Sunday, December 23, 2012

Kematian dan Trauma

Peristiwa ngeri di Newtown nampaknya sudah reda. Walaupun ada dua lagi kejadian tembakan rambang berlaku, namun ia tidak begitu menggemparkan. Mungkin kerana bilangan kematian yang sedikit dan tidak melibatkan kanak-kanak.

Saya juga agak terkesan dengan perkara ini. Seperti juga kejadian VirginaTech, saya telah mengikuti kejadian di Newtown ini setiap hari di media sosial. Sedih betul tengok gambar-gambar kanak-kanak itu. Gambar rasmi mereka semuanya sedang senyum riang.

Pada satu ketika, saya ada baca satu kisah yang ada budak tu dia pura-pura mati, jadi penembak itu tidaklah tembak dia. Dan, akhirnya dia selamat. Dan macam tak trauma pulak. Tak tahulah kalau lepas tu nangis sorang-sorang sebab semua kawan-kawan lain dah mati.

Melihat kematian di depan mata bukan selalu kita alami.Ia tak sama melihat mayat ang sudah terbujr kaku. Sepanjang umur saya yang akan menjengah tiga dekad ini, hanya sekali saja saya mengadap orang di saat-saat putus nyawanya, iaitu arwah nenek saya. Benar, saya melihat sehingga ke nafas terakhir. Bermula saat tekanan darah dia tinggi sehingga menyebabkan mesin berbuyi. dada berombak, sehinggalah tiga nafas terakhir.

Sehingga sekarang saya masih mengingati apa yang saya lihat. Dan, saya melihatnya pada usia saya sudah berakal. Pada ketika nenek saya sudah berumur yang dikata orang "puas hidup". Jadi, mungkin trauma tidaklah seteruk mana. Tapi, bagaimana kana-kanak di Newtown itu? Sangat kanak-kanak.

Tidak dapat bayangkan bagaimana trauma mereka. Lebih-lebih lagi yang betul-betul nampak tembakan yang mematikan seseorang depan mata. Dengan darah yang banyak. Kalau kesemua 26 mangsa itu dalam satu kelas, haruslah darah mengalir melimpah ruah.

Tentunya dahsyat apa yang berlaku. Itu sebab tiada gambar dikeluarkan. Itu sebab juga, mereka dipindahkan sekolah serta-merta. Bagi mengurangkan trauma. Ya, yang hidup perlu teruskan hidup, sekolah kena habiskan juga.

Bertabahlah wahai budak-budak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...