Tuesday, April 29, 2008

B.A.B.I

Binatang ini menjadi isu hangat beberapa minggu lalu. Saya tidaklah teringin sangat utk menulis tentangnya. Tapi, malam tadi, ada satu orang itu terlalu banyak menyebut nama binatang ini semasa bercakap dengan saya.

Kita semua diajar bahawa babi dan anjing adalah binatang yang digolongkan sebagai najis mughalazah, najis yang amat berat. Maka, pada hemat saya, binatang2 ini lebih jijik daripada hasil kumuhan kita setiap hari itu. Maka, binatang2 ini perlulah dipandang sangat jijik. Dulu2, masa kecik2, nak sebut pun, terasa jijik. Ramai jer kawan2 saya, jika terpaksa sebut, mereka akan sebut dengan cara mengeja. Amat jijik sekali untuk disebut.


Namun, apabila dewasa, saya dapat melihat haiwan ini telah menjadi beberapa karakter dalam kartun dan juga dijadikan anak patung. Memang dapat dilihat karakter yang sungguh comel. Tidak pula dihalang penjualannnya, terutama anak2 patung seperti haramnya penjualan daging haiwan2 ini. Mungkin, ia menjadi agenda pihak2 tertentu dalam usaha penjajahan mental orang2 Islam. Saya ada membaca sebuah cerpen, menyatakan bahawa, babi telah dilihat karakternya sebagai pembersih dalam buku cerita kanak2 sekolah tadika di luar negara. Manakala, anjing pula dilihat antara haiwan paling bijak dan mempunyai deria yang kuat, menjadi haiwan peliharaan dan amat disayangi.

Saya tahu isu binatang ini sangat sensitif. Isu babi lebih sensitif daripada anjing. Ini kerana, anjing dilihat binatang yang cerdik dan bagus untuk mambantu dalam kerja2 seperti penjagaan keselamatan dan digunakan dalam mengesan barangan seperti dadah dan VCD cetak rompak. Manakala, babi pula adalah untuk makanan. Maka, ia dilihat lebih menjijikkan, lantas menjadi lebih sensitif.

Tapi, yang perlu sangat dikaji dan diberitahu ialah, sebab2 mengapa binatang2 ini menjadi sangat najis. Saya rasa sudah ada kajian2 yang dijalankan, cuma atas beberapa sebab, tidak mampu disebarkan tentang keburukan binatang2 ini. Saya sangat pasti, jika manusia tahu tentang keburukannya, mereka tidak akan menjadikan daging haiwan2 ini (esp babi) sebagai santapan mereka.

Jika, sudah ada kajian saintifik yang sangat kukuh, yang tidak boleh dinafikan lagi kesahihannya, maka manusia2 tidak akan ingin lagi memakannya. Maka, tidak akan ada lagi permintaan yang tinggi. Maka, tidak akan ada lagi penternakan. Maka, tidak akan ada lagi isu ladang babi. Huh!

p/s: maaflah jika entri ini memualkan...

Friday, April 25, 2008

Bah.Gia

Musim peperiksaan sedang berlansung di kampus perbukitan ini. Keadaan tegang jer. Huhu. Tidak banyak aktiviti lain yang berlansung terutama utk para pelajar. Semua pelajar perlu fokus kepada peperiksaan yang akan diambil dalam masa tiga minggu ini.

Menjadi kebiasaan, akan naik banner mengucapkan maju jaya kepada para pelajar. Secara tradisi, ia diucapkan oleh p*ersatuan m*ahasiswa universiti yang indah permai ini. Aku dapat lihat banner kali ini agak chanteks birunya. Tapi yang sgt mencuit hati ialah ucapannya, selain ucapan maju jaya itu.

KEJAYAAN SATU KEBAHAGIAAN.
BERUSAHALAH...

Bukanlah kelakar. Tapi, jarang2 orang letak ucapan sebegitu, sbg ucapan tambahan kepada Good Luck in ur final exam. Bahagiakah? :P

Aku sangat pasti satu perkara. Bahawa berjaya orang lain tidak bermakna kita berjaya. Mungkin orang itu hanya akan rasa berjaya kemudian bahagia bila mendapat 4 flet; bukan 3.99, bukan 3.88. Tapi, ader jer orang yang sudah rasa bahagia hanya dengan kejayaan mendapat 2.55, lantaran tidak gagal dan disingkir daripada kampus indah ini. Kan, kan?

Kepada kanak2 riang (definitely kanak2 undergrad lah kan....) yang telah berkuasa meletakkan ayat di atas itu ke atas banner yang telah digantung di sekeliling kampus, erm... anda hanya telah membuat saya tersenyum. Huhu. Saya tidak ambil paper semester ni, maka tidak boleh bahagiakah saya pada semester ini? :p

Wednesday, April 23, 2008

Ke.Gembira.An

Sume orang pernah rasa gumbira, walau apa pun sebabnya. Aku juga sangat pernah, banyak kali tidak terkira. Syukur pada Tuhan.

Dan, mungkin juga, kita pernah merasa gumbira-yang-AMAT-sangat. Perasaan ini hadir apabila mendapat sesuatu yg AMAT dihajati, yang AMAT disukai atau mendapat perkara2 yang best tanpa disangka2. Dalam lebih kurang 25 tahun hidup ini, aku pernah merasa perasaan AMAT itu, tidak berapa lama dahulu.

Namun, kadangkala, kita tidak sedar, perasaan gumbira itu adalah satu bentuk ujian dari Tuhan yang Esa. Kerana Tuhan boleh menguji hamba-Nya dengan pelbagai cara. Bukan hanya dengan kesedihan atau kehilangan. Oleh itu, jika kita dikurniakan perasaan AMAT GUMBIRA itu, seharusnya, kita cepat2 memohon pada Tuhan, supaya perasaan itu bukanlah ujian bagi kita, dan seterusnya mensyukuri nikmat kurniaan-Nya itu.

Perlu aku akui, perasaan AMAT GUMBIRA yang aku rasai satu ketika dulu itu, adalah ujian dari Tuhan. Mungkin kerana aku sangat menginginkannya. Berdoa siang dan malam. Maka, apabila diberi Tuhan "sesuatu" itu, aku AMAT GUMBIRA. Tidak aku lupa bersyukur. Namun, aku terlupa bahawa "sesuatu" itu tidak akan boleh menjadi milik aku selama2nya, bahawa Tuhan boleh menarik kurniaan-Nya itu bila2 masa sahaja.

Maka, aku telah kehilangan"nya". Dan, tidak ada perasaan yang lebih mengelirukan apabila ia terjadi dalam sekelip mata.

Tersedar dari kegembiraan dan kedukaan yg amat sangat, aku lantas bersyukur atas nikmat2 yang lain yang masih Tuhan berikan pada aku. Sesungguhnya, Dia amatlah Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba2Nya.

Semuga kita masih di bawah pemeliharaan Nya. AMEEN.

Monday, April 21, 2008

GulaGula

Kat lab sitogenetik sekarang, ada semacam pengaruh makan gula2. Owh, jangan salah anggap pula. Bukanlah kami semua melanggar peraturan makmal. Kami makan gula2 di bilik screening. Maka, tiadalah bahan kimia yang digunakan, selain immersion oil. Tak kan lah pule kami akan cicakman. Heh! (Aku tak penah nampak cicak pun kat lab tu :p )

Bekas gula2 kami di lab. Kecil jer, tak boleh masuk byk2 pun. :)

Tapi, sejak 2 minggu lalu, macam seronok pula makan gula2. Satu hari, aku pun belilah gula2 sket, sbg derma kepada bekas gula2 kami. Beli kat kedai mamak Seksyen 15, Bangi. Beli sikit2 je lah. Ada pelbagai jenis. Tiba2, ada dua jenis gula2 yg diminati ramai pula.

Gula2 jagung. Ni gambar peket besarnyer...

Satu perisa jagung. Satu perisa guava (chewy). Bila dah abis, pegi balik kat kedai mamak, dah abis pulak. Carik punya carik, (kene carik jugak sbb ada kakak dah bagi duit suh beli), tak jumpa kat kedai biasa. Maka, aku carik pula kat hypermarket. Jumpalah kat Carrefour.

Ini puler gamba peket gula2 guava yg chewy itu. Enak sungguh.

Mula2 beli satu peket jers. Cepat pula habis. Huhu. Next time nyer, aku terus beli tiga peket tiap jenis. 6 peket kesemuanya. Huhu. Gula2 guava tu, sgt cepat out of stock juga kat carefour tu. Itu sbb aku beli byk2.

Tapi, mcm dah buhsan dah mkn 2 jenis gula2 tu sekarang. Aku mcm nak carik gula2 lain. Org2 kat lab tak berapa gemar gula2 coklat. Mereka suka yg berperisa buah2an. Tp, brand FruitPlus tak berapa sedap kat tekak mereka. Aku bukaklah website brand gula2 guava tu, Hamac. Tp, mcm tak penah nampak jer gula2 perisa lain yg mereka jual tu.

Apakah gula2 kegemaran kamu2 sekalian? Silalah khabarkan, akan aku carik dan bawak ker makmal terchenta itu, dan dibuat food testing. Huhu. Kalu ada sapa2 jumpa gula2 perisa jagung Hamac tu, bgtaulah, k.

Tetapi, dingatkan juger, jgn lupe gosok gigi lama2 sket jika makan byk mende2 manis ni. Dan juge, kepada sesiapa yg ada keturunan diabetes, kawal2lah kemahuan anda terhadap gula2 yg sedap ini. Aku makan byk juga, sbb suka hancurkan gula2 dalam mulut. Maka, cepatlah habis, dan terus makan the next one. Banyak jugaklah makan dalam 10 minit mencerap kromosom. Hehe.

Thursday, April 17, 2008

Goodbye.n.Goodluck

Aku menonton CSI Vegas, rabu malam yang lalu. Episod kali ini berkaitan dgn kanak2 genius yg aku ceritakan pada entri sblm ini. Episod kali ini bertajuk Goodbye & Good Luck.

Budak genius tu, namanya Hannah. Dia dan abg dia dah muncul dlm satu episod pd season yg lalu. Dlm episod tu, abg dia membunuh satu perempuan. Actually, abg dia dah mengaku dah. Tp, tiba2, Hannah, 11 tahun (kot), yg sgt bijak bestari ini, telah meletakkan kekeliruan bukti, dan mengaku dia yg membunuh. Pusing2 cerita, kedua2nya lepas drpd tuduhan membunuh.

Kali ini, mereka sudah di kolej. Hannah belajar postgrad, abg dia, Marlon, still undergrad. Comel jer Hannah naik platform, sbb kene jadik tutor utk kelas abg dia. Tp, dia sgt jadik pensyarah yg garang. Huhu. Kali ini, Hannah bunuh girlfren abg dia, tp, meletakkan kekeliruan bukti, yg menunjukkan abg dia yg membunuh. Abg dia mmg tak bleh lepas, sbb bukti2 sume mmg kukuh.

Tapi, aku sgtlah konpius, mengapakah abg dia itu terus membunuh diri dalam penjara. Musykil aku. Satu jer alasan yg boleh difikirkan, iaitu, dia tak sanggup nak duduk penjara seumur hidup. Kesian jugaks Hannah, tinggal sensorang, coz mak ayah mereka dah meninggal akibat accident. Tp, mmg dia lah yg paling bangang, buat abg dia masuk penjara. Itu pun aku konpius. Kalu dia "chenta" pun sama abg tiri dia tu, kenapa buat sampai abg dia akan hidup dlm penjara?

Aku betul2 tak faham perasaan Hannah itu? Jeles dgn gf abg? Dendam pd abg? Apsal pulaks? Wpun kamu genius, tp, kamu mmg kecil lagi, tunggulah besar sket, nanti ramailah org ngorat kamu. Heh!

Episod ini jugak memperlihatkan, Sara Sidle itu, meletak jawatan, dan lari dari Vegas, mencari ketenangan. Sian kat Grissom. :(

"I will miss you with every beat of my heart" - Sara Sidle.

Saper yg tak dpt tgk hari Rabu/ Khamis, bleh tgk Hari Ahad, diulangtayang jam 12 tengahari dan 9 malam, ch 701 AXN.

Wednesday, April 16, 2008

GEN.ius

Dalam banyak media, tiba2 membincangkan hala tuju anak2 genius, hanya kerana ada kes2 yg pelik2 telah berlaku melibatkan org melayu. Tapi, aku naik menyampah + pelik mengapa bahan bandingannya ialah A*di Putra dan S*ufiah.

Di sini, aku akan tulis apa yang aku rasa ttg mereka2 ini.

Bagi aku, kes mereka sangat berlainan, jauh berbeza bagai langit dan bumi. SANGAT, OK? Mari lihat si kecil Adi. Dia adalah kanak2 yang telah dilahirkan genius, mmg bijak, anugerah Tuhan. Ibu bapanya tidak lakukan apa2 pun, supaya dia jadi pandai begitu, (selain kata ibunya, yang mengaji al-Quran lebih daripada anak2 lain, ketika mengandung). Kebijaksanaan Adi telah dikesan semasa Adi ingin ke sekolah tadika. Dan, hebohlah satu Malaya ini, bahawa satu org anak kecil ini amatlah bijak bestari dalam bidang matematiks. Ramai org cuba membantu, membuatkan ibubapanya menjadi sangat takut dalam memilih bantuan yg mencurah2. Adi telah pernah dimasukkan ke Sekolah Islam Antarabangsa. Sekarang dia tinggal di rumah, belajar bbrp perkara, dan terakhir, ibubapanya telah menerima tawaran dari UNISEL utk mencorak masa depan Adi. Meletakkan satu orang Professor buta sbg idola, ttp, aku pernah dgr di satu media, org itu telah mengatakan dia tidak mahu lagi memberi komen ttg budak kecil ini kerana segala usaha yang telah dilakukan tidak dihargai oleh ibubapanya. Apakah? Heh.

Bagi aku, takdelah susah pun nak menghalakan tujunya budak kecil ini. Dia ingin menjadi pakar matematik islam. Ilmu matematik dia sudah amat bijaksana, maka dia perlu mendalami ilmu agama Islam dengan panduan dari guru agama. Oleh itu, perlulah dibawakan guru2 itu. Dia mmg perlu belajar sorang2. Tak keysahlah, dia dtg ke rumah cikgu itu, atau cikgu itu dtg ke rumah dia. Yg penting, dia mmg tak boleh campur dgn kanak2 lain, kerana IQ dia tidak sama dgn pelajar biasa. Dia perlulah masuk universiti, dan sememangnya dia boleh masuk universiti pada usia awal. Maka, dia belajarlah hingga lulus semua peperiksaan nak masuk uni. Ambil UPSR masa umur 8 tahun, ambil PMR umur 10 tahun, ambil SPM umur 12 tahun, pastu amik lah A level ker, sbg syarat utk ke universiti. Kalu layak ke Oxford, masuklah sana. Kalu nak ke Azhar, kenelah belajar bahasa Arab dengan jayanya. Isi pentingnya ialah perlu belajar scr persendirian Dan, tidaklah boleh terus masuk uni, kalu tak exam. Heh!

Maka, aku konpius apsal ibubapanya tidak melakukan begitu. Aku tak rasa duit itu satu masalah. Ramai je nak tlg dia. Dan lagi, pelik Hishamuddin suruh dia masuk sekolah, dgn alasan dia hanya pandai matematik, tak pandai lagi mende lain. Memanglah tak pandai, sbb blum diajar. Tapi, kalu kanak2 biasa belajar sekolah rendah 6 tahun, dia mungkin boleh belajar sume2 tu dalam 2-3 tahun jerssss, sbb IQ dia tinggi. Maka, tak boleh campur dgn kanak2 lain. Heh!

Sufiah adalah kes yg sgt berbeza. Dia tidak dilahirkan bijak spt Adi. Dia dan adik beradik dia telah diajar (secara paksa) oleh bapanya. Setiap masa, melihat angka. Dari sejak lahir lagi. Mempunyai displin pembelajaran yang sgt luar biasa. Dia tak masuk sekolah pun. Ayah dia ajar kat rumah. Lulus sume exam, maka telah dikatakan layak dan diterima masuk ke Oxford. Tp, apa yang ayah dia buat telah menyebabkan tekanan emosi yang luar biasa. Maka, dia tidak pandai mengawal emosi. Kalu dia dilahirkan dalam keluarga yg biasa jersss, dia adalah budak (mungkin pandailah), di sekolah, sama seperti budak pandai di sekolah harian yang kita hadiri. Itu sahaja. Dia tidaklah dilahirkan genius seperti Adi.


Dia mengalami masalah sosial, seperti bbrp perempuan lain sama ada di UK mahu pun di Malaysia. Aku rasa ada jers budak yg bijaks pelajaran, terjerumus kpd masalah sosial kat Malaysia, lantas tidak menyambung pelajaran. Dia bukanlah warganegara Malaysia, bukan Penduduk Tetap pun. Maka, aku tak rasa kita perlu kecoh2 sgt ttg dia masa dia masuk Oxford dulu. Aku sgt pelik masa kerajaan bersetuju nak biaya pelajaran dia di Oxford. Byk jers budak warganegara sendiri yg bijak yg boleh dibantu. Tiba2, bila dia cakap dia tidak mahu dibantu sekarang, sedangkan dia mmg mempunyai masalah, maka menteri pun kata takpe, tak payah bantu . Hoho. Kalu nak bantu dia, perlu bantu juga wanita di Malaysia yg melacurkan diri.

Maka, tidaklah wajar dibuat perbandingan antara 2 kes di atas. Masalahnya berbeza, dan jalan penyelesaiannya juga berbeza. Heh!

Monday, April 14, 2008

Dari Wiken ke Wiken

Maaf kerana tidak menulis entri sejak cerita hujung minggu yang lalu. Saya agak kesempitan waktu. Ada bahan untuk ditulis, tetapi saya perlu membuat sedikit rujukan terlebih dahulu supaya tidak tersilap fakta. Maka, di malam hari ini, saya akan menceritakan ttg wiken saya lagi.

Setelah melalui wiken yang chanteks, saya telah melalui wiken yang agak letih. Saya telah pulang ke rumah pada khamis malam jumaat, bersama2 adek2 saya. Jumaat, menyelesaikan urusan bersama makcik. Sabtu, mengemas dan membuat persediaan untuk hari ahad. Pada hari ahad yang lalu, ibu saya telah mengadakan majlis sambutan maulidurrasul untuk 300 jemputan.

Bukan kali pertama kami organize kenduri utk hadirin sebegini ramai. Tapi, kali ini ada semacam perkara yang telah masuk ke dalam perbualan saya dan adek2s esp adek2 perempuan saya. Heh.

Jemputan hanya utk kaum ibu. Dimulakan jam 9 pagi dengan bacaan tahlil dan berzanji, kemudian ada ceramah ugama. Lansung, makanan tengahari disediakan utk para tetamu. Nasi putih berlauk ayam, rendang daging, gulai ikan dan sayur. Sate juga disediakan. Tidak ketinggalan, 2 jenis kuih dan buah. Air sirap bandung. Mmg menu makanan di rumah kami sangat dititikberatkan. Perlu dipersetujui oleh ramai pihak terutamanya Maklong. Kali ini, ayah mahu satu orang pakcik di kampung kami itu masak. Maka, tiada katering. Dia hanya masak sume lauk dan dihantar ke rumah. Maka, saya dan adek2 saya dan sepupu2 saya perlu menghidangkan kepada para tetamu. Nasib baik ada bantuan drpd anak murid makcik saya seramai 15 orang. Tidak menang tangan kami utk menguruskan tetamu yang ramai dengan lauk yang cukup banyak. Alhamdulillah, semuanya telah selesai.

Bukan kali pertama, kenduri kami, memberikan buah tangan kepada org yg dtg. Dari sejak arwah nenek kami ada lagi, tetamu pasti pulang dgn 2 jenis kuih; yg berlainan dgn kuih yg dijamu di atas meja. Kali ini, ibu membuat keputusan utk memberikan tetamu 2 biji muffin, sebiji telur asin, dan tuala kecil yang disembur wangian. Owh! Sangat seperti kenduri kawen, OK? Itulah perkara yang merungsingkan saya dan adek2s. Telur asin mmg diletak dalam bekas telur spt kenduri kawen. Dan tuala kecil itu mmg dibeli di kedai persediaan kawen, di Nilai 3, yg sgt berjenis2, yg semcm menjadi trend bbrp waktu kebelakangan ini. Alasan ibu dan Maklong, dulu2 bagi bunga rampai, sekarang dah takde org nk hiris, potpuri org kampung mcm tak gemar, so, nak bg mende wangi juga, maka bagi tuala wangi. Heh! (kalu ada gambar, akan saya uploadkan)

Abah saya terlepas cakap "Mcm praktis buat kenduri kawen jerssss". Apakah?

Saya dan adek2s sumtimes risau juger, mcm mana lah mak nak organize first wedding nanti. Buat kami sume agak takut. Saya sbg anak sulung pernah cakap kat adek, "Korang kawen dululah, takut along nak jadi 1st wedding". Adek saya yang ke2 kata, "Aku mcm nak buat kat dewan jer. Tak nak aku nak buat kat umah besar ni nanti". Ya, umah arwah nenek yg kami duduki sekarang mmg besar. (Gambar spt di bawah)


Persediaan berkahwin itu satu hal yang lain bagi saya. Tetapi, persediaan kenduri kawen adalah satu hal lain yang jugak menakutkan. Jika kenduri maulud adalah spt yang telah diceritakan di atas, kenduri kawen nanti, apakah yang akan diberikan kepada tetamu? Silakan menjawab.

Panjang pulak entri ni. Bacalah perlahan2. Semuga yang baik2 sahaja akan berlaku. Ameen.

Tuesday, April 08, 2008

Hujung Minggu yang Chanteks

Hujung minggu yang lalu, saya mempunyai beberapa agenda, yang telah saya lalui dengan chanteksnya.

Bangun di pagi hari dan memakai baju chanteks. Sarapan di McD bersama Amiran. Kemudian, terus ke rumah Fatin, untuk mengambil kad kawen kak Yanti.

Fatin's Qaseh Qaisara. Nama yang chanteks. More piccies here. Congrats, Fatin n Hubby!

Kemudian, meneruskan perjalanan ke majlis kawen kak Yanti. Perkahwinan yang indah. Terubat rindu di hati berjumpa dengan senior2 yang chanteks2. :)

Kak Yanti dan Hubby. MY & MD.

Senior2 di Dorm C2-8. Owh! Dari kiri: kak Alia, kak Umi, kak Ezyan, Yours Truly.

Pulang dan sampai di bilik hampir jam 3 petang. Jam 4, sepupu datang berfoya2 di bilik. Saya yang kepenatan, terlelap sebentar. Kemudian, kami main masak2. Ada pasta huruf2, dan prego dan daging kisar. Nyum2.

Pasta huruf2 yang comel. Suke!!!

Malamnya, saya sbg felo penghuni menjadi panel temuduga utk memilih AJK kolej sesi 2008/2009. Bermula agak lewat, maka berakhir dgn lewat. Tapi, jejaka hensem turut hadir. Maka, riang. Haha.

Kami, felo2 pompuan berchanteks2. Huhu. Kami mmg chanteks pun. Lalala.

Ada lima sesi temuduga, tapi, sesi terakhir agak hambar dan menyakitkan hati. Suka hati kamulah, budak2. Hidup kamu. Heh. Tidur jam 3. Owh.

Ahad. Dikejut oleh phone call dari abah. Perlu bangun awal utk ke Nilai 3. Perlu buat sedikit membeli-belah di Nilai 3. Ya, Nilai 3 yang tiada penghawa dingin. Yang terik. Yang takde McD dan lain2 yg sewaktu dgnnya. Owh. Kami perlu mencari tuala kecil yang telah dichanteks2kan utk dijadikan cenderamata bagi majlis maulidurrasul emak pada minggu hadapan. Mujur hanya ada 5 kedai yang perlu kami pergi, dan kami pergi agak awal, maka belum ada ramai org. Jam 10 sampai. Jam 12 sudah boleh pulang. Saya rasa agak lega. Harap2, emak sukakan design yang saya dan adek pilih itu. :)

Antara pilihan yang kami jumpa. Tapi, bukan ini yang kami pilih. Bajet tak sesuai. Huhu.

Semuga saya akan menjumpai wiken yang chanteks dan riang lagi. Ameen.

Thursday, April 03, 2008

Pisang yang Kuning


Hari Sabtu ini, saya akan ke majlis perkahwinan kak Yanti, senior saya di STF dulu. Kakak ini seorang yang chanteks dan pandai. Sekarang, dia seorang peguam. Tahniah!

Saya selalu teringat satu cerita ttg kak Yanti. Masa saya di Ting. 2, saya telah membeli kertas pembalut hadiah untuk mencantikkan almari saya di bilik asrama. Saya suka warna kuning, dan saya telah memilih corak pembalut hadiah dengan gambar pisang warna kuning. Chanteks, pada hemat saya.

Setelah selesai "membalut" loker, kak Umi nampak corak pembalut itu, dan terus memanggil kak Yanti. "Yanti, tengok loker Tim". Kak Yanti pun datang dan berkata, "Owh, pisang. Hensemnyer", sambil gelak2 kecil. Saya tak faham apa yang mereka gelakkan. Pisang, hensem? Apakah? Sampai di saat ini saya tidak tahu apa cerita di sebaliknya.

Namun, sejak bbrp bulan lepas, memori ini seperti dikembalikan. Ada satu lelaki hensem telah menjual pisang goreng di kawasan saya. Maka, di saat ini, jika melihat pisang yang kuning, saya tidak dapat tidak untuk merasa "Owh, hensemnya pisang". Ngeeeeee......

Kepada En. Pisang yang Hensem, maafkan saya kerana menulis cerita ini. It is just nostalgic. Haha. Kak Yanti. Pisang. Hensem. Kuning. Awak. Saya. Haha. (Saya sangat harap kamu tidak membaca. Jika kamu membaca, owh, please, jangan marah saya. Please....... Owh).

Selamat Pengantin Baru, kak Yanti. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...