini, tp byk juga gembiranya. Dpt tgk yg chantek2 sahaja. Pelamin chanteks, pengantin chanteks. Bunga2 chanteks, abg waiter hensem (huhu). Kawan2 yang tersenyum riang, baju kawan2 yang chanteks. Ya, sume itu membuatkan hati sentiasa gumbira. Benarlah kata satu buku cerita, hari perkahwinan adalah antara salah satu hari gumbira. :)

Buat Anne dan Azhani, aku tak laratlah nak upload byk2 gamba. Bglah email add kamu, akan ku send kan pada kamu berdua, wpun gamba takdelah byk sgt. :p


Tuesday, December 11, 2007

Surat untuk Awis

Awis, sahabatku,

Aku tahu aku tidak sepatutnya rasa begini. Kau marah aku menjadi agak emosional dengan perkara2 yang telah berlaku. Kau salahkan aku, kononnya estrogen aku yang sedang meningkat punca aku bersikap demikian.

Tapi Awis, aku dah lama pujuk hati aku supaya biarkan sahaja apa yang kau buat. Sebab aku sangat terhutang budi pada kau, membuat kerja untuk aku. Aku pernah katakan pada beberapa orang teman yg lain, malah berkali2 aku katakan pada diri aku sendiri, "Siti tak boleh jahat sikit pun dengan Awis, sebab Siti memang terhutang budi dengan Awis, sebab dia sudi jadi Pengarah Projek ABADI. Biarlah Awis nak buat jahat apa pun, Siti tak boleh nak cakap Awis jahat". Tapi, episod2 yang berlaku sangat menggugat perasaan baik terhadap engkau ini.

Awis, aku dgn penuh azam memujuk hati aku melupakan pelakuan kau padaku sewaktu aku di Langkawi. Itu sebab aku telah berjaya "berbuat baik" lagi pada engkau. Tapi, aku sangat tidak sangka kau boleh berkata "begitu" padaku dan adek ku. Dan, dengan senang hatinya, kau menambah, "Aku kawan kau, Tim. Berapa lama sangatlah kau boleh merajuk dgn aku". Aku sangat tak sangka kau, seorang yang aku dan kawan2 aku labelkan, MULIA, boleh berkata begitu. Aku boleh terima kalu kawan2 aku yang lain yang kata begitu, tapi bukan kau, Awis.

Awis, minggu lepas, Mak Usu aku bercerita, tentang dia boleh berbuat baik dgn mertua dia selama 20 tahun ini. Tapi, keadaan tidak bertambah baik, malah semakin buruk. Dan, akhirnya, pada tahun ini, dia terpaksa melawan sifat dirinya. Dia bercerita padaku, "Bila Moksu rasa nak buat baik, nak anta makanan ker, tiba2 teringat kat mereka, macam nak melawat, tp, Moksu lawan. Moksu keraskan hati." Kau mahu aku buat begini pada kau?

Kau tahu aku juga punya hati selembut Mak Usu ku itu. Tapi, Awis, aku juga boleh belajar melawan hati yang baik ini untuk tidak berbuat baik. Tapi, aku tahu, aku akan merasa sangat sedih bila aku telah tidak berbuat kebaikan kepada engkau. Tidak, Awis. Aku pasti tidak sanggup untuk makan sedikit pun cokolat, jika aku tidak membelikan untuk kau tempoh hari.

Aku tahu, aku sekadar kawan picisan kau. Tidak perlu kau jaga hati aku sebaik kau menjaga hati "perempuan berstokin hitam" itu. Tidak perlu kau pujuk hati aku, malah kau boleh menambah kedukaan yang ada. Tapi, aku nak kau tahu, sudah lama aku menyimpan kesedihan terhadap kau ini. Dan, hari ini aku telah menulis kepada engkau.

Awis, aku minta maaf jika aku telah mengganggu emosi engkau. Tapi, sejak kebelakangan ini, semakin ramai orang yang mempersoalkan kebaikan aku. Mengapa perlu kita menjadi musykil bila orang berbuat baik kepada kita? Aku sungguh tidak faham. Bukankah dunia akan menjadi lebih baik jika ramai orang berbuat baik? Bagi aku, kita hanya perlu sedih dan musykil bila ada orang berbuat jahat pada kita. Mengapa dia perlu berbuat jahat? Apa salah kita?

Sentiasalah berbuat baik, Awis. Sekian.


Ikhlas dari,
"Satu orang perempuan yang kau panggil KAWAN".

Thursday, December 06, 2007

Teman Sekatil

Pada 2 Disember yang lepas, cik Siti pun telah pergi ke majlis kawen Yusalinawati. Sangat canteks sume2nyer. Ya, pengantinlah paling chanteks!!!

Perkahwinan Yus menjadikan telah menjadikan cik Siti tinggal sorang jer yang blom kawen, daripada 4 orang yang pernah satu dorm dari ting satu sampai ting lima kat sek tun fatimah several years ago. Dua yang lain ialah Puan Anne (yang dah jadi ibu dan sdg pregnant lagi, :D) dan Puan Fatin (yang akan menjadi ibu soon). Hari ini, Puan Yus sedang menjadi pengantin, tp, cik Siti tak tahu bila nak jadi pengantin sbb calon pun blom ada. Apakah? Hehe.

Sebenarnyer, cik Siti tak keysah pun. Sbb cik Siti sendiri blom bersedia menjadi suri dalam hidup seseorang. Tp, cik Siti happy utk sume kawan2 yg telah memasuki satu fasa baru dalam kehidupan ini. Good luck, my dear.

Jaga kesihatan diri dan keluarga. Jadilah suri yang baik dalam hati lelaki itu. Ameen.

Yours truly, Yus si pengantin, Rajihah yang solo, Puan Fatin yang sdg pregnant!!!

Sunday, December 02, 2007

Emak & Syurga

Saya sedang runsing dan gusar.

Beberapa perkara buruk telah dan sedang menimpa saya dalam beberapa hari ini. Maka, saya telah bermuhasabah diri dan telah mengingati semula, perkara-perkara yang telah saya lakukan sehingga saya mendapat balasan Tuhan sebegini.

Jawapan yang telah saya temui ialah; saya (secara tidak sengaja) telah mengecilkan hati emak beberapa hari sebelum balasan Tuhan yang telah menimpa saya itu. Di saat ini, saya rasa amat gundah-gulana. Tidak dapat saya melelapkan mata memikirkan perkara yang telah berlaku.

Yang pasti, kemaafan perlu diminta daripada emak, dengan jelas, terang dan nyata.

Saya hanyalah insan yang lemah. Semoga Tuhan sentiasa memberi kekuatan kepada saya untuk melalui perkara yang mendatang. Ameen.

Monday, November 26, 2007

Not Now


XY: Apa yang u akan buat supaya I suka kat u? (251107)


Jawapan pada saat ini:

Saya hanya akan menjadi diri saya dan akan berdoa kepada Tuhan. Tidaklah saya akan berbuat apa2 sekarang. Kerana saya sudah begitu penat. Saya sangat penat memujuk hati saya supaya berhenti untuk mengharapkan apa-apa lagi. Memberitahu hati saya bahawa kamu milik orang lain. Memujuk hati saya yang kecil ini bahawa sesungguhnya kamu mmg bukan untuk saya. Maka, di saat ini, apabila menyebut nama kamu, sudah tiada rasa kasih itu lagi.

Bahawa, kamu pernah melukakan hati kecil ini sehingga terasa pedih sungguh dgn jawapan2 kepada persoalan yg pernah saya lontarkan. Maka, tidaklah saya akan berusaha selain daripada berdoa supaya keadaan akan menjadi baik-baik sahaja.

Semasa saya merasakan saya telah memiliki hati kamu satu masa dahulu, perasaannya mmg sgt indah. Analoginya ialah seperti kamu mengidamkan sebuah kereta mewah (idaman kamu ialah Hyundai Sonata AL 145). Melihat dari kejauhan, dan tiba-tiba berjaya memilikinya dengan usaha yang sedikit. Memandu kereta idaman adalah perasaan yang sgt indah. Tetapi, hari demi hari, kamu tahu kereta itu tidaklah begitu sesuai untuk kamu, maka, kamu juga telah ditakdirkan untuk berpisah dengan kereta itu.

Namun, kenangan memandu kereta itu, tidaklah dapat dilupakan, malah akan membuat bibir merah mengukir senyuman. :)

Cukuplah keadaan sudah menjadi semakin baik sekarang. Saya mmg berasa sgt penat sekarang. Mungkin saya akan melakukan sesuatu bila sudah hilang penat saya. Mungkin nanti. Mungkin juga, saya tidak akan melakukan apa2 lagi, kerana saya masih berkira2, jika saya benar2 memiliki hati kamu, tidaklah saya akan merasa senang pun. Malah, saya perlu menempuh byk lagi episod2 duka yang terasa payah. Dan lagi, she nampak sungguh sepadan dengan kamu.

Sekian.

(p/s: inilah akibatnya setelah banyak membaca buku karangan HAMKA. Bukanlah saya telah menulis seperti Hamka, tetapi saya telah sangat terpengaruh dengan lenggok bahasanya. Memang lain benar lenggoknya jika dibandingkan dengan penulis yang lain, bukankah?)

Sunday, November 25, 2007

Untuk Kamu

Seorang pakcik saya telah membuka sebuah kedai kain sejak beberapa tahun yang lalu. Sejak itu, saya sering ke sana. Dan, apa lagi yang saya boleh dapat selain kain dan kain untuk dibuat baju dan baju dan baju lagi.

Bulan Ramadhan yang lepas, saya telah byk kali ke sana. Meneman emak, adik, saudara-mara dan rakan2. Setiap kali itu juga saya telah mendapat kain.

Pada satu minggu itu, saya telah diberi peluang oleh emak untuk memilih sepasang kain. Setelah dipilih atas pilih, saya perlu memilih antara dua pasang kain berwarna kuning. Saya perlu memilih kerana saya dibenarkan untuk mendapat hanya sepasang sahaja. (Saya telah mendapat 3 pasang kain minggu sebelumnya. Huhu). Setelah hampir setengah jam, akhirnya saya telah memilih kain berwarna kuning jenis sutera Italy itu. Wpun gembira, tapi sepasang kain yang satu lagi itu ditinggalkan dengan kesedihan.

Pada minggu hadapannya, saya terpaksa ke kedai itu lagi membawa rakan dan saudara. Tidaklah saya ketahui saya perlu ke sana lagi. Dan, pada hari itu, saya telah mendapat kain berwarna kuning yang satu lagi itu, jenis chiffon. Hati saya rasa sgt gumbira. Saya mendapat kain-kain itu tanpa gundah-gulana lagi.

Pengajaran dari cerita di atas: jika sesuatu itu telah ditakdirkan untuk kamu, maka ia mmg akan menjadi milik kamu. Cuma masa sahaja yang menentukan. Tp, jika sesuatu itu tidak ditakdirkan untuk kamu, mmg kamu tidak akan dapat memilikinya. Tidaklah perlu kamu menunggu seribu tahun atau pun mengejar seribu batu jauhnya.

Dan lagi, belajarlah menghargai dan bersyukur dan berdoalah untuk merasa kecukupan itu. Ameen.

Wednesday, November 21, 2007

KEBETULAN YANG INDAH

... dan aku akhirnya menulis cerita itu di sini...

...di satu petang yang hening... dgn hujan gerimis... aku yg sedang berpuasa ini telah pulang agak lewat dari kebiasaan... 6.45 ptg baru aku bergerak keluar dari bangunan 22 tingkat itu menuju ke stesen komuter Bank Negara... perjalanan yg mengambill masa 10 min berjalan kaki... penat...

... aku terdengar bunyi keretapi sudah tiba, tapi aku belum pun sampai di stesen... aku meneruskan langkah, berlari-lari anak untuk menaiki keretapi itu... tp, aku gagal... aku hanya lewat beberapa saat... dengan penatnya, aku duduk di kerusi kososng itu...

...aku mengeluarkan buku cerita karangan HAMKA... lemah... tp, aku teruskan bacaan... sbb tiada apa yg boleh aku lakukan selain menunggu keretapi seterusnya datang... dijadualkan pukul 7.01 malam... dan aku terus membaca... tiba-tiba, aku teringatkan Lelaki itu... aku senyum... menutup buku... memandang ke hadapan... DAN DIA, LELAKI DALAM INGATAN AKU ITU MUNCUL DI HADAPAN AKU... apakah?!!!



(...macam citer korea x ... title? pilihlah sendiri... tapi aku suka "Which star are u from?... lagu? Miracle... ya, itulah pilihan aku... hehe)


...aku terpisat...menggeletar... aku yakinkan diri, bukan lelaki itu yg aku lihat... aku cuba bertenang, kembali membuka buku semula... tp, aku gagal membaca... maka, aku membuat keputusan... MELIHAT LELAKI ITU... terus-terusan...

...memang dia, Lelaki itu... bersama seorang perempuan canteks...

...walau apa pun nama untuk episod ini, aku sgt marah kerana aku sgt terkejut...

...AKU TIDAK DITINGGALKAN KERETAPI, HANYA UNTUK MELIHAT DIA DI SITU...
...DIA TIDAK MUNCUL DI DEPAN AKU HANYA KERANA AKU TERINGATKAN DIA KETIKA ITU...
...DAN...
...AKU TIDAK PULANG LEWAT HANYA UNTUK MENGALAMI SESUATU YANG DINAMAKAN KEBETULAN INI...


...aku rasa sgt penat dan tidak berdaya lagi...

...aku tak tahu ceriter dari pihak Lelaki itu... apa yg menyebabkan dia berada di situ pada saat itu... mungkin dia tak rasa apa yg aku rasa... dan mungkin dia tidak akan mengendahkan pun perasaan terkejut-yg-amat-sgt aku ini... maka, apa yg berlaku itu, tidak memberi impak pun kpd emosi dia...

...tp, bg aku, selain perasaan terkejut-yg-amat-sgt itu, ia adalah antara KEBETULAN YG INDAH yg berlaku dlm hidup aku...

Wednesday, October 03, 2007

PRK

Pilihanraya kampus (PRK) telah selesai berlansung semalam. aku, sebagai felo telah dilantik jadi SPR. teruja aku nak menjalankan tugas semalam. tapi, rupa2nya, sgtlah penat. Ditambah dgn tak cukup tidur sebelum itu, yesterday was really a hectic day. Huh!

Maka, keputusannya masih memihak kepada pro aspirasi, wpun majoriti sedikit menurun, akibat bbrp kerusi menyaksikan calon2 yang menyibuk utk bertanding supaya boleh memecah undi. dan, ya, YDP itu mng juga. erm...

what i want to say today is just why i am not so interested utk bertanding dulu2? erm, aku dan adik2 beradik lahir dalam keluarga yg bergiat cergas dlm politik. pakngah dah pun jadi ahli parlimen. nenek juga sgt berpengaruh di peringkat bahagian. mak, paklong, dan arwah atuk juga adalah guru besar/ pengetua (selain ada jwtn dlm parti), org yang dikagumi dlm masy. maka, aku, adek2 dan sepupu2 lain tiada pilihan lain. politik itu telah jadi atmosphere kami sejak kecil. minat atau tidak, kami telah memainkan peranan dalam kerjaya politik mereka.

pilihanraya negara yg berlaku setiap 5 tahun itu, bagaikan pesta bg kami. mmg sgt sebok. aku masih ingat lagi, last election, pakngah mmg kerap berada di umah nenek. ramai org nak juma tak kira pagi ker ptg ker. ada yg naik helikopter semata2 nak jumpa pakngah kat kampung tu. satu malam, dalam pukul 1 pagi, sdg sebok aku berchatting kat PC, pakngah dtg dapur, dan suruh aku buat air utk org yg dtg di malam2 hari itu, sbb maid dah masuk bilik (PC dekat dgn dapur). tak bagus, kan? dan masa hari election, aku dan adek2 kene ikut mak sebok2 kempen. hari penamaan calon masa tu pun, aku pegi, bawak nenek aku. dan masa keputusan nak diumumkan, umah nenek mcm pesta. byk gerai makanan diletakkan di situ, tv2 diletakkan utk sume org ramai2 tgk keputusan. aku kene jadi org catit keputusan (disuruh oleh seorg pakcik ku yang lain). dan, last election, pakngah agak garang juge, sbb satu kerusi DUN terlepas ke tgn pembangkang sbb salah isi borang. sgt garang pakngah masa tu. sgt takut!!!

aku sbg aku terlibat juga dlm politik. kecik2 jadi pengawas. sek men pun adalah bbrp jawatan. dan kat uni pun aku jd Jaksa. wpun aku taklah jd head prefect, head girl atau ydp, dan tak bertanding jd mpp, tp, politik tak lari dari kehidupan aku. dan, ingin aku katakan di sini ialah, aku lebih suka jadi "pejuang tak bernama" itu.

pada aku, pejuang2 tak bernama perlu dihargai dengan baik sama dgn pejuang2 bernama dan ternama. nama2 spt tunku abd rahman dan dato' onn mmg sgt kita kenal. tp, perempuan2 yang menggadaikan barang kemas utk tunku ke london adalah org2 yg kita perlu ingat pengorbanan mereka. mereka juga berkorban apa sahaja yg mereka ada setakat yg mereka mampu. mungkin tunku kaya dan lebih cerdik, maka dia boleh berkorban lebih, maka dia lebih ternama dan lebih dikenang.

last month, sempena pameran "Wanita dan kemerdekaan" aku mengikuti satu talk oleh shuhaimie baba yang mengarah cerita 1957-hati malaya. cerita ini adalah utk mengenang pejuang2 tak bernama ini. sgt meneyentuh hati, sbb shumi menceritakan kesusahan dia utk buat filem ini. so, bila tgk preview tu, rasa lebih touching. huh.

kepada A**** dan kawan2 yang telah menang, buatlah apa ynag kamu perlu buat. tak perlu jd extra ordinary, just do what u have to do, and never ever do apa yg mmg tak boleh dibuat.

semua org pun tahu, politik di malaysia dan dunia telah menjadi pelik2. sume org pun tahu Bush tu merepek kerepek tahap dewa ttg peperangan. sume org pun tahu rasuah telah berleluasa dalam umno, dan isa samad itu mmg jd kambing hitam jer. tapi, kita mmg susah nak mengakuinya. itulah sifat melayu yang sebenarnya sgt sopan. tak suka tunjuk perkara yg jahat2. tak baik utk org2 tahu. tp, budaya melayu yang sebenarnya baik itu semakin rapuh. itu sbb, melayu malaysia ini semakin hilang jati diri. dan semakin ramai org buat jahat dan terdedah2 di media massa. sgt menakutkan, kan?

apakah aku nak menjadi pembangkang? tidak. aku cuma mahu semua org menjadi baik. MPP menjalankan tugas. MP tak main rasuah. ADUN selalu pulang ke kawasan. dan tiada penipuan. maka, Malaysia akan menjadi semakin baik. AMEEN.

Wednesday, September 26, 2007

Nurin Jazlin

tidak dapat tidak untuk membicarakan ttg kes adik kecil ini...

mmg kes ini menjadikan sgt sedih. gambar mayatnya di dada2 akhbar meruntun rasa. membangkitkan rasa marah kepada pelaku. pelaku dianggap kejam dan jahat. maka dengan rasa amarah itu, pelbagai cara hukuman dicadangkan.

perbincangan secara akademik juga turut rancak diadakan. di akhbar2, ahli akademik dijemput menulis artikel. ada yg menulis ttg keselamatan kanak2. ada yang menulis ttg cara mengatasi masalah. dan banyak juga yang membincangkan ttg pelaku jahat ini.

bagi aku sendiri, aku lebih byk sedih. tp, jujurnya, aku rasa takut utk menghadapi masa depan. namun, perasaan ingin tahu mengatasi segala2nya. marah? tidak. kerana, aku rasakan pelaku ini ada cerita di sebaliknya. jika dia dibesarkan dalam persekitaran normal, gembira, kebarangkalian dia melakukan perkara yang menakutkan ini adalah sgt rendah.

maka, itulah yg aku ingin tahu. apakah yg telah berlaku kepada dia sehingga dia boleh melakukan perkara sebgini? ada artikel yg mmg mengatakan org itu mempunyai masalah psikologi. mungkin skizo atau masalah personaliti. namun, penyakit2 ini tidak dtg tiba2. pasti ada cerita sebelumnya. spt penyakit diabetes, lebihan glukosa akhirnya membawa kpd kegagalan pankreas berfungsi.

maka, jika pelaku ini dpt diketahui, aku ingin sekali mengetahui cerita itu. memetik kata2 kak yanti, bagaimana sebaik2 kejadian tuhan ini boleh berperangai lebih buruk dari binatang?

hukuman? hukuman dari tuhan adalah yg paling baik. dan, itulah jwpn bagi semua masalah ini. agama dan tuhan. aku selalu yakin, walau apa pun agama di muka bumi ini, semuanya menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kejahatan.

doa utk hari ini, baik kan lah hati semua org. ameen.

Wednesday, September 05, 2007

Perempuan Kuat

cik siti sekolah perempuan sume lama. dari darjah 3 sampai tingkatan 5. ada jugak og lain lagi lama, dari darjah satu sampai tingkatan 5. wpun cik siti sekolah agama darjah 1 sampai darjah 4, sekolah campurlah, tp, kelas cik siti tak ramai lelaki. masa darjah satu, ada, ntahlah, tak sampai 5 orang kot. masuk darjah 2 sek agama, wpun ramailah jugak, tp, mmg kitorang tak kawanlah dgn budak laki2. haha.


masuk STF, semangat serikandi itu telah tertanam dalam diri. bila cik siti tersedar? masa cik siti tanya adek, dia hanya menjawat jawatan, naib lah, timbalan lah, tak de pon jd ketua terus masa kat sekolah menengah. erm, adek cik siti pun pompuan. rupa2nye, chegu dia letak lelaki je jadik ketua. pompuan kene pegang penolong jers. maka, adek cik siti kira hebatlah di kalangan budak pompuan. haha. cik siti sendiri jadi kapten. maka, cik siti rasa mcm mmg ada lain sketlah, kan? apa yang lain? entah.


dah abis sekolah. kenal lelaki kat matrix. kat uni. dah grad pun. maka, adalah bbrp org kawan lelaki yang jadi kawan. semangat serikandi? ia akan dtg bila berkumpul dgn seikandi yang lain, baca blog serikandis, tgk gamba2 serikandi dan apa2lah yang dibuat/ berlaku ttg/ dikaitkan dgn serikandi. hari ini tgk gamba sambutan 50 tahun stf tu kat satu blog senior yang baru dijumpai. mmg satu perasaan yang tidak dapat dijelaskan itu datang. esp bila nampak gamba timDINA itu. hehe. windunyer dia. muahs.
kenape tulis citer ni hari ni?


semalam, minum2 dgn Dr ramli, asyuk dan nizam, bincang ttg alumni. Dr pecah rahsia ttg vc ukm sekarang. haha. satu ceritanya ialah... VC telah tukar Pusat pembangunan mahasiswa kepada pusat perkembangan pelajar. satu antara 2 sebabnye ialah, mahasiswa tu ada bunyi sexism. lebih kpd lelaki. sbb kita panggil pompuan, mahasiswi. haha. baik punye alasan. aku dah dgr sendiri VC cakap kat Fraser hill dulu. nizam terus gelak2, dia cakap, Girl Power. haha. Dr pun cakap, vc ni lain sket. sudah nak faham dia, dan dia pun susah nak faham org lain. haha. kesianlah pulak lelaki2 di bawah dia. penin tak sudah. hehe.


aku sendiri mmg admire VC ukm ni. chanteks, tegas, sgt pandai, bijak bestari. dan sume2lah. mmg dia seorang yg kuat. perempuan kalu tak kuat, tak kan boleh pegang byk title. kita sbg perempuan perlu pegang title sbg anak, kakak, adek, pelajar, pekerja, isteri, menantu, ibu, ibu mertua, nenek, bos, dan etc. jika kita tak kuat, kita tak boleh pegang sume itu dgn baik. sungguh. aku lihat ramai org bercerai sekarang sbb mereka tak kuat. mereka tak cuba bersungguh2. they should try harder. mane boleh malas. aku mula lihat perkara2 ini sejak aku mcm kene tambah satu title. jadi student, n jadi felo. hehe. tp, well, mmg lebih satu title lah dari student master yang lain, kan. huhu.


maka, aku mula lihat emak dan nenek aku dan perempuan2 sekitarnya. mmg mereka adalah org2 yang kuat. mereka perlu tabah menghadapi emosi sendiri. SGT. dulu, masa mak keje, takde maid. mak bangun 4 pagi, masak utk lauk tgh hari. sbb lepas balik dari sekolah, terus nak lunch. hari2 mak bangun sgt awal? maka, apb cik siti fikir itu sume, cik siti belumlah bersedia nak tambah title2 yg lain itu buat masa setahun 2 ni. sume itu mmg perlu ada kekuatan yang SGT KUAT. heh.


dan VC UKM, Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, adalah wanita yg super2 kuat. sbb dia ada byk title. sgt banyak. sungguh. maka, aku sgt kagum dgn dia. SGT. nanti kite citer ttg dia lain kali, k.


kepada lelaki2 yang mbaca entry ini., jadilah lelaki yang sgt melengkapi kepada perempuan2 kamu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...